VIU MELANCARKAN AI.5YA, SITKOM SCI-FI DAN KELUARGA MENAMPILKAN ZIZAN RIZAK, DATO' AFDLIN SHAUKI AND MIA SARA SHAUKI


Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka diterajui oleh PCCW, hari ini mengumumkan pelancaran drama Viu Original AI.5YA menampilkan Zizan Razak, bersama gandingan anak beranak Dato’ Afdlin Shauki dan Mia Sara Shauki serta Ozlynn Waty dan Elly Arifin. Dua episod pertama drama ini akan mula ditayang di platform Viu bermula 18 Ogos, dengan dua episod baharu ditayang setiap Khamis untuk semua penonton Viu di 16 pasaran di rantau ini.

AI.5YA, Viu Original ketiga tahun 2022, mengisahkan tentang Jehan yang mengendalikan satu saluran komedi atas talian yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas.

(Dari Kiri) Elly Arifin, Ozlynn Waty, Mia Sara Shauki, Dato’ Afdlin Shauki, Zizan Razak, Emma Sofea, Farahdhiya, Ako Mustapha; and Steven Lim, Associate Director, Development, Viu Originals Malaysia

Sebagai ganti, Dato’ Soffar, pemberi dana untuk Jehan telah mengaturkan pemberian seorang android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran. Walau bagaimanapun, satu kekeliruan telah mengakibatkan Jehan menerima AI.5YA, sebuah robot peneman.

Akan tetapi, apabila video-video Jehan bersama AI.5YA menjadi viral, beliau terpaksa merahsiakan identiti sebenar AI.5YA daripada peminat dan saingan, termasuklah Maya, saingan terdekatnya, dan adiknya, Jasmine.

Encik Kingsley Warner, Pengurus Negara untuk Viu Malaysia berkata, “Karya terbaharu daripada pasukan Viu Original adalah sebagai simbol penghormatan kepada sitkom keluarga, dengan penambahan elemen moden yang menggabungkan aspek-aspek teknologi, keluarga dan komedi dalam satu drama yang kami percaya akan diterima baik oleh penonton Viu. Kami sentiasa berusaha menyerlahkan produksi buatan Malaysia kami, dengan harapan karya baharu ini akan mendapat sokongan penonton tempatan dan serantau dengan barisan pelakon, jalan cerita dan produksi yang berkualiti. Ini boleh dilihat dengan lebih banyak lagi menerusi beberapa drama Viu Original yang akan dikeluarkan tahun ini.”

Dato’ Afdlin Shauki memainkan peranan sebagai pencipta, penulis, pengarah dan pelakon tambahan di dalam siri ini, setelah menghasilkan filem komedi popular seperti Papadom, Sumolah dan Buli Balik. Antara kerja-kerja terbaharu beliau termasuk filem Bini-Bini Lockdown dan Baik Punya Ah Long yang akan ditayang di pawagam tidak lama lagi.

Jehan dilakonkan oleh pelawak tempatan tersohor Zizan Razak yang juga merupakan pemenang anugerah Pelawak Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2019. Zizan juga terkenal dengan lakonan beliau di dalam francais filem Polis Evo dan Abang Long Fadil.


Sementara itu, Mia Sara Shauki memegang watak AI.5YA, dan terkenal kerana lakonannya di dalam siri Wizards of Warna Walk, serta filem-filem yang akan keluar di pawagam tidak lama lagi seperti filem aksi sci-fi Ceroboh, serta filem komedi Baik Punya Ah Long.

Ozlynn Wati memegang watak Jasmine, kakak kepada Jehan. Setelah mencipta nama sebagai pelakon di teater, Ozlynn juga terkenal dengan lakonannya di dalam telefilem Jangan Malu Menangis dan siri komedi Imamku Okey.

Elly Arifin pula memegang watak Maya, saingan dan kawan sekolah Jehan yang mempunyai saluran video dalam talian berfokuskan kecantikan. Bekas penyampai radio, Elly mula berlakon dan mencipta nama di dalam drama seperti Semusim Rindu, 28 Hari Mencari Cinta, dan baru-baru ini, Lockdown 2.

Pengguna Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play dan televisyen pintar terpilih, serta laman Viu di www.viu.com.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO