MINI MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN MINIMISE UNTUK HARI RAYA



MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah memperkenalkan kempen MINIMISE pada hari ini untuk meraikan musim lebaran yang bakal tiba dengan pelbagai tawaran menarik melibatkan model-model MINI yang terpilih, termasuk platform tempahan digital yang pertama diperkenalkan oleh jenama ini bagi kesemua model kenderaannya – iaitu MINI eShop. 

Kempen MINIMISE menawarkan kadar faedah menarik yang bermula daripada 0%, eksklusif untuk jentera MINI Countryman Plug-In Hybrid, serta rebat tunai berjumlah RM16,000 dan bantuan bayaran ansuran sebanyak RM5,000. 

MINI Countryman Plug-In Hybrid menampilkan Sistem Pacuan Semua Roda MINI eALL4 yang canggih dengan Kawalan Stabiliti Dinamik, ia mampu mengagihkan daya tujahan enjin pada kedua-dua komponen gandar yang melengkapi kenderaan ini, sekali gus memberikan tahap cengkaman yang luar biasa di atas pelbagai jenis permukaan jalan, kestabilan maksimum, serta keseronokan yang anda dapat alami ketika membelok. 

Lengkap dengan MINI Connected, para pemilik MINI Countryman Plug-In Hybrid akan dibekalkan akses yang mudah ke atas informasi seperti status semasa bateri, jarak kuasa elektrik dan pemasa pengecasan, diakses secara langsung dari telefon pintar pengguna. Aplikasi berkenaan turut mempunyai kebolehan untuk menghidupkan penyaman udara kenderaan ini sebelum memulakan perjalanan, lantas memberikan pemilik fleksibiliti untuk menetapkan tahap suhu yang diinginkan menggunakan kaedah jarak jauh melalui 4G – sebuah ciri kefungsian yang sempurna di Malaysia yang lazimnya bercuaca panas. 

Pemilik MINI Countryman Plug-In Hybrid juga akan dihadiahkan MINI Public Charging Cable, berserta kad ChargeNow bagi mendapatkan akses pengecasan secara percuma selama setahun di 309 fasiliti ChargeNow yang terletak di seluruh negara. Lebih mudah, para pemilik boleh mengecas semula MINI Countryman Plug-In Hybrid mereka di rumah – pilihan yang lebih baik untuk menyahut seruan penjarakan sosial yang sedang digagaskan dan juga untuk masa akan datang. 

Kempen MINIMISE turut menawarkan bantuan bayaran ansuran berjumlah RM3,000 sehingga RM5,000 bagi pelbagai model jentera MINI, termasuk rebat tunai berjumlah RM8,000 sehingga RM22,000. 

Di samping itu, MINI Malaysia juga telah memperkenalkan MINI eShop – iaitu platform tempahan digital yang pertama bagi jenama ini, ia merangkumkan kesemua model-model kenderaannya dan dilancarkan untuk memudahkan proses tempahan buat para pelanggan. 

MINI eShop merupakan sebuah platform yang mesra pengguna dirumus untuk menawarkan pengalaman tempahan kenderaan MINI secara digital sepenuhnya. Para pelanggan dapat menemukan pelbagai jenis model MINI yang ditawarkan, serta menempah jentera MINI kegemaran mereka dari keselesaan rumah masing-masing. 

Tawaran kempen MINIMISE yang eksklusif ini terhad bermula hari ini sehingga 30 Jun 2020 sementara stok masih ada. Layari http://www.mini.my/minimise untuk mendapatkan maklumat lanjut. MINI eShop boleh diakses melalui http://www.mini.my/MINIeShop.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI