PANDAMART BAWAKAN KUIH BULAN PAU-PAU EKSKLUSIF DARIPADA TAI THONG SEMPENA FESTIVAL KUIH BULAN INI


Perayaan Pertengahan Musim Luruh semakin hampir dan menikmati kuih bulan yang comel, padat dengan inti manis atau enak semestinya satu kewajipan. Sempena sambutan perayaan ini, foodpanda Malaysia memperkenalkan kuih bulan Pau Pau tersendiri, yang disediakan secara eksklusif oleh Tai Thong dengan harga permulaan hanya RM14.90.

Kuih bulan tersebut boleh didapati dalam tiga perisa iaitu Pure Lotus, Lotus Single Yolk dan Pure Red Bean, kuih bulan enak ini menggambarkan keberuntungan yang seringkali ditukar dan dinikmati sesama keluarga dan rakan-rakan. 

Kuih bulan kebiasaannya memiliki inti kuning telur masin sebagai simbol bulan. Lebih banyak kuning telur yang terdapat di dalam kek, lebih banyak keberuntungan yang bakal diperoleh.

“Dengan musim kuih bulan yang semakin hampir, pencarian kuih bulan paling enak telahpun bermula. Bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan ini dan memberi kemudahan kepada para pelanggan, kami memperkenalkan hidangan enak ini di pandamart untuk dinikmati semua,” kata Afzan Lutfi, Pengarah, New Verticals.

Tambah beliau, “Selain membawa makna tertentu dalam agama dan kisah dongeng, kuih bulan juga adalah simbol kekeluargaan dan kegembiraan dalam budaya masyarakat Cina dan kami sangat teruja untuk melihat pelanggan kami mencuba kuih bulan Pau Pau ini.”


Dipek dalam kotak berwarna merah jambu yang cantik dengan gambar beruang panda comel, Pau Pau, kuih bulan ini boleh didapati mulai hari ini secara eksklusif di pandamart.

Walaupun ada pelbagai lagi pilihan di luar sana, pilihan klasik pandamart pastinya tidak akan menghampakan anda. Tambahan pula, terdapat diskaun sehingga 20% untuk kuih bulan jenama lain yang dijual di pandamart.

Pelanggan pastinya rambang mata, memandangkan rakan niaga kami turut menawarkan perisa kuih bulan yang enak seperti Kuih Bulan JMM Lava Tiramisu oleh Lotus berharga RM22.80, Kuih Bulan Shanghai Yam Single Yolk oleh AEON Delicateseen berharga RM18, Kuih Bulan Heavenly King Durian oleh Mountain Cat Durian berharga RM118 dan Kuih Bulan Pakej Nilai oleh Baker’s Cottage yang mengandungi pelbagai perisa kuih bulan seperti Pure Lotus, Red Bean, Pandan Lotus dan White Lotus kurang manis berharga RM64.99.

Bukan itu sahaja! Anda juga boleh membeli barangan Pau Pau lain seperti tanglung dan banyak lagi di pandamart bagi memeriahkan lagi sambutan ini. Nantikan jualan kilat untuk perayaan ini yang diadakan setiap Jumaat mulai jam 6 petang hingga 9 malam untuk menikmati diskaun sehingga 25% bagi semua kategori barangan. Tawaran mingguan lain termasuklah:

12 - 18 Ogos 2022: Mania Kuih Bulan (Mooncake Mania)

Nikmati diskaun istimewa untuk kek bulan Pau Pau dan kuih bulan lain yang terdapat di pandamart.

19 - 25 Ogos 2022: Istimewa Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn Specials)

Menawarkan pelbagai set hadiah kek bulan dan minuman serta lilin.

26 Ogos - 1 September 2022: Parti Minum Petang (Tea Party)

Tawaran istimewa untuk barangan parti seperti teh dan lain-lain minuman.

2 - 8 September 2022: Mania Kuih Bulan (Mooncake Mania)

Dapatkan diskaun istimewa untuk kek bulan Pau Pau dan kuih bulan lain yang terdapat di pandamart.

9 - 15 September 2022: BBQ Bonanza

Dapatkan keperluan anda seperti makanan beku termasuk makanan laut dan daging dan juga perasa makanan seperti sos serta lain-lain keperluan masakan.

Tunggu apa lagi? Rasai kenikmatan dan bergembira dengan pelbagai jenis kuih bulan yang terdapat di pandamart bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Buat pesanan dalam talian melalui aplikasi foodpanda dan pakej enak ini akan tiba di depan rumah anda secepat mungkin!

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?