BAND JOANNA AND CO. KEMBALI DENGAN SINGLE ‘KINI KU SEPI’



Setelah membuat kemunculan semula pada tahun lalu dengan single ‘Go Ahead’, band Pop Indie Alternative ‘Joanna and Co.’ yang diwarnai oleh Joanna Renisa (vokal), Ijam (gitar), Kusha (Bass) dan Farid Hashimoto (drums) melancarkan single terbaharu mereka yang berjudul ‘Kini Ku Sepi’. 

Joanna and Co. yang tidak asing dalam industri muzik Malaysia pernah popular dengan lagu hit mereka seperti ‘Aku Pelangi’, ‘Lutsinar’ dan sebuah lagu duet bersama Aliff Aziz berjudul ‘Kalau Cinta’, kini mempertaruhkan single terbaharu ‘Kini Ku Sepi’ yang membawa genre 80’s Pop Vibe dalam usaha mengembalikan aura yang pernah dipelopori oleh Dato’ Sheila Majid dan Francesca Peter yang sememangnya menjadi inspirasi Joanna and Co. dalam penulisan muzik mereka. 

Bahkan ramai pendengar memberi respon mengatakan lagu Kini Ku Sepi mirip lagu Dato Sheila Majid dengan nuansa Pop Moden. Bercerita tentang ‘Kini Ku Sepi’ yang mengisahkan seorang gadis yang kecewa ditinggalkan kekasih tetapi masih bersikap positif dengan ketentuanNya, Joanna Renisa selaku vokalis dan penulis lagu ini berkata Kini Ku Sepi mula dicipta sebagai sebuah lagu berentak R&B pada 20 tahun dahulu dan beliau merasakan tahun 2020 adalah tahun yang terbaik untuk lagu ini dikeluarkan. 

Kini Ku Sepi turut menerima sentuhan kolaborasi beberapa musisi tanah air seperti Ayop Azril, Juad dari band Robot Asmara, Farin Irwan dari band Gerhana Ska Cinta yang menyumbangkan sentuhan magis melalui saxophone beliau. Widy dari Gerhana Ska Cinta dan Jipie dari band PESAWAT turut membantu dari pengolahan semula melodi dan harmoni vokal. 

Kini Ku Sepi telah diadun oleh Hafiz Ahmad seorang jurutera bunyi yang tidak asing dari zaman Synchrosound Studio hingga ke Tune Studio manakala proses mastering diadun oleh Leon Zervos seorang jurutera mastering Internasional yang telah berkerja dengan artis terkenal seperti Maroon 5, Rihanna dan Pink. 

Muzik video ‘Kini Ku Sepi’ telah pun dilancarkan pada 14 Mac 2020 yang lalu dan kini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Lagu ini telah dilancarkan di semua platform digital seperti Spotify, JOOX, Apple Music, Deezer dan Youtube Music pada 3 April 2020 (https://bit.ly/jnckinikusepi) manakala album fizikal dalam bentuk CD dan Vinyl bakal dilancarkan pada tahun ini selepas redanya wabak Covid19.


 

Dekati Joanna and Co di:
Laman web: www.joaanaandcoband.com
WhatsApp: +6011 1537 4746 (Ijam)
Instagram: @joanna.and.co
Facebook: @joannaandco
Twitter: @joannaandco
#kinikusep

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI