FILEM DENGAN GELAGAT KOMEDI LATAH KEMBALI DENGAN SEKUEL, ‘KAMPUNG LATAH…THE MUMMY’


Filem dengan gelagat komedi latah kembali dengan sekuel terbaru, KAMPUNG LATAH...THE MUMMY dan akan menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 25 Ogos ini. 

Lebih menarik, selain mengembalikan teraju utama daripada prekuel, seperti pelakon Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah dan Riezman Khuzaimi, Kampung Latah...The Mummy kali in turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Shashic Iewan, Acong Sweetchild, Jaafar Onn, Wanie Ooi, Souya, Along Kembo, Delimawati, Razak Ahmad, Sharwani Ns, Syuk Sahar, pempengaruh (influencer) Ilham Abata dan ramai lagi.


Terdahulu, filem yang pertama iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta semasa tayangannya di Astro First pada tahun lalu. Bagi Kampung Latah...The Mummy menyaksikan jalan cerita kali ini berkonsepkan komedi seram. Filem terbaru ini turut mengembalikan pengarah daripada filem pertama iaitu Azizi Hj Adnan.


Malah dari sudut jalan cerita pula, kelainan yang dipersembahkan adalah kisah fiksyen berkenaan ‘mummy’ dan melibatkan penyediaan prop dan busana yang teliti serta babak yang melibatkan CGI. Meskipun filem ini menonjol elemen komedi, namun turut menyelitkan mesej-mesej positif yang mampu dijadikan pengajaran dan ingatan buat penonton.


Menurut Penerbit Kampung Latah...The Mummy & Wakil MEGAPINE (M), Hazil Izham Ismail berkata, “Selepas filem Kampung Latah Kena Kuarantin menerima sambutan baik daripada penonton pada tahun lalu, kami tidak teragak-agak untuk menampilkan sekuel seterusnya kerana yakin komedi dan konsep jalan cerita yang dipersembahkan boleh diterima oleh penonton. 

Menariknya sekuel terbaru iaitu Kampung Latah...The Mummy ini adalah ia memaparkan lebih aksi dan lebih telatah komedi, di samping mengekalkan konsep latah. Selain itu, turut menampilkan watak baru yang dijayakan oleh barisan pelakon popular dan itu menjadi satu cabaran buat produksi untuk menghimpunkan mereka dalam setiap babak. Kami berharap agar Kampung Latah...The Mummy mampu menghiburkan semua golongan penonton dan sekali gus memgulangi pencapaian box office di Astro First.”


Kampung Latah...The Mummy menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya. Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk. Seperti biasa, Ajin , Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.


Saksikan filem komedi, Kampung Latah...The Mummy yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 25 Ogos 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. 

Bagi yang ingin menonton Kampung Latah Kena Kuarantin, boleh melanggan kombo Koleksi Opocot! Latah yang menampilkan dua filem iaitu ‘Kampung Latah Kena Kuarantin’ dan ‘Kampung Latah...The Mummy’ dengan harga RM19.90 bermula 25 Ogos. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!