HANGATKAN RAMADAN ANDA DENGAN NASI KARI ATUK KFC

 Nasi Kari Atuk Box Meal

Pada bulan Ramadhan ini, KFC memperkenalkan menu baharu yang pastinya membangkitkan selera anda iaitu Nasi Kari Atuk KFC di mana rasa klasik tempatannya akan menimbulkan perasaan nostalgia. Diinspirasikan daripada kenangan-kenangan lazim yang kita kongsi bersama sebagai rakyat Malaysia termasuklah imej pengasas KFC sendiri iaitu Colonel Sanders atau lebih senang digelari sebagai ‘Atuk’, hidangan ini dicipta khas untuk menghilangkan keinginan mengidam anda ketika berbuka puasa.

Kari Atuk merupakan kuah kari yang disediakan menggunakan rempah-ratus kari tradisional yang dicampur dengan ketulan ubi kentang untuk penambahan rasa dan tekstur, dan kemudiannya dikacau sebati bersama santan yang menjadikan kari ini enak berlemak. Bersesuaian dengan cita rasa rakyat Malaysia, juadah ini dihidangkan bersama Sambal Atuk iaitu sambal yang ditumis dengan pes istimewa campuran ikan bilis dan cili, yang sesuai sekali digandingkan dengan Kari Atuk.

Nasi Kari Atuk 2-piece Combo

Tuangkan kuah Kari Atuk ke atas hidangan ‘signature’ KFC iaitu Nasi Colonel dan Ayam KFC perisa Original Recipe atau Hot & Spicy untuk hidangan yang menawarkan anda dengan nikmat kepuasan makan setelah penat menahan lapar dan dahaga ketika berbuka puasa. Jangan lupa untuk calit atau cicah dengan Sambal Atuk untuk lengkapan rasa pedas dan hangat.

“Rakyat Malaysia bakal menyambut suasana Ramadan yang berbeza berbanding tahun-tahun lalu. Kami berharap rasa klasik Nasi Kari Atuk ini sedikit sebanyak membawakan kegembiraan dan kesenangan dalam suasana berbuka puasa yang baharu ini. Untuk lebih kemudahan, anda boleh membuat pra-pesanan terlebih dahulu secara online untuk khidmat Penghantaran atau ‘Self Collect’ di mana anda boleh memilih tarikh dan waktu yang sesuai untuk mendapatkan makanan KFC kegemaran anda,” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

 Nasi Kari Atuk 3-piece Combo

Untuk melengkapkan pengalaman menjamu selera anda, Nasi Kari Atuk KFC ini dihidangkan menggunakan bekas yang bermimikkan daun pisang yang boleh didapati melalui pilihan set kombo 2-ketul atau 3-ketul, dan box meal dengan harga bermula daripada RM16.30. Anda boleh mendapatkannya melalui khidmat ‘Self-Collect’, Bawa Pulang, Pandu Lalu, dan Penghantaran bermula 30 April 2020, sementara stok masih ada.

Pilih ‘Contactless Delivery’ untuk pesanan dihantar terus ke rumah anda atau ‘Contacless Self-Collect’ untuk pesanan bawa pulang, untuk penerimaan makanan yang lebih selamat dan bebas sentuhan. Dalam menghadapi bulan Ramadhan yang sibuk ini, KFC menggalakkan anda untuk menggunakan khidmat pra-pesanan melalui laman web atau aplikasi KFC Malaysia. Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan, KFC menerima pesanan terakhir pada jam 7 malam dan waktu ini mungkin berbeza mengikut peraturan kawasan dan negeri masing-masing.

Untuk lebih jaminan, pelanggan dinasihatkan untuk memeriksa waktu operasi KFC terdekat anda secara online.

Layari www.kfc.com.my, muat turun aplikasi KFC Malaysia, atau pesan melalui Foodpanda.

-

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI