COVID-19: NUTOX MENAWARKAN SESI VIRTUAL #BEWELLWITHNUTOX



Sementara rakyat Malaysia meneruskan perjuangan memerangi wabak COVID-19 dengan terus duduk di rumah, petugas barisan hadapan negara masih bekerja tanpa mengenal erti penat untuk terus membantu komuniti di Malaysia menghadapi situasi getir ini. Bekerja dalam keadaan dan persekitaran yang sukar dengan waktu bekerja yang panjang bakal membebankan kesejahteraan mental dan emosi seseorang. Semakin hari, semakin ramai pejuang barisan hadapan yang melaporkan pengalaman yang sukar seterusnya mengundang kegelisahan dan kemurungan.

Sehubungan ini, Nutox memperkenalkan siri yang bertemakan sesi pemulihan diri #BeWellwithNutox yang bakal ditayangkan secara langsung, direka khusus buat petugas barisan hadapan negara untuk berehat seketika bagi menjalani hari-hari yang sukar ini. Jenama popular dengan produk penjagaan kulit anti-penuaan ini berkolaborasi dengan pakar kesihatan Intan Dalina (@indalinama) dan Siu Lim (@siulim) yang bakal mengetuai sesi tersebut dan memberi bimbingan kepada peserta dengan sesi regangan, terapi dan senaman pernafasan. 

Meletakkan fokus kepada keprihatinan diri dan menggalakkan kesejahteraan mental, sesi ini akan diadakan setiap hari pada jam 7.30 pagi dan 8 malam bermula Khamis, 30 April 2020 sehingga Isnin, 4 May 2020 di Facebook Live. Untuk turut serta, ikuti Nutox Malaysia di laman Facebook dan klik “berminat” untuk menyertai sesi menarik ini. Anda akan mendapat peringatan mesra untuk memberitahu anda apabila sesi live ini bakal bermula!

Ikuti Nutox untuk bantu melepaskan fikiran dan memberikan diri anda penjagaan-diri dan pemulihan diri yang diperlukan.

Mulakan hari anda bersama Intan, melalui sesinya pada waktu pagi dengan tema syukur, keseimbangan dan kepuasan-diri, yang bertujuan untuk mendorong peserta untuk menyegarkan diri dan mengambil masa untuk muhasabah diri. Sementara itu, hari anda bakal diakhiri dengan sesi pemulihan dan membina semula diri dengan Siu Lim melalui regangan badan dan senaman pernafasan yang akan membantu melegakan ketegangan dan pergerakan.

Untuk maklumat lanjut tentang #BeWellwithNutox, layari laman Facebook Nutox di https://www.facebook.com/NutoxStayYoung/.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM