COVID-19: TCRS HULUR BANTUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN



Pada waktu ini, ramai antara kita yang sedang meneruskan perjuangan untuk perangi wabak Covid-19 dengan mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada masa yang sama, petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pekerja industri kesihatan dan banyak industri yang berkenaan tetap bekerja dan kekal berusaha untuk mengurangkan penularan wabak yang sedang mengancam seluruh dunia. 

Sebagai tanda penghargaan untuk keberanian mereka yang di padang pertempuran, restoran Halal tempatan, The Chicken Rice Shop (TCRS) menyediakan hidangan makanan untuk memastikan para petugas barisan hadapan kekal kuat dan sihat untuk perangi Covid-19 - sebagai bukti sokongan dan rasa hormat TCRS buat mereka yang tidak putus berjuang demi keselamatan rakyat.

Cik June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa TCRS ingin menggunakan kemampuan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan agar mereka dapat mengelakkan keletihan lalu menguatkan tubuh badan untuk terus berusaha.

“Petugas barisan hadapan berjuang sepenuh hati demi kami semua, dan kami hanya mampu membayangkan betapa suntuknya masa bagi mereka untuk menjamu selera. Untuk memastikan mereka disediakan hidangan yang dapat mengembalikan kekuatan dan tenaga, TCRS mengambil langkah untuk menyediakan makanan dalam usaha untuk menjaga kesejahteraan mereka,” kata June.

TCRS menghulurkan bantuan makanan ke pelbagai hospital termasuk Hospital Ipoh, Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang; Hospital Tuanku Jaafar, Seremban; Hospital Sungai Petani, Kedah; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan; Hospital Segamat, Johor; Hospital Miri, Sarawak; Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang; Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Klinik Kesihatan Rantau Panjang, Klang; dan Hospital Klang.

Di samping itu, akibat masalah kekurangan stok makanan bagi pertubuhan-pertubuhan bukan untung, TCRS turut tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik dengan menyediakan makanan kepada ElShaddai Center Berhad, Klang, sebuah organisasi yang menyokong komuniti terusir dan terpinggir.

TCRS menghidupkan lagi slogan ‘Chicken Rice… and More” dengan sentiasa menyokong komuniti tanpa mengirakan latar belakang dan mereka tekad untuk mengembalikan senyuman di setiap wajah dengan penyediaan hidangan yang lazat.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan masing-masing untuk saling membantu dalam waktu yang sukar ini sambil meringankan beban mereka yang menghadapai masalah perniagaan, pengurangan gaji, dan cabaran-cabaran yang lain. Kami sama-sama sedang mengharungi pertempuran ini dan sama-samalah kita membantu antara satu sama lain sebaik mana yang mungkin,” kata June.

Untuk maklumat lanjut mengenai The Chicken Rice Shop, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING