TSUBAKI MERAIKAN WANITA MODEN DENGAN PENJAGAAN RAMBUT ALA JEPUN UNTUK KEYAKINAN SETIAP HARI


TSUBAKI, jenama penjagaan rambut dari Jepun yang terkenal dengan inovasi kecantikannya, meraikan wanita moden dengan menawarkan penjagaan khusus mengikut keperluan rambut dan kulit kepala. Menggabungkan tradisi kecantikan Jepun dengan teknologi penjagaan rambut, TSUBAKI menyediakan penyelesaian untuk masalah seperti rambut kering, kusut, kurang bervolum, keguguran rambut dan kelemumur, sekali gus membantu wanita mendapatkan rambut yang lembut, mudah diurus dan kelihatan lebih lebat sambil menjaga kesihatan kulit kepala.

Dengan teknologi TSUBAKI Oil Force dan ShineLock yang mengekalkan kilauan sehingga 72 jam, TSUBAKI membawakan manfaat penjagaan rambut yang berkekalan dalam rutin harian. Bagi wanita yang mengimbangi kerjaya, komitmen peribadi dan masa untuk diri sendiri, ini bermakna mereka boleh menikmati penjagaan rambut yang berkesan, mudah diamalkan dan sesuai dengan gaya hidup moden.

“Pelancaran rangkaian TSUBAKI Premium EX Dandruff Care & Repair menandakan langkah baharu dalam usaha kami untuk membolehkan lebih ramai pengguna menikmati ‘Japan Salon Quality Hair at Home’,” kata Frederick Ng, Pengurus Besar dan Wakil Negara FineToday bagi Malaysia dan Indonesia. “Dengan rangkaian produk yang memenuhi pelbagai keperluan rambut dan kulit kepala, kami dapat menawarkan penjagaan menyeluruh – daripada menyerlahkan kilauan dan melicinkan rambut hinggalah memulihkan kerosakan serta menjaga keselesaan kulit kepala.”


Rangkaian Produk TSUBAKI Premium
  • Moist & Repair (Syampu/Perapi, HRD: RM50) – Diperkaya Asid Hialuronik, mengawal kusut dan memberi hidrasi sehingga 72 jam.
  • EX Hair Fall Care & Repair (Syampu/Perapi, HRD: RM55) – Dengan Bond Restore Technology dan Scalp Care Complex, terbukti klinikal mengurangkan keguguran rambut sehingga 5 kali ganda dalam 10 hari.
  • Cool & Repair (Syampu/Perapi, HRD: RM50) – Memberi sensasi dingin menyegarkan kulit kepala, sesuai dengan iklim lembap Malaysia.
  • Volume & Repair (Syampu/Perapi, HRD: RM50) – Menjadikan rambut lebih kuat dan bervolum sehingga 100 jam, dengan peningkatan volum 128% selepas sekali penggunaan.
  • EX Damage Care & Repair (Syampu/Perapi, HRD: RM55) – Dirumus dengan bahan pemulihan ionik dan teknologi 3D, terbukti klinikal mengurangkan kerosakan sejak penggunaan pertama.
  • EX Dandruff Care & Repair (Syampu/Rawatan, HRD: RM55/RM43) – Dengan Advanced CleanScalp Technology, melegakan kegatalan dan melindungi daripada kelemumur sehingga 72 jam.
  • EX Repair Mask (HRD: RM65) – Diperkaya Minyak Kamelia dan Jeli Raja, terbukti klinikal memperbaiki rambut rosak dengan 96% pengguna melaporkan hasil positif.
Rangkaian lengkap TSUBAKI kini boleh didapati di Watsons Malaysia, kedai rasmi dalam talian dan peruncit farmasi sah. “Apabila produk berkualiti daripada jenama dipercayai mudah didapati, pelanggan dapat membuat pilihan dengan lebih yakin,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau Kesihatan dan Kecantikan Asia, Kumpulan AS Watson.

City of TSUBAKI 4.0 Sempena edisi keempat tahun ini, City of TSUBAKI 4.0 bekerjasama dengan GUNG Jewellery untuk menekankan peranan gaya peribadi dalam membina keyakinan wanita. Kerjasama ini menonjolkan cara wanita menjaga rambut dan memilih barang kemas untuk menyerlahkan keperibadian mereka. Kedua-dua jenama meraikan cita rasa tersendiri yang menjadikan penampilan setiap wanita unik – daripada rambut licin terurai indah hinggalah aksesori kegemaran.

Untuk maklumat lanjut, pengguna digalakkan membeli melalui kedai rasmi TSUBAKI dan mengikuti TSUBAKI Malaysia di Facebook (facebook.com/TSUBAKI.my) serta Instagram (@TSUBAKI_malaysia).


Comments

Popular posts from this blog

HOMESOY PERKASA PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA MELALUI KEMPEN ‘STOP THAT DOT TOGETHER’

HOSPITAL PICASO, BD DAN COLLEGE OF RADIOLOGY MALAYSIA LANCAR KERJASAMA UNTUK MEMPERKUKUH LATIHAN INTERVENSI PAYUDARA DI SELURUH NEGARA