PERKHIDMATAN PENSTRIMAN BAHARU, SOOKA KINI DILANCARKAN

 


sooka, perkhidmatan penstriman terbaru yang menawarkan kedua-dua kandungan percuma dan berbayar dilancarkan hari ini. Diinspirasikan oleh perkataan ‘suka’, sooka memberi tumpuan kepada pengumpulan dan penyusunan kandungan seperti siaran langsung aksi sukan global, drama dan program hiburan Malaysia, dan siri-siri ekslusif dan original sooka yang sesuai dengan selera golongan milenial menerusi platform ‘Over-The-Top’ (OTT) berasaskan mudah alih.

Menyasarkan untuk mengisi kelompangan kebolehdapatan serta akses kandungan tempatan yang disukai oleh golongan milenial, sooka berada di atas landasan yang betul untuk mencipta kandungan yang lebih hiper tempatan, relevan dan menjadikannya lebih mudah diakses berbanding sebelum ini untuk penonton hiburan mobile-first atau yang mengutamakan kandungan versi mudah alih.

Ketua Rancangan, sooka, Emarina Mohd Kamal berkata, “sooka tiba di saat para pengguna hari ini mengamalkan gaya hidup mobile-first dan oleh yang demikian, mereka sudah biasa menonton kandungan di dalam talian. Peralihan trend menonton ini telah menyebabkan para pengguna pantas mengamalkan gaya hidup digital ‘normal baru’, menjadikan kandungan hebat sebagai salah satu aset digital yang penting. Maka, tidak hairanlah kenapa mereka sangat bergantung kepada telefon pintar masing-masing serta aktif di dalam media sosial, dan sentiasa mencari kandungan hebat yang boleh ditonton segera di mana sahaja mereka berada, menerusi peranti mudah alih milik mereka. Kandungan sooka dikurasi untuk tontonan segera, pada harga mampu milik serta didatangkan dengan pelan langganan yang mudah, dan kami menjemput semua milenial untuk mencuba sooka.”

Selain daripada menawarkan langganan percuma, sooka turut menawarkan dua pilihan pelan mudah lagi mampu milik iaitu pelan VIP+Sports (pada harga RM41.90 sebulan, dengan promosi ketika ini RM15.90 sebulan) yang membolehkan para peminat sukan tegar menikmati akses tanpa had dan secara langsung aksi sukan terbaik sepanjang tahun; dan pelan VIP Entertainment (pada harga RM15.90 sebulan) yang menawarkan kandungan hiburan terbaik di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai drama, rancangan dan filem tempatan, serta siri-siri eksklusif dan original sooka.


Bersempena dengan UEFA EURO 2020, sooka melancarkan promosi istimewa untuk pelan VIP+Sports pada harga pengenalan RM15.90 sebulan mulai 8 Jun 2021, membolehkan para peminat sukan menikmati kesemua 51 perlawanan UEFA EURO 2020 dan lain-lain aksi sukan secara langsung, beserta pelbagai hiburan kegemaran dan siri original tempatan. Sebagai alternatif, para pengguna yang berminat untuk hanya menyaksikan pasukan kegemaran mereka sahaja boleh membeli pas tunggal UEFA EURO 2020 pada harga RM7.90 untuk satu perlawanan.

Emarina menjelaskan, “Perbezaan utama sooka ialah kebolehan kami untuk menawarkan aksi sukan secara langsung untuk tontonan para peminat sukan di dalam peranti mudah alih mereka, membolehkan mereka menonton aksi sukan kegemaran mereka pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja. Kami telah menyediakan perancangan kandungan sukan yang mantap hingga ke hujung tahun dan akan terus mengukuhkan portfolio tersebut agar kami dapat terus membawakan yang terbaik untuk para peminat sukan di Malaysia.

“Selain daripada itu, kami dengan sukacitanya menawarkan pelbagai pilihan siri drama Melayu premium yang terkini, filem-filem, rancangan hiburan, program Siaran Langsung, serta pelbagai rancangan berbahasa Cina dan Tamil bagi memenuhi selera tempatan. Kami juga bekerjasama dengan pencipta dan syarikat penerbitan terbaik di dalam industri ini bagi menghasilkan siri-siri original yang segar dan menarik khusus untuk golongan milenial, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan lebih banyak lagi kandungan seperti ini pada bulan-bulan yang akan datang.”

Kandungan yang rakyat Malaysia sooka

Pada pelancaran, para pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan berikut daripada sooka:

i. Aksi sukan secara langsung, seperti UEFA EURO 2020, Kejohanan Dunia BWF, Liga Perdana Inggeris, Kejohanan Formula 1, Wimbledon Grand Slam, dan banyak lagi

ii. Hiburan terbaik Malaysia, merangkumi pilihan meluas drama dan filem Melayu tempatan yang menjadi kegemaran para penonton dan kini boleh didapati di dalam sooka, seperti Projek: Anchor SPM, Rindu Awak Separuh Nyawa, Jebat, Scammer, The Maid, Ahli Bapak-Bapak Club, dan Curi-curi Cinta.

iii. Siri eksklusif dan original sooka yang akan datang, yang diterbitkan mengikut selera dan cita rasa golongan milenial di Malaysia, seperti Hantu Bonceng 2.0, Hawa, dan PHD Muzik.

Nikmati hiburan terbaik Malaysia

Bersempena dengan pelancaran sooka, pada 9 Jun 2021 jam 8:30 malam, mari sertai barisan pelakon Projek: Anchor SPM dalam sesi bual bicara santai dengan DJ Keanu dan DJ Isha di dalam laman Facebook Era (ERA (Malaysia)) dan Hitz (HITZ), bagi membincangkan dan berkongsi maklumat mengenai banyak lagi hiburan Malaysia terbaik yang boleh didapati di dalam sooka.


Untuk memulakan perjalanan sooka anda, muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Playstore. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sooka, sila ikuti kami dalam Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram (@sookamalaysia), serta layari sooka.my.

Feature photo by: Travel photo created by tirachardz - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA