SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM
Pada masa kini, melancong merupakan satu aktiviti yang seringkali menjadi pilihan kerana perkembangan medium pengangkutan yang memudahkan urusan percutian. Terdapat banyak sebab orang ramai melancong ke luar negara atau merentas negeri seperti untuk melawat saudara-mara dan rakan taulan, mendapatkan rawatan kesihatan ataupun sekadar menikmati percutian. Ahli akademik telah mengkaji tujuan perjalanan mereka ini dan telah mengemukakan pelbagai istilah pelancongan.
Salah satu istilah yang diberikan ialah Voluntourism ataupun melancong sambil melakukan aktiviti sukarelawan, dan ianya semakin meraih populariti dalam kalangan orang ramai. Aktiviti ini melibatkan aktiviti percutian ke tempat lain yang bukan tempat asal mereka dengan niat berbuat baik dan kebaikan secara sukarela.
Setiap sukarelawan ini mempunyai motivasi sendiri dalam melakukan kerja sukarela. Antara motivasi yang mencetuskan idea ini dalam kalangan mereka termasuklah sifat penyayang terhadap haiwan serta tumbuhan dan rasa rendah diri untuk membantu orang yang memerlukan di negara asing yang miskin.

Voluntourism bukan lagi satu fenomena baru namun popularitinya telah naik dengan mendadak disebabkan tiada lagi halangan untuk aktiviti pelancongan sejak 15 tahun yang lalu. Fenomena ini berasal dari orang Barat kerana mereka adalah yang pertama mempraktikkan budaya melancong namun kemudian, amalan tersebut berkembang ke kawasan lain seperti ke Negara Asia dan Afrika kerana terdapat peningkatan dalam kelas pertengahan yang mencari pengalaman melancong yang luar dari kebiasaan.
Bencana global seperti tsunami dan gempa bumi juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan voluntourism semakin dikenali. Voluntourism tidak semestinya hanya melibatkan pelancong antarabangsa, tetapi pelancong domestik juga dialu-alukan untuk mengambil bahagian kerana ini bukan sahaja akan membantu negara mereka sendiri tetapi juga mencegah kebocoran ekonomi daripada berlaku.
Objektif utama voluntourism adalah untuk memperbaiki kehidupan penduduk di tempat-tempat yang mereka kunjungi. Amalan pelancongan ini membantu pelancong untuk melibatkan diri dalam pemahaman yang lebih baik mengenai budaya dan komuniti tempat-tempat yang mereka kunjungi. Ini adalah kerana, para pelancong dapat sepenuhnya mempelajari budaya dan membentuk hubungan yang tulus di samping melawati tempat-tempat menarik.
Voluntourism dapat membantu komuniti tempatan meningkatkan kehidupan mereka dan menggalakkan pelancongan yang serba mampan. United Nation dalam satu kenyataan berkata, para sukarelawan adalah penggerak dalam mencapai semua 17 Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) yang diperkenalkan pada tahun 2015. Voluntourism bukan sahaja membantu orang ramai tetapi juga alam sekitar menjadikan ia penting untuk dipelajari dan dipraktikkan oleh ramai pelancong.

Negara Afrika merupakan Negara tertinggi yang menerima aktiviti voluntourism kerana terdapat pelbagai projek dinamik yang boleh disertai di sana. Setiap tempat di Afrika mempunyai keperluan yang berbeza. Contohnya, di Zambia, kerja sukarelawan lebih fokus kepada masyarakat tempatan, manakala di Kenya, kerja sukarelawan dikecilkan skopnya kepada melindungi kumpulan haiwan liar seperti singa.
Di negara lain seperti Australia, banyak aktiviti sukarelawan lebih memfokuskan pada usaha pemuliharaan hidupan liar dan alam sekitar. Sebagai contoh, di bawah HQ Sukarelawan Antarabangsa [IVHQ], para sukarelawan dapat mengambil bahagian dalam projek sukarela untuk Pemuliharaan Marin yang memberi tumpuan kepada perlindungan ekosistem Great Barrier Reef. Semua projek sukarelawan di negara-negara ini mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk melahirkan pengurusan kelangsungan serba mampan dan mewujudkan kehidupan yang lebih baik.

Seperti negara membangun yang lain, aktiviti sukarelawan di Malaysia juga berkembang pada kadar yang pesat. Banyak institut dan organisasi yang mengambil bahagian dalam aktiviti sedemikian dengan menyumbang tenaga ke negara-negara lain. Walau bagaimanapun, bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk melakukan voluntourism tetapi memilih untuk melalukannya di dalam Negara, mereka tidak perlu risau kerana aktiviti voluntourism ini amat giat dijalankan di Malaysia.
Pelancong antarabangsa juga dialu-alukan untuk melakukan beberapa aktiviti sukarela di sini. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membantu memaksimumkan pengalaman percutian mereka tetapi juga meningkatkan keyakinan diri mereka kerana telah melalukan sebuah perkara yang baik.

Terdapat banyak peluang untuk melakukan aktiviti voluntourism di Negeri Selangor bagi para pelancong domestic dan antarabangsa. Salah satu aktiviti sukarela yang telah dilaksanakan di Selangor adalah Program Healing Broga untuk dua tahun berturut-turut di mana para sukarelawan terlibat telah membersihkan kawasan bukit Broga dan menanam tunas pokok baharu di sekitar kawasan itu untuk tujuan kelangsungan alam sekitar dan menjadikan tempat ini lebih rapi bagi menarik lebih ramai pelancong.
Projek ini merupakan usaha yang dianjurkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat. Program Healing Broga 2.0 pula telah diadakan setahun selepas kejayaan projek pertama. Program Healing Broga 2.0 memberi tumpuan untuk memulihkan keindahan Bukit Broga selepas peristiwa kebakaran besar di bukit tersebut. Para sukarelawan telah menanam tunas pokok baru dan membersihkan sampah di sekitar kawasan tersebut. Sesetengah orang mungkin mengatakan bahawa program sebegini hanyalah aktiviti sukarela tetapi jika para peserta program bukan berasal dari Negeri Selangor dan telah mengembara ke Negeri ini hanya untuk aktiviti sukarela, maka ia juga dianggap sebagai sebuah voluntourism.
Selain Program Healing Broga, Badan Promosi Pelancongan Negeri, Tourism Selangor dengan kerjasama Flyfirefly Sdn Bhd pernah melancarkan sebuah kempen yang dinamakan sebagai “Clean and Green” di Taman Eko Rimba Kanching di bawah konsep pelancongan sukarelawan atau voluntourism pada tahun 2018.
Kempen ini diperkenalkan sebagai inisiatif untuk menjaga kawasan Taman Eko Rimba Kanching agar lebih bersih dan juga memberikan kesedaran mengenai pengurusan sisa yang betul kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.
Aktiviti sukarela juga boleh dilakukan di Zoo Negara di bawah Program Zoo Negara KeeperKu. Terdapat banyak peluang untuk penggemar haiwan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti voluntourism seperti membersihkan sangkar haiwan, memberi makan kepada haiwan dan juga membantu penjaga zoo dalam proses aktiviti pameran haiwan. Walau bagaimanapun, program ini hanya dibuka untuk pelajar berumur 16 tahun ke atas dari sekolah, universiti dan kolej sahaja. Fakta ini mungkin menjadi fakta yang mengecewakan untuk pencinta haiwan di luar sana, jadi adalah diharapkan agar pengurusan Zoo Negara akan dapat membuka projek sukarela mereka kepada orang ramai tidak lama lagi!
Satu lagi projek sukarela yang dijalankan di Selangor adalah River Care Programme (RCP) yang menggalakkan perlindungan, pemulihan dan penggunaan potensi sungai. Program ini merupakan satu usaha yang dijalankan oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan, Global Environment Centre. Program ini bukan hanya memberi tumpuan kepada sungai-sungai di Selangor tetapi juga sungai-sungai di Negeri lain di Malaysia. Para aktivis alam sekitar adalah dialu-alukan untuk menyertai projek sukarela ini.
Disamping itu, terdapat jugak aktiviti sukarela yang telah dijalankan oleh pihak AEON Co. (M) Bhd. di bawah program kerjasama Malaysia-Japan Friendship Forest pada tahun 2018. Program ini merupakan satu tanggungjawab sosial pihak AEON terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini. Para sukarelawan telah bekerjasama dalam menanam sebanyak 60,000 pokok pelbagai spesis di kawasan Paya Indah Wetlands. Program ini turut diberikan kerjasama oleh pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam memastikan pokok-pokok yang ditanam subur dan dijaga rapi.
Selain itu, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) turut memperkenalkan satu projek sukarelawan di Kampung Kuantan dengan kerjasama kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) iaitu Kampung Kuantan Firefly Preservation Project. Usaha tersebut bertujuan untuk mengekalkan ekosistem habitat kelip-kelip di Kampung Kuantan daripada mengalami ancaman kepupusan disamping menjadi sebahagian daripada projek komuniti dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB.
TNB telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi tempoh lima tahun sejak 2008 bagi menjayakan projek ini. Sejak dari pengenalan projek, pihak TNB berusaha keras untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang pemuliharaan habitat kelip-kelip melalui program seperti Environmental Awareness Camp (Kem Kesedaran Alam Sekitar), An Evening with the Boatmen, the Back to School Programme dan TNB Schools Adoption Programme.
Kesimpulannya, adalah amat penting untuk setiap dari kita mengambil pendekatan yang serba mampan ketika melancong. Masih terdapat banyak bidang dan kawasan yang perlu diperbaiki untuk menjadikan negara Malaysia lebih membangun.
Walau bagaimanapun, pelancongan serba mampan di Malaysia terutama di Negeri Selangor dapat dicapai dengan lebih cepat dan efisien melalui aktiviti voluntourism yang disertai oleh pelancong domestik dan antarabangsa. Oleh itu, Tourism Selangor sangat menggalakkan kerjasama daripada mana-mana organisasi atau individu yang berminat untuk menjalankan projek-projek sukarelawan di Negeri Selangor. Sesungguhnya, sebuah kebaikan boleh membuka ruang kepada peluang yang lebih besar dan lebih baik untuk kita semua!

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Comments
Post a Comment