PENYEMBUR MULUT HERBA EUGICA YANG MENYEGARKAN DAN MELEGAKAN



Jika mulut anda terasa kering dan melekit dengan air liur yang kelihatan pekat, anda mungkin mempunyai mulut yang kering! Lebih teruk lagi sekiranya anda mengalami kesukaran mengunyah, bercakap dan menelan, nafas yang berbau dan ulser mulut, yang semuanya merupakan tanda-tanda mulut yang rengsa dan tidak selesa!

Mulut yang kering dan rengsa biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau alahan. Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor lain seperti pencemaran udara persekitaran, perubahan cuaca dan merokok yang boleh memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab jangkitan virus merupakan punca utama mulut kering dan merengsa, kebanyakan kes tidak memerlukan sebarang rawatan antibiotik.

Untuk melegakan kerengsaan, ramai yang kian beralih kepada ubat herba yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti madu, propolis, aloe vera, dan pudina yang terkenal dengan ciri anti-mikrob, anti-radang, menyejukkan dan melegakan untuk menenangkan simptom mulut kering dan rengsa. Kini ada penyembur mulut yang diperbuat daripada bahan herba semula jadi yang berfungsi dengan lebih berkesan sambil memberikan kemudahan semasa dalam perjalanan!

Tentang Penyembur Mulut Herba Eugica

MEGA BiO-LiFE memperkenalkan Penyembur Mulut Herba Eugica, penyelesaian herba dan semula jadi untuk kenenangan mulut dan peyegaran nafas. Penyembur Mulut Herba Eugica mengandungi campuran tujuh ekstrak dan minyak semula jadi tumbuhan yang dipilih dengan teliti, yang terbukti dapat mengurangkan mulut kering dan merengsa. Penyembur ini mengandungi ekstrak bunga Chamomile, madu, minyak pudina (Menthol), ekstrak akar likuoris, eucalyptol, serbuk propolis, dan serbuk aloe vera untuk berfungsi secara sinergi, untuk mengurangkan nafas berbau.

Sesuai untuk semua peringkat umur, Penyembur Mulut Herba Eugica boleh digunakan untuk melegakan mulut kering dan mengurangkan nafas berbau.Ia juga berguna semasa peralihan Malaysia kepada fasa endemik ini, semasa majlis perayaan, musim panas dan hujan, atau apabila mengambil terlalu banyak makanan "panas" atau berminyak.

Perokok yang mempunyai kebimbangan lain seperti nafas berbau atau mulut kering, juga boleh menggunakan Penyembur Mulut Herba Eugica untuk kelegaan dan keselesaan segera. Rasanya semula jadi, dan mudah dibawa bersama anda pada bila-bila masa, dan di mana sahaja!

Untuk mengguna, sembur 2 hingga 3 pam terus ke dalam mulut, sekerap yang diperlukan.

Kontraindikasi

Walaupun semua penjagaan telah diambil untuk memastikan bahawa Penyembur Mulut Herba Eugica sesuai digunakan oleh orang ramai, sila berunding dengan pakar penjagaan kesihatan sebelum menggunakan produk ini jika anda: 
  • diketahui menimbulkan tindak balas alahan atau hipersensitif terhadap mana-mana komponen yang terkandung dalam produk tersebut;
  • alah kepada lebah, produk lebah atau bunga;
  • mengandung atau menyusu;
  • pesakit asma;
  • menggunakannya pada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Penyembur Mulut Herba Eugica BiO-LiFE (RM 15.90) ​​boleh didapati di farmasi terpilih. Anda juga boleh membuat pembelian secara dalam talian dengan dengan penghantaran ke rumah anda menerusi Lazada atau Shopee Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan promosi BiO-LiFE, sila layari laman web rasmi atau halaman media sosial (Facebook dan Instagram).

Comments

Popular posts from this blog

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN ‘FRAMED’ GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER