HAVOC MIDNIGHT CONCERT BAKAL DIGEGARKAN OLEH KUGIRAN MASDO, KCLIQUE, NOH SALLEH, YONNYBOI, FLOOR 88 & ZYNNAKAL


Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival bakal menggegarkan Festival Makanan HAVOC kegemaran ramai dengan acara hiburan yang pastinya ‘havoc’. 

Persembahan pentas, Havoc Midnight Concert (HMC) bakal menampilkan kugiran dan artis tempatan yang menjadi kegilaan ramai seperti Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88, Zynakal, Yonnyboi dan KClique. Lokasi konsert pertama HMC adalah di Dataran Karnival Shah Alam, Selangor dan bakal menghiburkan para pengunjung dua malam berturut-turut pada 3 dan 4 September.


Selain mendapatkan hiburan, para pengunjung juga dialu-alukan untuk menikmati pelbagai jualan dan promosi di festival makanan dan jualan yang telah menjadi trademark kepada festival Havoc dan ia mendapat kerjasama dari Cuti Cuti Malaysia serta Tourism Malaysia sejak acara ini ditubuhkan pada tahun 2019.


Majlis pelancaran HMC telah dilangsungkan pada 18 Julai di Panggung Asia, Gombak dan telah disempurnakan oleh Tun Syed Yahya Syed Othman iaitu Pengarah Kanan Bahagia Perancangan Strategik Tourism Malaysia

Peminat boleh menyaksikan persembahan pemuzik idola mereka pada pukul 10 sehingga 12 malam dengan pilihan harga tiket bermula dari RM69 untuk Early Bird di Normal Zone, RM109 (Early bird) di Rock Zone, Combo Rock Zone RM199 dan Combo Normal Zone dengan harga RM120.

Kesemua tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.


Paling menarik, jika kalian bakal terlepas persembahan di Shah Alam pada 3 dan 4 September ini, Havoc Midnight Concert dengan barisan penghibur yang sama akan menemui anda di MITC Melaka pada 4,5 dan 6 November 2022 depan.

Selanjutnya, barisan pemuzik yang cukup berkaliber dan punya banyak peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat ini akan menutup karnival Havoc di Johor Bahru yang bakal dilangsungkan di Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru pada 30 dan 31 Disember bagi meraikan kedatangan tahun baharu pada 1 Januari 2023. 

Firdaus Nadxaman - Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd.

“Ini akan menjadi sebuah festival muzik yang tidak akan dilupakan bukan sahaja oleh peminat-peminat industri muzik tempatan.

Yonnyboi menurunkan tanda tangannya di plak perasmian Havoc Midnight Concert

“Bayangkan dari genre muzik Masdo sehingga hip hop dan rap mantap KClique sehingga dendangan legenda kita, Noh Hujan, semuanya akan anda perolehi pada satu malam.

“Jadi jangan sampai terlepas kerana ada tiga venue yang menanti anda untuk dihiburkan!,” ujar Firdaus Nadxaman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd.


Untuk itu diingatkan sekali lagi jangan terlupa untuk memilih sama ada hadir ke Shah Alam, Selangor, MITC, Melaka atau Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru!

Dan ingat juga, kesemua tiket mengikut harga pilihan boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA