SUNGEI WANG PLAZA BERWAJAH BARU UNTUK RAIKAN TAHUN HARIMAU

 

Pusat membeli-belah berstatus legenda, Sungei Wang Plaza, salah satu pusat membeli-belah yang bertahan berdekad lamanya telah kini tampil dengan wajah baharu setelah tamatnya fasa 4 dalam projek menaik taraf dan ubah suai besar-besaran yang telah dimulakan sejak tahun 2017.


Dengan penampilan emas berkilauan, Sungei Wang Plaza kini ingin dikenali sebagai “Beauty & Experiential Mall” yang menawarkan peruncitan yang berbeza dan dan aktiviti-aktiviti yang mengujakan seperti gimnasium memanjat batu, taman pengembaraan tertutup, drift kart tertutup, muzium warisan mini dan sebagainya.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia & Sukan; Mr Ng Yih Chen, Pengerusi Sungei Wang Plaza Management Corporation dan diserikan oleh kehadiran Mr Abdul Rauf Abu Hassan, Director of Package Development Division of Tourism Malaysia; Mr Carter Lim, Treasurer of Sungei Wang Plaza Management Corporation; Members of Sungei Wang Plaza Management Corporation - Mr Lawrence Teh, and Ms Michelle Siew; Mr Winnie Lim, Property Manager of Sungei Wang Plaza and Mr Joseph Teo, Centre Manager of Sungei Wang Plaza.



Dalam majlis yang sama, pelancaran edisi pertama Kejuaraan Tarian Singa Tradisional Sungei Wang Plaza juga telah dilangsungkan. Para pengunjung ke Sungei Wang Plaza dapat menyaksikan 21 kumpulan tarian singa berentap mendapatkan gelaran juara pada 15 sehingga 16 Januari 2022 di Pintu Masuk Utama.


Sempena Tahun Harimau, Sungei Wang Plaza mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke “The Fantasy of Taiko” yang menampilkan pengalaman Tahun Baharu Kawaii 2022 dengan pelbagai aktiviti dan promosi dari sekarang sehingga 20 February 2022. Anda boleh menebus sampul Ang Pao Kawaii edisi terhad dengan pembelian minimum RM88 dalam dua resit. Anda juga boleh mencuba nasib dengan “claw machine” untuk memenangi patung Harimau Kawaii atau baucar dengan pembelian RM188 minimum dalam dua resit terkumpul.


Alamilah suasana Tahun Baharu Cina yang meriah dengan persembahan Tarian Singa Akrobatik, Sesi Ramah Mesra Dewa Kekayaan dan Persembahan Gendang. Jangan lupa untk mengunjungi gerai-gerai yang terletak di Centre Court dan Bazar Tahun Baharu Cina di Sungei Wang Walk, untuk mendapatkan pelbagai jenis snek, aksesori dan pelbagai produk lagi untuk menyambut ketibaan Tahun Harimau.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sungeiwang.com atau ikuti lama Facebook www.facebook.com/sungeiwangplaza.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI