SAKSIKAN "THE WORLD OF THE MARRIED" DENGAN PERCUMA DI IFLIX



Sebuah drama siri terbaharu Korea berjudul The World Of The Married telah mencipta sejarah JTBC apabila berjaya merekodkan rating tertinggi sewaktu episod pertama bersiaran. Drama siri lakonan Kim Hee-ae, Park Hae Jun dan Park Sun-young  boleh ditonton dengan percuma di iflix secara percuma mulai 28 April 2020.

Turut mencatatkan rekod tersendiri, pada episod keenam, drama siri The World of The Married berjaya mendapat purata rating yang memberangsangkan iaitu sebanyak 18.8 peratus diseluruh negara dan 21.4 peratus bagi kawasan metropolitan Seoul. Secara tidak langsung, drama ini berjaya mengalahkan rating terbaik drama Korea popular Itaewon Class yang hanya mencatatkan 16.5 peratus di seluruh negara pada episod akhirnya. Secara keseluruhannya,The World Of The Married kini berada di tempat kedua dalam sejarah saluran JTBC dengan rating tertinggi. 

Turut menarik perhatian drama ini, bukan sahaja para peminat baharu drama Korea malah penggemar drama-drama siri Melayu dan Nusantara juga. Ternyata, drama siri Korea ‘The World Of The Married’ mempunyai kualiti dan tarikan tersendiri dengan jalan cerita yang penuh emosi, sehingga dapat membuka ruang yang lebih besar untuk menarik lagi ramai peminat drama. 

SINOPSIS 

Drama ini bercerita tentang pasangan suami isteri yang mengalami masalah dalam kehidupan rumah tangganya kerana sebuah pengkhianatan, yang akhirnya membawa kebencian. Pelakon veteran Kim Hee Ae memegang watak sebagai Ji Sun Woo memainkan watak seorang anak Doktor. Jin Sun Woo bernikah dengan Lee Tae Oh (Park Hae Joon) dan mereka mempunyai seorang anak lelaki. Ji Sun Woo menjalani kehidupan yang sangat sempurna dan dikelilingi dengan ahli-ahli keluarga yang sangat positif. Kehidupannya yang harmoni, membuatkan perasaan cinta dan kesetiaan terhadap suaminya memang tidak pernah berubah. Ketika beliau hidup dalam keadaan penuh bahagia, satu fasa dugaan yang dihadapinya telah mengubah segala persepsi mengenai suaminya. Meskipun Lee Tae Oh mencintai isterinya, tetapi dia telah hanyut dalam sebuah perhubungan yang sangat berbahaya dan membuatkan hubungan mereka tidak lagi bahagia. 

Jalan cerita menarik dalam drama ini juga, tidak hanya menjelaskan kisah kecurangan seorang suami malah turut mengangkat kisah seorang isteri yang membalas dendam terhadap perbuatan suaminya yang berselingkuh...Memang cukup emosi!

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI