SENYUMAN RAMADHAN - BINGKISAN BUAT PEMINAT HAEL HUSAINI



Tanpa disedari bulan Ramadhan al-Mubarak bakal tiba tidak lama lagi. Seluruh umat Islam sedunia bakal menyambutnya dalam keadaan yang agak berbeza tahun ini gara-gara pandemik global wabak Covid-19.

Walau bagaimanapun ibadah puasa tetap harus dijalani oleh setiap Muslim serta Muslimat sejagat. Untuk itu, penyanyi tersohor Hael Husaini menyambut bulan mulia ini dengan satu ‘senyuman’ istimewa. Senyuman yang dimaksudkan berupa sebuah lagu baru berjudul ‘Senyuman Ramadhan’ yang bertujuan menaikkan semangat para Muslimin yang bakal berpuasa dalam keadaan yang lebih mencabar tahun ini. 

Lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF ini juga melambangkan betapa pentingnya sebuah senyuman yang juga dianggap sebagai sedekah di dalam ajaran Islam. 

Penyanyi ini sendiri berharap supaya lagu ini dapat menceriakan suasana Ramadhan dan memberikan aura yang lebih positif untuk semua. 

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, ”Lagu Ini merupakan lagu yang sesuai untuk menyambut suasana Ramadhan dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati para pendengar yang bakal menjalani ibadah puasa .” 

Lagu ‘Senyuman Ramadhan’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

 

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

JOM MERIAHKAN EVERSE 2026: ALAMI GABUNGAN UNIK PELANCONGAN, TEKNOLOGI DAN HIBURAN MENARIK!

FESTIVAL WARISAN SELERA SELATAN 2026 KEMBALI LEBIH MERIAH, BAWAKAN HAMPIR 200 HIDANGAN ISTIMEWA TRADISI JOHOR, MELAKA & NEGERI SEMBILAN

ASTRO MEMACU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL YANG SELAMAT DAN BERETIKA DALAM KALANGAN REMAJA MENERUSI SIRI TEKNOTHRILLER ‘MAARA’