POH KONG DAN MINGGU FESYEN KL: SATU GANDINGAN DALAM KILAUAN EMAS


Poh Kong, jenama barang kemas perintis fesyen dan terbesar di Malaysia, mencapai mercu jaya penting dengan menjalin kerjasama dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), acara fesyen yang paling berprestij dan paling dinanti-nantikan setiap tahun.


Bagi memeriahkan KLFW, Poh Kong amat teruja untuk mengetengahkan jenamanya yang tersendiri – Tranz di acara tumpuan ramai ini.

Pembentukan Modul

Kami menjadikan “pembentukan modul” yang memang digunakan secara meluas dalam dunia fesyen sebagai asas ciptaan kami. Tumpuan utama adalah elemen-elemen bentuk asas, dihubung kait untuk memperlihatkan keberanian, ketersendirian dan keterlihatan. Dengan penggunaan garis bentuk nyata dan tekstur permukaanberbeza, koleksi meluas ini menyerlahkan kepelbagaian, daripada yang klasik dan serba bergaya, kepada hebat lagi menambat perhatian!


Rangkaian rantai tangan, subang dan cincin dengan lingkaran kemewahan dan kesempurnaan memperlihatkan keberanian dan keanggunan.


Bentuk segi tiga memberi kelainan dan menjadikan subang ini lebih menarik hati lagi bergaya.


Keunikan rantai keluli tahan karat dengan loket hitam ini pasti memukau hati mereka yang memandang.


Bahagian depan dan belakang rantai badan yang serba menarik ini menggabungkan pelbagai elemen rekaan dengan sentuhan kemewahan yang menakjubkan!


Rantai leher bereben yang anggun ini dihasilkan daripada fabrik, dihiasi loket keemasan yang cantik menawan. Subang yang sepadan sedia melengkapkan penampilan si pemakai.


Bentuk dan simetri menghasilkan kesempurnaan dan keharmonian! Rantai leher dan subang ini direka khas untuk menyerlahkan pesona dan cita.



Kepelbagaian bentuk dan kilauan tekstur menyebatikan keanggunan, kemewahan dan kemegahan dalam karya yang tersendiri ini. Hasil ciptaan yang menyuntik semangat kebebasan. Bentuk-bentuk geometri digandingkan dengan tekstur permukaan dapat menghasilkan gaya yang tiada kekangan.


Hati pasti tergoda dengan rantai emas dan subang yang dilengkapi dengan motif gelung membujur ini.


Gah dan cantik menawan. Loket dan subang bertema “bulatan dalam bulatan” ini direka cipta untuk menawan hati anda.


Berilhamkan bumi, koleksi Lingkaran Hidup menggunakan bentuk sfera yang berbeza saiz untuk mempersembahkan seni gaya yang tersendiri – dan menyerlahkan keperibadian dengan sempurna.


Aneh, tetapi lumrah dalam ekosistem alam semula jadi, labah-labah membuat sarangnya yang cantik dan penuh misteri dengan cara tersendiri. Maka itu, koleksi kami diilhamkan oleh labah-labah dan reka bentuk sarangnya yang diselubungi misteri.

Loket tiga serangkai ini benar-benar menceritakan misteri kegigihan labah-labah membina sarangnya dengan sentuhan keindahan dan kehalusan seni.



Jana Semula

Daun adalah simbol kehidupan dan pembaharuan. Bila musim bertukar, warna dan tekstur daun juga bertukar. Koleksi ini diilhamkan oleh kitaran hidup dedaun dan juga kehalusan seni teksturnya.

Keindahan dan kesegaran dedaun diperlihatkan menerusi keanggunan kalungan dedaun bertingkat ini. Setiap daun dengan tekstur uratnya bagaikan dedaun hidup. Sesungguhnya satu hasil sentuhan kerja seni!

Cara untuk membuat Pesanan

Semua produk yang diketengahkan adalah keluaran Edisi Terhad dan hanya boleh didapati dengan membuat Pesanan Terlebih Dahulu.

Untuk maklumat lanjut, sila ke:

Laman Web Rasmi Poh Kong: www.pohkong.com.my
Facebook: pohkongjewellers
Instagram: pohkongmy

 

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI