TONTONAN KOMPLIMENTARI GEMILANG SALURAN 100 UNTUK SEMUA PELANGGAN ASTRO, 21 OGOS- 18 SEPT


Astro meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini dengan memaparkan kisah dan hiburan Malaysia terhebat dengan lebih 150 program kegemaran yang terdiri daripada genre hiburan, variasi, drama, fakta, filem, telefilem, filem pendek dan kanak-kanak di Gemilang Saluran 100 menerusi TV, On Demand dan Astro GO. 

Saluran ini adalah percuma untuk semua pelanggan Astro bermula 21 Ogos sehingga 18 September. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, “Sebagai rakyat Malaysia yang bangga, Astro berharap agar dapat memberi inspirasi kepada negara kita untuk bersatu dan kekal teguh seperti yang divisualkan menerusi tangan-tangan yang mewakili kepelbagaian kaum di Malaysia, pada masa yang sama disulami dengan warna-warna kebangsaan kita – Biru untuk Perpaduan, Merah untuk Keberanian, Putih untuk Kesucian dan Kuning untuk Kesetiaan. Inilah nilainilai menyatukan rakyat Malaysia sejak lahirnya negara kita dan akan terus membimbing kita.” 


Tan berkata, “Video Gemilang Bersama kami memaparkan Nurin Amalin yang berusia 19 tahun, seorang para-atlet yang kehilangan penglihatannya ketika berusia 10 tahun. Menerusinya, kita akan melihat warna dan nilai yang dimaksudkan sebenarnya. 

Sebagai jenama tempatan, Astro beraspirasi untuk menjadi suara untuk kebaikan dalam membolehkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam membina negara kita menerusi kempen Gemilang Bersama kami, meraikan kisah dan hiburan Malaysia terbaik menerusi Gemilang Saluran 100. 

Para pelanggan boleh menikmati kekayaan barisan kandungan terkini dan bakal ditayangkan buat pertama kali seperti: - 
  • All Together Now Malaysia Merdeka Special: Rancangan yang memaparkan selebritiselebriti tersohor negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan generasi yang inginkan trofi khas All Together Now Merdeka 
  • Satu Tong, komedi yang dibintangi Andy Teh, Elizabeth Tan dan Shah Iskandar mengisahkan masalah yang sering dialami rakyat Malaysia termasuk gangguan bekalan air. Komedi ‘feel good’ ini mengingatkan kita akan keikhlasan dan sikap bantu-membantu di kalangan rakyat Malaysia 
  • Dokumentari Malaysia In Their Eyes dan The Conservationists oleh pengarah tersohor KC Chiu. Dokumentari pertama memaparkan keindahan negara kita menerusi mata lapan penduduk asing yang berkongsi kisah kehidupan mereka di Malaysia, berkongsi mengapa mereka memilih Malaysia sebagai rumah baharu mereka dan mengingatkan kita kekayaan budaya dan kehidupan yang sudah menjadi kebiasaan kita 
  • 270 min Ke Piala Asia, sebuah dokumentari yang merakam perjalanan pasukan bola sepak negara yang penuh dengan tangisan, kegembiraan dan pengorbanan secara kronikal dalam melayakkan diri ke Piala Asia AFC 2023 buat pertama kali dalam 42 tahun 
  • Sempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, saksikan The Making of Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di saluran Gemilang. Air Force The Movie: Selagi Bernyawa merupakan filem blokbuster penuh aksi mengenai pengorbanan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta semangat patriotisme ketika mereka berkhidmat dan menjaga keselamatan kita semua. Filem ini akan ditayangkan pada 25 Ogos dan dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Dato Adi Putra, Aiman Hakim, Nas-T, Sara Ali, Carmen Soo, Anas Ridzuan, Jack Tan, Johan As’ari, Iman Corinne, Luqman Hafidz, Pablo Amirul, Scha Alyahya, Sangeeta Krishnasamy, Azira Shafinz dan banyak lagi. 
  • Chit Chat Ceria memaparkan bagaimana kanak-kanak melihat Malaysia yang berbeza dengan golongan dewasa menerusi interaksi dengan hos Alif Satar, Sissy Iman serta tetamu-tetamu undangan, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Michael Ang. 
Saksikan jua Kampunglympics and Agak-Agak Cooking Show serta filem-filem kesayangan rakyat Malaysia termasuk Ola Bola, Hantu Kak Limah, The Journey, The Garden of Evening Mists, Paskal, Polis Evo 1 & 2, The Kid from The Big Apple, P. Ramlee Movies, Boboiboy The Movie 2 dan banyak lagi. 

Raikan Hari Kebangsaan Dengan Lebih Lagi 

Astro Radio akan menganjurkan pelbagai program menarik termasuk memutar lebih banyak lagulagu tempatan di seluruh 11 stesen radio serta aplikasi SYOK sempena Hari Kebangsaan. LITE akan memaparkan pelbagai kisah yang memaparkan sisi-sisi keunikan rakyat Malaysia. Manakala ERA bersama personaliti-personalitinya akan menyertai perarakan Hari Kebangsaan di sekitar tempattempat ikonik di ibu negara dengan menaiki bas hop-on-hop-off. RAAGA pula akan memaparkan sebuah program menarik, Merdeka Food dan MY akan mengadakan Konsert Mini Merdeka yang akan menampilkan pelbagai artis tempatan. 

Go Shop akan mengadakan 'Go Gemilang Sale' yang menawarkan baucar diskaun sehingga RM112 bermula 8 Ogos sehingga 18 September 2022. Para pelanggan boleh menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak tanpa pembelian minimum bermula 31 Ogos sehingga 4 September serta 16 September sehingga 18 September. 

Selain daripada itu, para pelanggan boleh menonton rancangan TV khas pada saluran Go Shop, laman sesawang dan aplikasi mobil- Kak Joy & The Geng, Inspirasi Malaysia, Keluarga Mahabbah, Go Cuti dan Rencah Go Shop. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Google Play dan App Store. 


Pelanggan-pelanggan NJOI boleh mendapatkan 2 bulan akses percuma Pek HD dan kredit RM30 apabila mereka membeli NJOI Box dari NJOI Store www.njoi.com.my, penjual NJOI di seluruh negara atau platform e-dagang termasuk Shopee, Lazada dan Go Shop bermula sekarang sehingga 30 September. 

Menerusi Astro Rewards, 100 pelanggan Astro berpeluang untuk menang HONOR Band 6 dengan menjawab soalan-soalan trivia berkenaan dengan saluran Gemilang. Klik di sini untuk halaman peraduan. Memberi Semula Kepada Komuniti Sempena kempen Gemilang Bersama, Astro menguar-uarkan kempen menderma darah bersama Pusat Darah Negara (PDN) serta melaksanakan inisiatif buku audio bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB). Dengan menderma satu beg darah, anda mungkin dapat menyelamatkan tiga nyawa. Anda boleh berbuat demikian di pusat-pusat menderma darah di Jalan Tun Razak, Putrajaya dan Mid Valley. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pdn.gov.my


Astro turut menyokong dan mahu membawa kesedaran akan mereka yang hilang keupayaan melihat dan memupuk rakyat Malaysia untuk menjadi sukarelawan dalam merakam buku audio menerusi bekerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB). Anda boleh hantar rakaman buku audio ke librarian@mab.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila layari mab.org.my

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Gemilang Bersama, sila layari https://promotions.astro.com.my/details/GemilangBersama #GemilangBersamaAstro

Comments

Popular posts from this blog

PUBG MOBILE CAMPUS CHAMPIONSHIP 2022 KINI KEMBALI! PELUANG TERAKHIR KE PMNC 2022!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3