VIVO V19 KINI DI PASARAN MALAYSIA DENGAN HARGA RM1,699



Pada hari ini, vivo telah melancarkan peranti terbaharu V19 di Malaysia. Menampilkan dwi-kamera di bahagian depan 32MP + 8MP kamera Super Wide-Angle, dan reka bentuk skrin super AMOLED FHD+ Ultra O, V19 menawarkan kemampuan swafoto yang luar biasa, dilengkapi teknologi yang canggih dalam reka bentuk peranti yang mewah untuk menghasilkan pengalaman mudah alih yang inovatif bagi para pengguna.

"vivo komited untuk berinovasi dengan mengambil berat terhadap pengguna, dan penghasilan V19 yang mencerminkan pemahaman kami mengenai keperluan para pengguna. Dengan teknologi swafoto yang terkemuka di industri, reka bentuk yang mewah dan prestasi yang hebat, V19 sangat sesuai untuk pengguna muda yang mementingkan ciri-ciri kamera dan hiburan,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia. "V19 adalah peranti pintar yang diperbuat khas untuk melengkapkan gaya hidup pengguna muda."

Teknologi Kamera Canggih untuk Swafoto yang Sempurna

Dwi-kamera di bahagian depan V19 dengan kamera utama 32MP dan kamera super wide-angle 8MP membantu pengguna menghasilkan swafoto yang terbaik pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada. Kamera hadapan menyokong swafoto sudut lebar sehingga 105 darjah, digabungkan dengan algoritma AI yang mampu membetulkan sudut lebar antara latar depan dan latar belakang untuk gambar yang menarik dan mempesona. Kamera hadapan juga dilengkapi dengan Ultra Stable Selfie Video untuk mempertingkatkan tahap kestabilan apabila video diambil dalam sudut lebar.

V19 mempunyai Kuad Kamera AI di bahagian belakang dengan kamera utama 48MP, kamera super wide-angle 8MP, kamera makro 2MP, dan kamera bokeh 2MP. Bersama-sama dengan Ultra Stable Video, V19 dilengkapi dengan ciri-ciri foto dan video AI, termasuklah AI Video Filters, AI Video Editor, dan AI Image Matting untuk penyuntingan profesional yang mudah. 

Kamera hadapan dan belakang dilengkapi dengan mod khas untuk menangkap gambar yang menakjubkan pada waktu malam. Mod Super Night Selfie kamera hadapan — dengan Layer-Based Beautification, Spatial Merging Denoising, dan Multiple Exposure — membolehkan pengguna mengambil swafoto yang jelas dan indah dengan latar langit pada waktu malam. Dengan mod Super Night Portrait - dilengkapi Multi-Frame Screening, Temporal Alignment, dan Spatial Merging Denoising - para pengguna dapat menangkap foto beresolusi tinggi untuk mengabadikan keajaiban hidup, walaupun pada waktu malam.

Paparan Inovatif dan Reka Bentuk yang Bergaya Khas 

V19 menampilkan Skrin 6.44-inci Super AMOLED FHD+ Ultra O yang menggunakan E3 OLED yang unggul, dan menyokong gamut warna DCI-P3 100% yang mengindahkan lagi kecantikan warna. Kecerahan paparan secara automatik dapat menyesuaikan tahap pencahayaan sekitar dan menyaring 42% lebih cahaya biru berbanding E2 OLED lalu mewujudkan pengalaman yang lebih sihat.

V19 direka untuk keselesaan dan gaya, bukti komitmen vivo terhadap kepentingan pengguna. Dengan lengkungan 3D yang direka secara ergonomik, V19 sempurna untuk dipegang, sementara Corning Gorilla Glass 6 pula menawarkan keanggunan dan kecanggihan.

Prestasi Hebat Memperkasakan Penggunaan Sepanjang Hari untuk Pengguna yang Pantas Bergerak

Selain daripada kemampuan swafoto dan reka bentuk yang anggun, V19 mempunyai prestasi elit dan kecekapan bateri yang tinggi. Bateri berkapasiti 4500mAh memberikan ketahanan yang lama, dan sokongan pengecasan pantas FlashCharge 2.0 33W membolehkan pengecasan dari 0 ke 54 peratus dalam masa 30 minit, menawarkan kemudahan bagi para pengguna yang bergerak pantas.

Dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 712, V19 mempunyai antara muka yang pantas dan prestasi pengkomputeran teratas. Untuk menyokong penggunaan tenaga yang tinggi untuk kemampuan kamera AI, V19 dibina dengan penyejukan cecair tiub tembaga yang menjaminkan jangka hayat CPU yang lebih lama, prestasi peranti yang lebih dipercayai, dan pengendalian berbilang tugas yang lancar. V19 dilengkapi dengan 8GB RAM + 128GB ROM yang membolehkan pengguna menyimpan apa sahaja yang diperlukan.

V19 juga memberikan pengalaman gaming yang terbaik dengan ciri Multi-Turbo 3.0 untuk mengoptimumkan kawalan sentuhan dan kestabilan FPS, serta Mod Ultra Game dengan fungsi seperti Fast Screen Capture, Screen Recording, dan Game Vibration.

Gleam Black

Sleek Silver


Ketersediaan

V19 dalam pilihan warna Gleam Black dan Sleek Silver boleh didapati di Malaysia pada 25 April 2020 dengan harga RM 1,699, di semua platform e-dagang seperti vivo online store, Shopee dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.vivostore.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING