PESERTA BERTUAH BAKAL MENCURI HATI SELEBRITI MISTERI DALAM PROGRAM REALITI TERBARU KELUARAN SOOKA DAN ASTRO


Diinspirasikan oleh rancangan-rancangan program realiti mencari cinta yang kian popular pada masa kini, sooka, aplikasi penstriman hiburan tempatan, bakal memperkenalkan siri Originals berformat program realiti mencari cinta melibatkan selebriti yang pertama di Malaysia, pada Disember ini. Rancangan realiti tersebut akan dihasilkan atas kerjasama sooka bersama Astro dan bakal menampilkan seorang selebriti misteri popular, yang sering menjadi tumpuan ramai.

“Fenomena program realiti mencari cinta merupakan trend yang diminati oleh generasi milenial pada masa kini. Kami amat gembira kerana berpeluang untuk memperkenalkan siri Originals sooka yang berinspirasikan format rancangan realiti tersebut pada hujung tahun ini.

Kami berharap program ini memberi peluang kepada peserta dan peminat untuk mengenali selebriti pujaan mereka dengan lebih dekat sebagai individu tersendiri, di luar profesion sebagai artis. Format program ini juga akan lebih mengetengahkan keserasian personaliti para peserta bersama selebriti tersebut, berlandaskan konteks yang bersesuaian dengan sensitiviti budaya tempatan. Kami juga berharap program ini akan menggalakkan syarikat produksi tempatan untuk memberanikan diri untuk menghasilkan kandungan yang lebih kreatif pada masa akan datang.” kata Emarina Mohd Kamal, Ketua Rancangan di sooka.

Selebriti Misteri Tumpuan Ramai

“Nama selebriti misteri ini tidak asing lagi dalam industri perfileman Malaysia. Beliau bukan sahaja merupakan seorang pelakon bujang yang ‘macho’ tetapi juga seorang insan yang berpersonaliti menarik dan santai. Kami berpendapat rancangan ini bakal mendapat sambutan memberangsangkan, dengan adegan-adegan penuh drama demi mencuri hati selebriti misteri tersebut. Sudah pasti tarikan utama adalah untuk menyaksikan keserasian bakal peserta bersama selebriti tersebut sebagai pendorong kepada pada peminat untuk terus menonton kisah selanjutnya sehingga ke episod terakhir, ” tambah Emarina.

Pencarian bakal bermula

Semua golongan wanita bujang di Malaysia berusia antara 21 – 45 tahun di jemput untuk menyertai uji bakat program realiti tersebut, seperti berikut:

1. Hantarkan video berdurasi pendek 'Mengapa saya ingin berkenalan [selebriti pilihan anda]

2. Namakan 3 selebriti tempatan popular yang ingin anda kenali

3.Emelkan penyertaan anda berbentuk video atau Pautan di submissionforaudition@astro.com.my

4. Sila nyatakan pada subjek e-mel: ‘Penyertaan: Saya ingin mengenali selebriti lelaki paling popular’

5. Tarikh Akhir akhir penyertaan : 23 Ogos 2022

Program realiti ini akan ditayangkan eksklusif di sooka pada akhir tahun ini. Penonton boleh menonton dengan melanggan pelan langganan mudah alih sooka - pelan VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan VIP TV pada harga RM42.50 sebulan* untuk pengalaman menonton konten tersebut di skrin TV.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang rancangan dating realiti ini, anda boleh kunjungi laman sosial sooka, sooka Malaysia (Facebook), @sookamalaysia (Instagram), atau kunjungi laman web sooka di https://sooka.my/en/.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING