PAKAR NFT DAN RAKAN KONGSI TERKEMUKA BAKAL MENGEGARKAN PENTAS M1NTED
Dua belas minda cemerlang dunia dijangka akan menghadiri persidangan dan festival NFT (Non-Fungible Token) yang pertama di Malaysia. Turut dikenali sebagai M1NTED, acara ini akan berlangsung dari 22 hingga 28 Ogos. Animoca, Decentraland, dan Sandbox merupakan antara nama-nama terbesar dalam dunia Web3 yang akan mengetuai barisan penuh penceramah tempatan dan antarabangsa. Mereka akan menyertai sesi bual bicara secara langsung, perbincangan panel, dan penyampaian ucaptama.
M1NTED menggabungkan pameran festival dan persidangan turut menampilkan pelbagai aktiviti yang disusun khas dari 22 hingga 26 Ogos, sebelum kemuncak persidangannya pada 27 dan 28 Ogos. Penganjur acara iaitu The Livescape Group, telah memainkan peranan penting dalam usaha kolektif mereka untuk memperoleh reputasi tertinggi dalam dunia Web3, berhasrat memperkasakan peserta dengan pemahaman dan pengetahuan yang betul berkenaan ruang tersebut untuk membuat keputusan lebih termaklum apabila memasuki dunia Web3.
CEO Livescape Group, Iqbal Ameer menyatakan bahawa beliau rasa berterima kasih dengan kehadiran penceramah terkemuka tempatan dan antarabangsa ke Malaysia untuk bertemu wira NFT tempatan. “Kami amat teruja dan bertuah dapat bertemu dengan nama-nama terbesar dalam industri di M1NTED. Sebagai peneraju utama dunia Web3, pengunjung akan sentiasa mengingati pandangan dan pengalaman mereka dalam memahami potensi dan kebebasan yang diberikan daripada ruang tersebut,” kata Iqbal.
Antara penceramah terkenal ialah Animoca, Decentraland, KlimaDAO, 0N1 Force, Sandbox, Ahli Parlimen YB Tony Pua, Altimet, Jovynn, Peguam Ling Chi Hoong, NFVentures, dan The Duck Drop. Bagi pameran festival selama 5 hari dari 22 hingga 26 Ogos, setiap pameran dalam sehari itu dikhaskan kepada tunggak tertentu yang akan diadakan di tempat berikut:
- Hari pertama, 22 Ogos: Seni di Lot 10 Rooftop
- Hari ke-2, 23 Ogos: Fesyen di Kedai KL
- Hari ke-3, 24 Ogos: Muzik di Maveriq Studios
- Hari ke-4, 25 Ogos: Permainan video di Battle Arena
- Hari ke-5, 26 Ogos: F&B di Tiffin at the Yard
Kemasukan ke M1NTED adalah percuma pada hari biasa dan pengunjung perlu membeli tiket untuk kemasukan pada hujung minggu. Harga serendah RM150 dan tiket boleh didapati di Get-Protocol dan Pentas. Pemegang tiket umum akan mendapat akses ke semua dewan manakala pengunjung VIP mendapat manfaat yang lebih istimewa seperti akses awal ke prapelancaran NFT dan peluang meluaskan rangkaian.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari:
- Laman web: www.m1nted.asia
- Twitter: https://twitter.com/M1ntedAsia
- Instagram: https://www.instagram.com/m1ntedasia_/.
Comments
Post a Comment