SAKSIKAN SUSUN SUAI GAMBAR PETA MALAYSIA TERBESAR NEGARA DI INTERMARK MALL

Bagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65, Puzzle Planet bersama-sama dengan Taylor’s International School Kuala Lumpur dan Intermark Mall telah mencipta rekod kebangsaan menerusi penghasilan peta Malaysia yang terbesar menggunakan susun suai gambar atau jigsaw puzzle.

Puzzle Planet® telah membekalkan 48,000 kepingan canvas susun suai kalis air yang ditaja oleh Pintoo International untuk menghasilkan Susun Suai Gambar Peta Malaysia berukuran 15 kaki x 7 kaki.


23 orang pelajar Taylor’s International School dari kelas Tahun 8, 9 dan 10 telah diberi tanggung jawab untuk menghasilkan konsep, melakar dan mewarnakan gambar susun suai mengikut erti Malaysia buat mereka.


Diilhamkan mengikut tema Hari Merdeka tahun ini, ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, peta tersebut memaparkan 13 buah negeri di Malaysia yang dihiasi lambang-lambang terkenal daripada negeri-negeri berkenaan yang dilukis menggunakan tangan. Antaranya Gunung Kinabalu, Bunga Rafflesia dan Monyet Belanda dari Sabah, Burung Enggang, Tugu Kucing dan Rumah Panjang dari Sarawak.

Dari Semenanjung Malaysia pula, lukisan makanan kegemaran warga tempatan seperti Nasi Ayam Ipoh, Kopi Kopitiam,Strawberi dari Cameron Highlands turut ditampilkan bersama hasil kraftangan seperti wau; mercu tanda terkenal seperti Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan Menara Jam Bukit Fraser.

Susun Suai Gambar Peta Malaysia ini telah diiktiraf sebagai yang terbesar di Malaysia oleh The Malaysia Book of Records. Anda boleh menyaksikan keunikan karya ini di Ground Atrium Intermark Mall dari sekarang sehingga 18 September 2022.


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA