ANDA MEMASAK DENGAN THERMOMIX? SILA AMBIL PERHATIAN TENTANG AMARAN PENGGUNAAN INI
TM6 with Simmering Basket |
Kualiti produk dan kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi bagi Vorwerk. Vorwerk Thermomix® telah menikmati popularity hebat selama bertahun-tahun dan merupakan daya pemacu dalam bidang mesin memproses makanan dan peralatan dapur, dengan jualan melebihi 8 juta unit di serata dunia (Thermomix® TM5/TM6).
Sebagai sebuah organisasi jualan secara langsung, Vorwerk mengekalkan hubungan yang rapat dengan para penasihat dan pelanggan Thermomix®. Oleh kerana itu, syarikat milik keluarga yang berpangkalan di Wuppertal ini dapat mengenal pasti dengan awal isu-isu yang jarang berlaku tetapi harus diberi perhatian penting yang boleh menjejaskan penggunaan Thermomix®. Kami telah memerhatikan kemunculan beberapa kes di pasaran yang berkait dengan cara penggunaan Thermomix®. Dalam kes yang jarang berlaku – sebahagiannya juga berkaitan dengan pengisian mangkuk adunan yang berlebihan – satu masalah penggunaan mungkin berlaku untuk sesetengah resipi.
Pada Thermomix® TM6, cawan penyukat standard dan tetap telah direka supaya stim yang terhasil dari dalam mangkuk adunan dapat dibebaskan dari bahagian tepinya semasa memasak atau mereneh. Walau bagaimanapun, semasa proses memasak atau apabila mengikuti resipi tertentu, ramuan-ramuan boleh timbul ke atas, menjadi mampat dan seterusnya menghalang pergerakan keluar stim. Akibatnya, dalam kes yang sangat jarang berlaku, peningkatan tekanan yang terhasil dalam mangkuk adunan ketika memasak atau mereneh, boleh menyebabkan tumpahan makanan panas secara tiba-tiba dan tidak terkawal, yang mungkin akan menyebabkan kejadian melecur. Kemungkinan untuk kejadian tersebut berlaku akan meningkat jika makanan diisi melebihi had yang disyorkan. Kejadian ini juga boleh berlaku dalam kes di mana cawan penyukat TM6 yang kedap dalam penutup digunakan dengan model-model terdahulu.
Vorwerk sentiasa mengekalkan piawaian keselamatan yang tertinggi bagi semua pelanggan Thermomix®. Polisi yang ketat adalah untuk bertindak balas secara proaktif dan berpandangan jauh untuk mengelakkan kemungkinan kesan buruk kepada para pelanggan kami. Oleh itu, Vorwerk telah memutuskan untuk mengeluarkan amaran awam atas kemungkinan masalah ini sebagai angkah berjaga-jaga. Sebagai sebuah organisasi jualan secara langsung, kami mengenali para pengguna Thermomix® kami dan akan membekalkan mereka dengan maklumat yang berkenaan dengan segera dalam kempen maklumat lanjut, sebagai tambahan kepada arahan dan maklumat keselamatan yang telah disediakan.
Untuk memasak (mereneh) pada suhu 95°C dan ke atas (200°F), bakul mereneh hendaklah sentiasa digunakan, dan bukannya cawan penyukat TM6. Ini adalah kerana bakul mereneh adalah bersifat longgar dan membolehkan ia telus stim, dan juga menghalang percikan makanan daripada mangkuk adunan. Cawan Penyukat TM6 pula tidak sesuai digunakan kerana ia akan tertutup dengan kedap. Langkah mudah ini tidak akan menjejaskan pengalaman memasak and boleh mencegah masalah ini daripada berlaku.
Resipi-resipi yang terdapat di dalam panduan "Guided Cooking" telah diubahsuai dengan sewajarnya agar para pelanggan Thermomix® dimaklumkan secara aktif dan nyata tentang penggunaan yang betul. Tambahan lagi, proses kemas kini perisian untuk Thermomix® TM6 telah dilaksanakan untuk memaparkan maklumat berkaitan perkakas kepada semua pelanggan. Dengan langkah-langkah ini, Vorwerk telah memastikan bahawa tiada lagi kerumitan lanjut yang akan timbul akibat masalah penggunaan ini.
Maklumat lanjut mengenai topik ini boleh diperolehi di https://www.vorwerk.com/global/en/my/thermomix/safety-instructions
Comments
Post a Comment