GRAB BANTU SAMBUTAN BULAN RAMADAN DALAM TEMPOH PKP
Dengan bermulanya bulan Ramadan, Grab ingin menyokong rakyat Malaysia untuk terus patuh kepada PKP dan masih berpeluang untuk menyambut Ramadan yang penuh bermakna dengan cara penjarakan sosial dan berpatutan, sambil membantu perniagaan tempatan dan usahawan mikro bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Seperti semua musim perayaan, Ramadan berada dekat di hati kami dan kami ingin memastikan bahawa kita tidak kehilangan budaya ini yang dikongsi bersama. Dengan lebih daripada 1,000 rakan kongsi restoran dan peniaga sosial yang menjual kegemaran Ramadan yang boleh didapati di platform Grab, kami berharap rakyat Malaysia akan dapat menikmati keberkatan bulan Ramadan dengan selamat,” kata Sean Goh, Ketua Grab Malaysia.
Grab ingin memastikan bahawa rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dan snek Ramadan kegemaran mereka dalam tempoh penjarakan sosial ini. Oleh itu, Grab akan memberi tumpuan untuk menyediakan akses kepada hidangan kegemaran Ramadan mereka sambil membuat persiapan Raya dengan mudah untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada rakyat Malaysia pada musim perayaan ini.
Makanan Kegemaran Dari ‘Local Heroes’ anda
- GrabFood Ramadan Favourites: menu istimewa kegemaran Ramadan untuk iftar oleh pilihan rakan restoran di GrabFood, seperti The Chicken Rice Shop, Tetangga Kita, Hayaki dan banyak lagi. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan makanan kegemaran dihantar ke rumah mereka dari lebih daripada 900 rakan restoran di GrabFood. Grab juga bekerjasama dengan pihak kerajaan tempatan di Bandar Seberang Perai dan Perak untuk menjadikan kegemaran Ramadan mudah didapati dan dihantar melalui GrabFood.
- Grab Ramadan e-Kitchen: melalui kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor, hidangan Bazar Ramadan yang paling disukai kini boleh didapati di GrabFood, dari Murtabak, Apam Balik, Lemang dan banyak lagi. Grab Ramadan e-Kitchen disediakan di 10 lokasi di seluruh Selangor di mana makanan disediakan dengan teliti dan lengkap dengan panduan kesihatan dan keselamatan.
- GrabExpress Ramadan: Grab telah mengaktifkan pelbagai penjual laman sosial untuk membantu mereka menghantar rangkaian produk mereka sepanjang bulan Ramadan dari makanan Raya hingga ke barang keperluan Raya yang lain. Anda kini boleh membeli barang-barang keperluan Ramadan dan Raya di aplikasi Grab seperti biskut raya, pelbagai kuih-muih malah balang kuih raya juga.
* Nota: Grab menyarankan agar pengguna-pengguna membuat pesanan sebelum pukul 5 petang agar makanan tersebut sampai sebelum masanya untuk berbuka dan juga memberi masa kepada rakan-penghantar kami untuk menikmati iftar mereka.
Keperluan Raya Mampu Milik
Untuk membantu memastikan rakyat Malaysia mendapat semua keperluan Raya tepat pada waktunya untuk musim ini, Grab menjadikan beli-belah Raya lebih berpatutan dan selesa. Rakyat Malaysia dapat menikmati penjimatan sehingga 30% di seluruh perkhidmatan Grab untuk keperluan Raya mereka seperti baju raya dari Zalora dan FashionValet, kurma dari Yusuf Taiyoob dan biskut raya dari Milky Way dan Skinny Bakers.
Sekiranya anda memerlukan sedikit inspirasi untuk merayakan perayaan anda tahun ini, pastikan anda menontonvideo bersiri kami yang menampilkan Amy Search berkongsi kegemaran Ramadan yang paling diminatinya di aplikasi Grab, DI SINI.
Membantu Mengembirakan Orang Lain
Oleh kerana Ramadan adalah masa untuk muhasabah diri, adalah mustahak untuk mengenali komuniti yang memerlukan sokongan anda apabila pada masa-masa yang tidak menentu ini. Dengan ini, Grab menggalakkan pengguna-pengguna di seluruh negara untuk menyumbang kepada pelbagai NGO dan badan-badan amal menggunakan mata GrabRewards mereka melalui aplikasinya. Setiap penebusan 600 mata GrabRewards akan ditukarkan kepada sumbangan RM5 kepada pertubuhan pilihan mereka, seperti Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Pertiwi Soup Kitchen, Islamic Relief Malaysia dan banyak lagi.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rangkaian penghantaran kami kerana terus melangkah lebih jauh untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dan berkongsi nilai murni bulan Ramadan melalui penghantaran mereka. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita meningkatkan amalan-amalan yang baik dan terus saling menghargai dalam kalangan masyarakat kita, termasuk mereka yang kurang bernasib baik. Bersama-sama, kami percaya bahawa Malaysia akan melalui cabaran ini dengan lebih tabah dan bersatu daripada sebelumnya,” tambah Goh.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelbagai inisiatif dan promosi bagi musim perayaan, serta senarai rakan kongsi yang mengambil bahagian, sila klik DI SINI.
Comments
Post a Comment