ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN SAJI PROGRAM RAMADAN MENARIK

Personaliti Radio Era
 
Bulan Ramadan bakal diserikan dengan pengisian menarik dari jenama-jenama Melayu Astro Radio: ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN, bermula 24 April 2020.

ERA menawarkan:


• E-Salam Ramadan: Para peminat berpeluang untuk menyampaikan dedikasi Ramadan kepada ahli keluarga mahupun saudara mara melalui WhatsApp ERA dan dedikasi anda akan ke udara, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 27 April 2020.


• Tips Sihat ERA: Perkongsian tips kesihatan dan senaman yang boleh dilakukan di rumah bersama jurulatih bertauliah agar para peminat ERA kekal cergas dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bermula 27 April 2020 melalui media sosial ERA.


SINAR menyajikan program-program:


• 1 Hari 1 Doa: Para peminat boleh menghayati pilihan doa untuk diamalkan setiap hari bersama Ustaz Fauwaz, bermula 27 April, seperti yang akan dikongsi melalui siaran udara dan di media sosial SINAR.

• Kisah Ramadan: Mulai 4 Mei, para peminat SINAR boleh berkongsi kisah-kisah menarik dalam menjalani ibadah puasa menerusi siaran udara dan di media sosial SINAR.




GEGAR menampilkan:


• Madinah Ramadan GEGAR - ZAYAN: Pengisian menarik tentang amalan di bulan Ramadan serta sesi soal jawab bersama tokoh agama dan penceramah jemputan pada setiap Selasa bermula 28 April, 9 malam melalui media sosial GEGAR dan ZAYAN.


• Dikir Ramadan GEGAR: Perkongsian nasihat dan kisah tauladan berkonsep dikir barat oleh oleh Sabri Yunus pada setiap Isnin dan Rabu, 5 petang bermula 27 April 2020 di udara dan media sosial GEGAR.



ZAYAN menyediakan tiga program iaitu:


• ZAYAN Virtual Terawikh: Panduan solat terawikh bersama personaliti ZAYAN serta berselawat secara LIVE di media sosial yang diiringi sesi tazkirah selepas waktu terawikh, bermula 24 April di media sosial ZAYAN.


• ZAYAN Ngaji Ramadan: Tadarus Al Quran bersama personaliti ZAYAN, ustaz-ustaz dan selebriti jemputan yang akan dimuat naik di media sosial ZAYAN bermula 24 April.


• ZAYAN Review Ramadan: Personaliti ZAYAN memberi ulasan tentang resepi dan menu untuk berbuka puasa mahupun bersahur, setiap hari bermula 24 April melalui siaran udara dan di media sosial ZAYAN.


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM