MENINGKATKAN KESEDARAN KONSERVASI AIR DENGAN 'WATER: A MUSICAL'


WATER: A MUSICAL Sang Harimau memanggil beberapa ekor haiwan belantara lain untuk bersidang tentang pencemaran sungai yang diakibatkan oleh penebangan hutan oleh manusia. Kesemua tujuh haiwan bersetuju untuk mengambil tindakan bagi mengembalikan keadaan asal hutan yang mereka diami. 


WATER: A MUSICAL ialah gandingan kreativiti antara penulis drama/pengarah Chin San Sooi dengan gubahan muzik oleh Joanne Poh dari Somerset Music. Persembahan muzikal ini interaktif di mana para penonton dijemput untuk menyanyi dan menari bersama!

San Sooi berkata pada pelancaran media rasmi WATER: A MUSICAL di Warong Old China di Kuala Lumpur: “Hati saya tergerak untuk menulis drama mengenai topik konservasi apabila saya membaca tentang penggondolan hutan yang berlaku di Taman Negara di Pahang sejak bertahun-tahun yang lalu.”

Dalam tempoh kawalan pergerakan Covid yahun lalu, San Sooi menghabiskan empat bulan dengan produktif dan menyiapkan 8 skrip: 2 satira, 3 muzikal, 2 monolog dan satu operetta.

San Sooi berkata: “Persembahan muzikal ini adalah lebih sukar untuk dizahirkan berbanding dengan persembahan pentas yang lain kerana proses susunan muzik dan lirik terpaksa diserahkan kepada orang lain."

“Saya meminta bantuan Joanne untuk tujuan ini. Joanne sendiri adalah seorang guru vokal dan  piano, aktif mengendalikan sekolah muzik dan biasa menyanyi dalam koir dan membuat persembahan pentas. Saya memberinya masa setahun untuk menghasilkan muzik tersebut. Saya gembira kerana beliau berjaya menyahut cabaran bersama dengan tiga pemuzik kami.

WATER: A MUSICAL membariskan pelakon-pelakon dari pelbagai generasi, menampilkan Hilda Looi yang berusia 61 tahun dan Kirsten Wong, 13 yang masih di bangku sekolah.

Watak Sang Kancil, Harimau, Gajah, Monyet dan Babi Hutan di dalam muzikal bakal memakai topi-topi yang direka khas oleh pereka Khang Nanyao.  

“Diharapkan WATER: A MUSICAL akan mempertingkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan untuk memelihara alam sekitar. Kami yakin muzikal ini dapat mengetangahkan isu alam sekitar yang lebih besar seperti pemuliharaan sungai dan lautan,” kata San Sooi.

Muzikl ini mendapat sokongan daripada Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM), Warong Old China, GTM Art and Stationery Suppliers, Yudimama dan Little Heritage House.

Muzikal ini membuka tirai pada Rabu, 21 September dengan pertunjukan setiap hari sehingga Ahad 25 Sept 2022 di DPAC, Petaling Jaya.

WATER: A Musical - Tarikh & Masa Persembahan

21 September 2022 (Rabu), 8.30 malam
22 September 2022 (Khamis), 8.30 malam
23 September 2022 (Jumaa), 8.30 malam
24 September 2022 (Sabtu), 8.30 malam
25 September 2022 (Ahad), 3.00 petang

Genre: Musical 
Lokasi: Blackbox, DPAC
Tempoh persembahan: 60 minit

Harga Ticket :
RM48.00 (Normal)
RM38.00 (Konsesi - Pelajar/ Warga Emas/OKU)
Had Umur: 5 tahun ke atas

Pejabat Tiket:
H-01, DPAC, Empire Damansara,
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
03-4065 0001, 4065 0002

Dapatkan tiket-tiket anda sekarang di 

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!