SEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN DENGAN KEMPEN #BEBASBERSAMA


Tanggal 31 Ogos 1957, negara kita telah mencapai kemerdekaan dan seterusnya menubuhkan Malaysia pada 16 September 1963. Selepas beberapa dekad, Malaysia telah mengharungi pelbagai cabaran dan kini ia telah menjadi sebuah Keluarga Malaysia yang ingin bebas dari penjajahan, bebas dari penindasan, bebas untuk percaya, bebas untuk bersuara dan juga bebas daripada ancaman wabak merbahaya.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba, Media Prima Berhad telah melancarkan kempen #bebasbersama untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dan mengajak rakyat Malaysia terutamanya generasi baharu untuk memahami erti sambutan bulan kemerdekaan ini.

Istimewa buat kempen #bebasbersama, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad akan menyiarkan sebuah drama pendek berdurasi 15 minit ‘3 Sekawan’ menerusi saluran TV3, TV9, 8TV dan ntv7 pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Drama pendek terbitan Zeel Production Sdn Bhd ini telah menjalani sesi penggambaran di negeri Perlis. Ia menampilkan pelakon - pelakon tanah air yang berpengalaman dan juga pelakon-pelakon cilik antaranya Dato’ Rahim Razali, Kazar Saisi, Redza Rosli, Sherry Ibrahim, Ummar Shakur, Camans Kong, Rudtra a/l Manivanan, Sathiya dan Mandy Chong.

3 Sekawan mengisahkan tentang Faiz dan keluarganya telah pulang ke kampung untuk melawat datuk ketika cuti umum Hari Kebangsaan. Faiz bertemu kembali dengan kawan-kawannya, Ah Chong dan Danush. Sehari sebelum tiba Hari Kebangsaan, Atok menceritakan tentang erti sebenar kemerdekaan. Setelah mendengar perkongsian cerita Atok, Faiz mendapat idea untuk meraikan Hari Kebangsaan tetapi tindakan mereka telah menimbulkan huru-hara dalam kalangan penduduk kampung.

Apa yang telah dilakukan oleh Faiz dan kawan-kawannya sehingga membuatkan penduduk kampung kecoh? Semuanya terjawab dalam drama pendek 3 Sekawan yang mencuit hati dan sarat dengan mesej pada 31 Ogos 2022 (TV3 pukul 9.00 malam, TV9 pukul 10.30 malam, DIDIKTV KPM pukul 9.30pagi), 1 September 2022 (8TV pukul 12.00 tengah malam) dan 16 September 2022 (TV3 pukul 9.00 malam, TV9 pukul 8.15 malam, DIDIKTV KPM pukul 9.30 pagi, 8TV pukul 11.30 malam). Anda juga boleh menonton drama pendek ini di laman portal video www.tonton.com.my

Rangkaian Televisyen Media Prima turut menyediakan pelbagai program menarik bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia menerusi saluran TV3 dan TV9.

TV3
  • Majalah 3 (29 Ogos 2022, 9.00 malam - 10.00 malam)
  • 999 Khas - Wira Merah (30 Ogos 2022, 9.00 malam - 10.00 malam)
  • Tanyalah Ustaz - Jaga Agama, Jaga Negara (31 Ogos 2022, 6.30 pagi)
  • Malaysia Hari Ini: Istimewa Hari Kebangsaan (31 Ogos 2022, 8,00 pagi - 10.30 pagi)
  • Wanita Hari Ini: Istimewa Hari Kebangsaan (31 Ogos 2022, 12.00 tengah hari - 1.00 petang)
  • Istimewa Hari Kebangsaan: Bebaskan Anak Kita (31 Ogos 2022, 2.00 petang - 4.00 petang)
TV9
  • Kuasa 3 Malam: Tok Samad (29 Ogos 2022, 8.30 malam - 10.30 malam)
  • Kuasa 3 Malam: KRRISH (30 Ogos 2022, 8.30 malam - 10.30 malam)
  • Kuasa 3 Malam : TERMINATOR 3: RISE OF THE MACHINES (31 Ogos 2022, 8.30 malam - 10.30 malam)
Gunakan tanda pagar #bebasbersama #merdeka #3sekawan #mediaprima untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!