FOODPANDA PERKENAL E-FTAR BERSAMA MEDIA PRIMA
foodpanda, peneraju platform atas talian memperkenalkan E-ftar pada bulan yang mulia ini untuk memastikan penduduk Malaysia masih boleh menikmati juadah Ramadan kegemaran mereka sementara kekal dirumah dengan selamat.
Dengan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penjagaan jarak sosial yang amat digalakkan, foodpanda telah bekerjasama bersama Rangkaian Televisyen Media Prima dan beberapa kerajaan tempatan termasuk Penang Halal International, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Hang Tuah dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk melancarkan E-ftar.
“Ramadan ini, kami bukan sahaja ingin menyokong, tetapi membantu peniaga tempatan untuk terus melayan para pelanggan melalui platform kami. Kami di foodpanda berbesar hati untuk memperkenalkan E-ftar. Inisiatif ini bukan sahaja akan menyokong peniaga-peniaga tempatan, malah membantu para penghantar kami untuk terus memperoleh pendapatan tetap. Ini adalah masa yang mencabar buat negara kita tapi dengan bekerja bersama, saya percaya kita akan lebih kuat apabila semua ini berakhir,” kata Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda Malaysia.
Tambahnya lagi, “Kami amat berbesar hati untuk berkerjsama dengan Rangkaian Televisyen Media Prima bagi inisiatif ini. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua majlis tempatan, E-ftar tidak mungkin berjaya.”
Bazaar ini menyajikan pelbagai peniaga yang menjual juadah yang hanya boleh didapati ketika bulan puasa. Juadah kegemaran seperti Roti John, kuih-muih, murtabak dan ayam percik kini boleh didapati melalui platform tersebut. Para pelanggan boleh menikmati juadah-juadah Ramadan dengan mencari di swimlane E-ftar untuk memesan daripada vendor-vendor yang berdekatan.
Terdapat lebih daripada 200 peniaga berbeza yang boleh didapati di E-ftar foodpanda. Sejajar dengan keadaan semasa, untuk memudahkan permulaan Ramadan, pelanggan-pelanggan foodpanda yang berada di Lembah Klang boleh menikmati penghantaran percuma buat semua pesanan sehingga ke 30 April.
Comments
Post a Comment