POTATOES USA LANCAR KEMPEN TIPS PEMAKANAN SIHAT DI BULAN PUASA
Potatoes USA baru baru ini bekerjasama dengan 2 pakar diet mengenai kebaikan kentang A.S dengan tips pemakanan sihat di bulan puasa Ramadhan. Pewakilan Kentang A.S, Encik Eddie Saw berkata “Ketika bulan suci Ramadhan menjelang, inilah masanya untuk bersolat, renungan dan waktu yang berkualiti bersama keluarga. Selama bulan ini, badan kita mengalami banyak perubahaan and kita perlu menjaga kebiasaan makan kita untuk memastikan pemakanan dan faedah makanan yang betul.”
Dengan pengetahuan fakta-fakta di bawah yang berkaitan dengan kebaikan nutren yang terdapat dalam Kentang A.S, ia adalah ramuan yand sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan dalam bulan Ramadhan:
- Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.
- Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.
- Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.
“Lagipun, kita amat gembira dapat belajar dari pakar diet dari KPJ Damansara, Cik Rushda Adiba Ismail dan Cik Nurul Aziah Musa, pakar diet mengenai khasiat and perincian nutren. Beliau berdua juga sudi berkongsi resepi-resepi yang sedap menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama. Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my” Encik Eddie bertambah.
Cik Rushda Adiba Ismail, pakar diet dari KPJ Damansara berkongsi bahawa dalam bulan Ramadan, berlaku perubahan waktu makan bagi semua umat Islam. Sahur dan Iftar (berbuka puasa) merupakan waktu makan utama dalam bulan Ramadan. “Disebabkan waktu makan yang singkat ini, pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting bagi memastikan umat Islam mendapat tenaga mencukupi dan mengelakkan masalah kesihatan seperti gastrik, sakit kepala, sembelit atau aras gula darah terlalu rendah/hipoglisemia (kurang daripada 3.8 mmol/L) bagi pesakit kencing manis sepanjang tempoh satu bulan berpuasa.” beliau berkata.
Sementara itu, Cik Nurul Aziah Musa, pakar diet berkata “Amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa Ramadhan adalah sama seperti dengan bulan-bulan yang lain. Garis panduan Islam melarang untuk makan secara berlebihan dan menggalakkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, kentang, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur.”
Karbohidrat kompleks adalah makanan yang akan membantu melepaskan tenaga secara perlahan semasa tempoh berpuasa yang lama di siang hari. Selain daripada nasi yang merupakan sumber makanan ruji kita, ubi kentang juga merupakan salah satu pilihan untuk sumber karbohidrat kompleks yang baik kerana ia dapat membekalkan tenaga yang mencukupi, mengenyangkan dan mudah didapati. Aras gula darah akan lebih terkawal dengan pengambilan karbohidrat kompleks semasa bersahur atau Iftar. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa ubi kentang sama seperti nasi, roti, biskut dan lain-lain, iaitu dalam kategori makanan karbohidrat. Oleh itu, kuantiti yang diambil perlulah bersederhana dan seimbang.
Kentang juga adalah sumber tumbuhan yang semestinya tiada lemak dan tiada kandungan kolesterol. Walaubagaimanapun, kita hendaklah memastikan penyedian masakan kita adalah cara yang sihat. Kurangkanlah menggoreng, dan lebihkan cara masakan yang lebih sihat seperti membakar dan merebus.
Kebiasaannya pada bulan Ramadhan, kita akan mengunjungi bazar Ramadhan yang merupakan syurga untuk penggemar makanan. Namun, pada tahun ini mungkin situasi akan berbeza dengan ketiadaan bazar Ramadhan kerana negara sedang dilanda wabak Covid -19 yang tidak mengizinkan perhimpunan orang ramai secara terbuka. Oleh demikian, keadaan ini merupakan salah satu peluang untuk kita mencuba pelbagai resipi sihat yang yang boleh disediakan di rumah untuk terus kekal sihat sepanjang musim wabak pendemik ini.
Untuk meningkatkan imuniti diri ketika musim wabak, kentang merupakan sumber makanan tinggi vitamin C yang boleh disediakan sepanjang Ramadhan ketika iftar dan sahur. Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan di dalam badan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan juga membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam badan. Ubi kentang (mentah) juga mengandungi sumber kalium (potassium) yang tinggi. Kalium adalah elektrolit penting yang mengekalkan fungsi otot dan menjaga keseimbangan cecair dalam badan.
Cik Nurul berkata “Di samping kuantiti, kualiti makanan dari sumber yang baik seperti kentang juga perlu dititik beratkan dalam merancang diet semasa Ramadhan. Kentang A.S (U.S Potato) jenis Russet adalah berkualiti dan segar, dan ianya menjadi pilihan saya dalam merancang menu makanan harian. Rasanya yang sangat sedap dan disamping berkhasiat dapat membekal keperluan nutrisi untuk keluarga saya.” “Pemilihan makanan dari sumber berkualiti adalah penting dan pastikan cara penyediaan adalah mengikut panduan makanan sihat. Semoga Ramadhan kali ini merupakan titik permulaan untuk kita mengubahsuai corak pemakanan kita ke arah pemakanan yang seimbang, sihat dan pada masa yang sama hemah belanja.” beliau bersambung.
Untuk Cik Adiba pula, beliau berkata “US Russet potatoes digunakan kerana kualiti dan pelbagai variasi masakan tempatan dan masakan barat yang boleh disediakan. Pemilihan ubi kentang A.S sebagai juadah berbuka puasa atau semasa bersahur sangat digalakkan kerana masa penyediaan yang ringkas dan dalam masa yang sama membekalkan tenaga dan nutren penting bagi tubuh badan manusia, selamat mencuba resipi yang berikut and semoga berjaya”
RESEPI
RESEPI
Sup Sayur dengan Kentang A.S (U.S Potato)
(Resipi Cik Rushda Adiba Ismail)
Masa Penyediaan: 15 minit
Untuk 3 orang
Masa Memasak: 20 minit
Bahan-bahan:
· 1 biji kentang A.S Russet, dipotong dadu
Bahan menumis:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 tangkai cengkih
3 biji buah pelaga
½ batang lobak merah, dipotong panjang
1 biji tomato, dipotong 4
Bunga kobis
Sawi
300 gram isi ayam, potong kecil
Bahan ditumbuk atau kisar:
1 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan minyak masak
Secubit garam
Cara-cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bahan tumis bersama bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar. Masukkan garam secukup rasa.
5. Sedia dihidang.
Ubi Kentang A.S (U.S Potatoes) Bakar Inti Sambal Bilis
(Resipi Cik Rushda Adiba Ismail)
Masa Penyediaan: 20 minit
Untuk 4 orang
Masa Memasak: 45 minit
Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang A.S Russet (sederhana besar)
Untuk inti:
15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
50 gram ikan bilis
2 sudu makan asam jawa
Secubit garam/gula
Garam
Keju Mozarela
Brokoli potong kecil, stim
Minyak masak
Cara-cara Penyediaan:
1. Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk.
2. Taburkan garam ke dalam air rebusan.
3. Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk.
Untuk inti:
4. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
5. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing.
6. Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.
7. Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.
8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
9. Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah.
10. Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.
11. Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi.
12. Taburkan keju mozarela.
13. Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚c
14. Hiaskan dengan hirisan brokoli. Sedia dihidang.
Resipi Berbuka
Begedil Kentang A.S (U.S Potato) dan Oats Air Fryer
(Resipi Cik Nurul Aziah Musa)
Bahan-bahan:
2 biji kentang Russet A.S (rebus dan lenyek)
2 biji telur
8 sudu besar oats
Cili merah / cili hijau hiris halus
5 sudu besar bawang goreng
1 biji bawang besar
Garam
Lada sulah
Lada hitam
Cara Penyediaan:
1. Gaul sebati semua bahan2 dan bentukkan bulat
2. Renjis dengan minyak zaiton
3. Panaskan air fryer dengan suhu 180c
4. Masukkan begedil ke dalam bakul air fryer. Masak selama 10 minit
5. Siap untuk dihidangkan
Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
Kalori 133
Protein 5.5g
Lemak 3.3 g
Serat 0.7 g
Hidangan ini adalah sihat kerana menggunakan air fryer dan kita dapat mengurangkan penggunaan minyak. Begedil boleh dimakan bersama hidangan lain dan boleh juga dimakan bersama sup soto ketika berbuka.
Resipi Sahur
Pai Kentang A.S (U.S Potato) Daging Sihat Ramadan
(Resipi Cik Nurul Aziah Musa)
Bahan-bahan:
4 biji kentang Russet A.S, buang kulit dan potong dadu
1 biji lobak merah
1 sudu makan mentega
4 sudu makan bawang holland cincang
50 gm keju cheddar
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
1 sudu makan minyak sayuran
1 bji bawang cincang
500g daging kisar
2 sudu makan tepung
1 sudu makan sos tomato
180 ml stok daging
Cara Penyediaan:
1. Rebuskan kentang Russet A.S hingga lembut. Tos dan lenyek, campurkan mentega, bawang cincang dan keju chedar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
2. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan
3. Panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging menjadi perang. Masukkan tepung dan masak sebentar.
4. Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kawal api dan masak selama 5 minit.
5. Tuangkan daging dalam Loyang dan ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang Russet A.S dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
6. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar pada suhu darjah 190 C sehingga ia masak sepenuhnya.
7. Sedia untuk hidang dan dinikmati.
Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
Kalori 377
Protein 34.2
Lemak 13.6 g
Serat 1.4 g
Resipi ini mudah dah ringkas untuk juadah lengkap ketika bersahur. Ia sesuai untuk semua golongan umur dan rasanya yang enak pasti akan membangkitkan selera ketika bersahur terutamanya untuk anak-anak.
Comments
Post a Comment