MERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DENGAN HIBURAN CARA MALAYSIA IQIYI

Dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang semakin hampir, iQIYI mempelawa semua pelanggannya untuk sama-sama meraikan dengan cara ‘paling’ Malaysia menerusi kempen Hiburan Cara Malaysia. Bermula 31 Ogos hingga 16 September 2022, iQIYI akan mengubah paparan antara muka aplikasinya bagi menyerlahkan lagi semangat patriotik. Bukan itu sahaja, terdapat juga ganjaran hadiah eksklusif untuk penggemar drama yang menghantar penyertaan di laman sosial rasmi iQIYI!

Sebagai sebahagian daripada kempen Hiburan Cara Malaysia, pengguna aplikasi iQIYI boleh melihat paparan elemen Malaysia dalam kesempurnaan aplikasi dan logo iQIYI termasuk Jalur Gemilang, KLCC dan mercu tanda ikonik yang lain.

Salah satu perkara yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia ialah percakapan campuran gaya tempatan. Bagi memeriahkan lagi sambutan hari kebangsaan, iQIYI juga akan menganjurkan peraduan media sosial dengan hadiah menarik untuk dimenangi. Apa yang perlu anda lakukan adalah menyuntik elemen tempatan ke beberapa dialog yang paling ikonik daripada drama yang disiarkan di iQIYI.

Dialog drama Malaysia terbaik boleh memenangi hadiah istimewa seperti kamera FUJIFILM Instax Mini 11, dan sepasang tiket masuk ke tempat ikonik Malaysia termasuk Menara KL, Dek Pemerhati KLCC, Taman Eko Rimba KL, dan FRIM Forest Skywalk. Jadi, jika anda merancang untuk keluar dengan pasangan, inilah peluang anda untuk memenangi janji temu yang sempurna sambil menunjukkan rasa cinta kepada negara tercinta.

Di sini adalah cara untuk anda menang. Sangat mudah, semudah ABC!

Langkah 1:
Layari laman rasmi Facebook atau Instagram iQIYI

Langkah 2:
’Malaysia’kan dialog ikonik yang dinyatakan dalam siaran peraduan Hiburan Cara Malaysia di ruangan komen pada siaran berkenaan.

Sebagai contoh:
Skrip Dongfang Qingcang dalam Love Between Fairy and Devil: “I don’t care who you like, you belong to me anyways”

Versi rakyat Malaysia:“Whoever you like, I tak kisah pun. You’re mine loh.”

Langkah 3:
Pemenang peraduan media sosial Hiburan Cara Malaysia akan diumumkan dilaman sosial rasmi iQIYI pada 16 September 2022. Pihak iQIYI akan menghubungi pemenang untuk urusan penghantaran hadiah.

Bagi rakyat Malaysia yang sedang mencari hiburan tontonan bersama pada cuti umum Hari Merdeka dan Hari Malaysia, berikut adalah empat judul yang dicadangkan:


Cinta Buat Dara


Dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Riena Diana, Cinta Buat Dara memaparkan percintaan mencuit hati antara seorang pemuzik yang bercita-cita tinggi, Hariz dan gadis bandar, Dara. Bapa Hariz, Harun mengusahakan kedai runcit di Kuala Selangor. Pada suatu hari, dia telah jatuh sakit, sekali gus memaksa Hariz pengambil alih perniagaannya. Semasa ketiadaan Harun, Hariz mengupah Dara yang telah dihantar ke kampung halamannya untuk belajar menjadi wanita sebenar oleh ibu saudaranya, Kak Ros – bekas Juara ratu Kebaya. Hariz dan Dara beransur-ansur mengenali antara satu sama lain atas dasar kerja dan diam-diam jatuh cinta antara satu sama lain. Bagaimanapun, ketegangan timbul apabila teman lama Hariz, Atirah menghalang perhubungan itu.


Berita Latah


Pernahkah anda terfikir betapa huru-haranya siaran berita jika ia dihoskan oleh pembaca berita yang memiliki personaliti melatah? Sertai kekalutan dan gelak ketawa apabila PS Mansur, Ieda Moin, Din Latah, Wanie Ooi, Pok Jak dan Nadya Syahira mempersembahkan ‘Berita Latah’. Setiap selebriti memainkan peranan sebagai penyampai berita untuk segmen ‘Berita Latah’. Penafian – setiap episod memaparkan cerita berita fiksyen yang dicipta untuk hiburan semata-mata!


Love Between Fairy and Devil


Raja Syaitan yang menakutkan, Dong Fang Qing Cang yang mengetuai tentera syaritan yang telah mencetuskan huru-hara di alam dewa dan mengalahkan seluruh puak, telah disumpah serta dipenjarakan di menara ajaib selama beribu tahun. Dewi puak Xilan yang telah dikalahkan oleh Dong Fang Qing Cang telah dilahirkan semula sebagai pari-pari berpangkat rendah Xiao Lanhua. Disebabkan kemalangan, tanpa disedari dia telah membebaskan dibebaskannya. Untuk bebas daripada sumpahan, Dong Fang Qing Cang percaya bahawa dia perlu mengorbankan jiwa Xiao Lanhua. Bagaimanapun, dalam proses membebaskan daripada sumpahan. Beberapa kejadian magis pelik berlaku dan kedua-duanya bertukar tubuh. Ketika mereka mencari jalan untuk membatalkan mantra itu, cinta mula menghasilkan mantera ajaibnya sendiri. Raja Syaitan yang pernah kecewa dalam percintaan mula jatuh cinta dengan pari-pari ayu dan cantik.


Love Like the Galaxy


Cheng Shao Shang telah ditinggalkan ibu bapanya ketika mereka menyertai perang dan telah dibesarkan oleh ibu saudaranya yang licik. Untuk melindungi diri daripada penderaan dan penganiayaan, dia belajar untuk menjadi lebih berani. Ibu bapa Shao Shang kembali, namun setelah bertahun-tahun berjauhan, ia menyukarkan mereka membentuk sebuah keluarga. Walaupun kepribadiannya yang berani, dia tidak yakin untuk membuka hati kepada orang lain.

Tidak lama kemudian, dia bertemu dengan Ling Bu Yi, iaitu anak angkat maharaja yang pada mulanya bersikap dingin dan kejam. Interaksi Shao Sheng dengannya menyaksikan dia secara tidak sengaja terlibat dalam misteri yang menyelubungi keluarga dan identitinya. Perjalanan cinta berliku, namun mereka berdua belajar daripada pengalaman dan bekerjasama dalam menegakkan kebenaran untuk menyelesaikan krisis negara.


See You Again


See You Again memaparkan kisah cinta yang merentasi ruang dan masa. Xiang Qinyu, adalah bintang filem dari tahun 1930an yang angkuh dari luaran tetapi dalamannya lembut. Dia mendapati dirinya dipindahkan ke era moden di set semasa penggambaran di mana dia bertemu dengan Jin Ayin, seorang penulis skrip baru yang serba ringkas dan cerdik. Kedua-duanya jatuh cinta selepas Qinyu menyiasat ‘kematiannya’ dan berusaha membongkar kebenaran di sebalik jelmaan semulanya.

Judul-judul tontonan menarik ini tersedia untuk ditonton di aplikasi iQIYI dan menerusi www.iq.com!

Untuk maklumat lanjut mengenai Hiburan Cara Malaysia iQIYI, layari laman sosial rasmi iQIYI:

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!