9 TIP MEMBERSIHKAN RUMAH ANDA SEMASA PKP



Dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, ramai yang akan meluangkan banyak masa di rumah. Mungkin menghabiskan masa dirumah sepanjang hari bukanlah rancangan hujung minggu yang paling menarik, namun ini adalah langkah yang sangat diperlukan untuk membendung wabak COVID-19. 

Oleh kerana kita akan berada di dalam rumah lebih lama, kami mengesyorkan untuk memanfaatkan masa ini dengan menjadi produktif dan memulakan projek organisasi rumah yang telah lama ditangguhkan, bermula dengan pembersihan rumah. Ini bukan sahaja melibatkan semua anggota rumah, tetapi memiliki rumah yang bersih adalah langkah yang sangat disyorkan, terutama ketika kita memerangi wabak di mana kebersihan diri menjadi keutamaan. 

Sekiranya anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan, anda boleh cuba mengamalkan 9 langkah ini yang boleh menjadikan anda seorang pakar pembersih dalam sekelip mata. 

Lindungi tangan anda dengan sarung tangan: Scotch-Brite™ Multi-Purpose Gloves.

Langkah 1: Lindungi Diri Anda 

Sambil anda membersihkan rumah, anda akan bersentuhan dengan kotoran dan bahan kimia yang mungkin boleh memberi kesan merengsa pada kulit sensitif. Oleh itu, sebelum memulakan kerja pembersihan, lengkapi diri anda dengan apron dan sepasang sarung tangan yang tahan lasak untuk melindungi diri anda daripada bahaya ini. 


Langkah 2: Buat Keutamaan 

Seterusnya, rancang rutin projek membersih anda terlebih dahulu. Lakukan tugas ini secara strategik dengan membersihkan bilik yang jarang digunakan dahulu, kerana ia akan kekal bersih lebih lama. Kemudian, bersihkan bilik-bilik yang kerap digunakan. 

Untuk membersihkan tempat yang tinggi, gunakan mop leper yang boleh dipanjangkan seperti Scotch-Brite™ Flat Mop untuk memudahkan tugas anda.

Langkah 3: Bersihkan dari Atas ke Bawah 

Pastikan anda membuat kerja membersih dari kawasan tinggi ke kawasan rendah. Bersihkan kipas siling dahulu sebelum membersihkan dinding, tingkap dan pintu. Ketika membersihkan ruang yang tinggi, gunakan mop leper berbekalkan kain mikrofiber yang boleh dipanjangkan untuk membuat kerja-kerja pembersihan dengan lebih mudah. Kemudian, bersihkan perabot, disusuli dengan lantai. Dengan cara ini, anda tidak perlu membersihkan semula tempat yang sama. 

Buang habuk dengan cepat dan efektif dengan menggunakan Scotch-Brite™ Dusting Cloth.

Langkah 4: Hapuskan Habuk 

Kebanyakan kita akan melangkaui tugas membersihkan habuk pada permukaan perabot dan mula mengelap terus dengan kain lembap. Penggunaan kain lembap atau “bulu ayam” tidak sebegitu efektif kerana air memerangkap habuk di permukaan, serta habuk yang disapu dengan bulu ayam akan ditempias ke udara lalu jatuh ke lantai, ini akan menambah lagi kerja kita. Untuk membuang habuk dengan cepat dan mudah, cuba gunakan kain mikrofiber yang dirumus khas untuk memerangkap habuk, cap jari dan air. 


Langkah 5: Amalkan Pembersihan Dua Langkah 

Setelah kediaman anda bebas habuk, mulakan kerja mengilap untuk memperbaharui semula rumah anda. Ambil sehelai kain, rendamkan ia dalam larutan bahan pencuci dan gunakan kain ini untuk mengelap semua permukaan yang ingin dibersihkan. Sebelum anda menggunakan kain lembap tersebut, pastikan anda perah sehingga ia hampir kering untuk mengelakkan kerosakan pada perabot, dan pastikan anda mengelap dengan pergerakan membulat untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Jika anda mahu menggunakan bahan pencuci semula jadi berbanding larutan kimia, anda boleh gunakan campuran cuka dan air dalam nisbah 3:1 untuk kerja pembersihan anda. 

Mop lantai tanpa bersusah payah dengan Scotch-Brite™ Spin Mop Bucket

Langkah 6: Cuci Lantai dengan Sebaiknya 

Selepas memvakum lantai, pastikan anda mengemop dengan teliti. Anjak ke belakang sambil anda mengemop dari sudut ke sudut agar anda tidak memijak kawasan yang telah dibersihkan. Selepas mengemop bahagian kecil ruang rumah anda, jangan lupa untuk membilas dan perah mop anda untuk menyingkirkan air kotor. Proses yang memerlukan tenaga dan ketelitian ini menyebabkan kebanyakan orang malas untuk mengemop. Oleh itu, anda boleh mencuba alternatif mop lain yang dapat memudahkan tugas anda. Dapatkan mop yang mempunyai fungsi bilasan putar dan basuhan putar dalam satu baldi, serta dirumus untuk mencuci sudut dan kawasan yang sukar untuk dicapai. Lebih baik lagi jika mop tersebut diperbuat daripada 100% mikrofiber, agar ia dapat memerangkap habuk dan menyerap air dengan lebih baik berbanding mop kapas yang biasa. 


Langkah 7: Bersihkan Kelengkapan dan Aksesori Bilik Mandi dengan Lemon 

Anda juga tidak boleh mengabaikan bilik mandi. Kebanyakan kelengkapan dan aksesori bilik mandi seperti kepala paip, kepala pancuran mandian, dan rak tuala adalah diperbuat daripada keluli tahan karat yang biasanya kelihatan pucat dengan tompok-tompok air yang termendap setelah sekian lama. Gunakan lemon untuk kembalikan kilauan di bilik mandi anda. Ambil belahan lemon dan gosokkannya pada komponen keluli tersebut untuk membuang kesan mendapan air serta karat. 


Langkah 8: Bersihkan Jubin Bilik Mandi dengan Soda Penaik (Baking Soda) 

Adakah kulapuk yang terbentuk di jubin bilik mandi membuat anda berasa kurang selesa? Untuk memastikan ia bersih, sental jubin anda dengan pes soda penaik dan air untuk membuang mendapan dengan efektif. 


Scotchgard™ Fabric & Upholstery Protector dapat menangkis cecair dan tumpahan untuk mengelakkan kesan kotor pada fabrik anda.

Langkah 9: Lindungi Perabot Anda 

Langkah terakhir yang anda perlu ambil ialah lindungi perabot anda, terutamanya perabot yang diperbuat daripada fabrik. Dengan semua masa yang dihabiskan di rumah, pasti kejadian tumpahan makanan dan minuman akan berlaku. Untuk menangani situasi ini, semburkan pelindung fabrik: Fabric & Upholstery Protector pada sofa, kerusi meja makan, kusyen dan linen meja untuk menangkis cecair dan tumpahan bagi mengelakkan kesan kotor pada fabrik anda. Anda hanya perlu mengelap permukaan yang terjejas sebelum kotoran meresap masuk. Namun, jika anda tidak sempat mengelakkannya, Fabric & Carpet Cleaner boleh digunakan dengan kuasa membersihnya yang mengagumkan. Ia mampu membuang kotoran menerusi tindak balas pembusaan yang mendalam dan dapat mengembalikan rupa asal fabrik anda. 

Jika anda mengikuti setiap langkah yang dinyatakan dengan teliti, rumah anda sudah 100% sedia dan bersih. Anda kini boleh duduk dan bersantai bersama keluarga dengan tenang. 

Perkongsian tip ini dibawakan untuk anda oleh jenama Scotch-Brite™. 3M Malaysia akan menganjurkan peraduan Kemas-Kemas Sinar Bersama Scotch-Brite™ 2.0 dari 27 April hingga 10 Mei, di mana anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM2000, produk Scotch-Brite ™ dan hamper Raya bernilai lebih dari RM2000.

Log masuk ke laman web Sinar untuk menyertai peraduan ini dan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Anda juga boleh membuat pembelian dalam talian di kedai rasmi kami di Lazada dan Shopee untuk mendapatkan produk-produk Scotch-Brite™ yang dinyatakan di atas.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING