KOLABORASI PRESTOMALL & HAPPY E-MART KINI DILANCARKAN



PrestoMall – Sebuah rangkaian membeli-belah atas talian terbesar di Malaysia yang kini menjadi sebahagian daripada Presto iaitu aplikasi gaya hidup pelbagai perkhidmatan di Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Happy E-Mart yang dikenali sebagai Happy Momentum, unit eBiz KK Group (KK Super Mart) yang merupakan rangkaian kedai serbenaka 24 jam yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

Kerjasama ini bertujuan untuk memperkuatkan hubungan kedua-dua belah pihak dalam sektor e-dagang disamping menyediakan perkhidmatan belian barangan keperluan harian atas talian dan khidmat penghantaran makanan kepada lebih 1.6 juta pengguna yang berdaftar di PrestoMall. 

Dengan perlaksanaan fasa 4 Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia yang jatuh pada bulan Ramadan, kerjasama ini bertujuan untuk mengekalkan pengalaman tahunan membeli-belah di sepanjang bulan Ramadan dengan menyediakan pelbagai jenis barangan keperluan umum dan barangan segar di samping makanan tradisional Malaysia, minuman dan barang keperluan rumah melalui inovasi digital bermula bulan Mei sehingga September. 

Antara kategori baru yang akan diperkenalkan adalah: 

Makanan Sedia Dimakan 

Pelbagai juadan yang disediakan oleh restoran yang dijamin halal seperti ABC Restaurants & Tappaw Corner. 

Terdapat pelbagai pilihan Makanan Sejuk/Beku dari pengeluar Halal & Tidak Halal seperti Masakan Melayu, Dim Sum yang halal dan perlbagai jenis masakan Cina. 

Sedia Dimasak 

Selain masakan panas, makan sejuk beku atau makanan segera seperti kentang goreng, sosej dan burger daripada pengusaha terkenal Ramly juga turut tersedia. 

‘Pastries’ 

Di samping itu, para pelanggan juga boleh memilih pelbagai jenis kuih-muih, roti, kek dan biskut yang disediakan oleh Baiwago Plus Café. 

Barangan Keperluan Umum (KK Super Mart) 

Terdapat pelbagai pilihan barang-barang keperluan umum yang disediakan termasuk minuman, barang kering dan keperluan asas seperti: makanan dalam tim, mee segera, pes siap dimasak, beras, minyak masak, tepung & gula, susu tepung, peralatan mandian, barangan keperluan rumah seperti serbuk pencuci pakaian, tisu kering atau basah, lampin pakai buang, ‘hand sanitizers’ dan sebagainya. Turut disediakan ubat-ubatan seperti Woods, Panadols, Hurix, Cool-Fever, ubat tahan sakit dan ubat batuk. 

Barangan Segar (KK Fresh) 

Para pelanggan juga boleh memesan pelbagai jenis barangan segar dari KK Fresh seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging mentah halal, makanan laut dan lain-lain. Kesemua barangan segar akan dibungkus terlebih dahulu untuk menjaga kesegaran dan tahap kualiti makaan sebelum dihantar kepada pelanggan. 

Kawasan Penghantaran: Lembah Klang 

Masa Penghantaran: Pesanan sebelum jam 11 pagi akan dihantar pada hari yang sama manakala pesanan yang diterima selepas jam 11 pagi akan dihantar pada keesokkan harinya. 

Note: Bayaran sebanyak RM15 akan dikenakan untuk perkhidmatan penghantaran ke semua lokasi di Lembah Klang (Maksimum 20KM daripada Desa Petaling, KK Super Mart) caj tambahan RM1 akan dikenakan untuk setiap lebihan 1km ke lokasi. Ini termasuk untuk roti, kek, barangan keperluan umum, makanan beku, segar dan segala jenis makanan panas/sedia dimakan. 


Marilah kita semua terus kekal berada di rumah untuk memutuskan rangkaian penyebaran wabak Covid-19 bersama-sama. Jaga kebersihan dan hadkan pergerakan anda. Muat turun aplikasi Presto sekarang untuk menikmati lebih banyak promosi penjimatan atas talian sepanjang bulan Ramadan.

Anda boleh rujuk pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tawaran yang disediakan: 


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO