KRISTIN ESS HAIRCARE KINI BOLEH DIDAPATI SECARA EKSLUSIF DI WATSONS MALAYSIA


Tohtonku dan Watsons bersatu untuk membawa koleksi mampu milik jenama berkualiti salon 'Kristin Ess Hair', memberi peluang kepada setiap wanita Malaysia di seluruh negara untuk mencipta rambut ‘perfectly imperfect’.

Susulan kejayaan pelancaran di Amerika Syarikat (A.S.), Kristin Ess Hair mengorak langkah seterusnya dengan meluaskan kehadirannya di Asia dan kini akan dijual secara eksklusif di Watsons Malaysia, di cawangan dan dalam talian.

Dengan kepakaran selama dua puluh dua tahun sebagai pendandan rambut dan pewarna rambut terkemuka, bersama dengan pemahaman mendalam tentang produk yang diperlukan untuk menghasilkan gaya rambut yang paling menawan, Kristin menghasilkan rangkaian pembersih, perapi, serum dan masker rambut, yang akan membantu anda mencapai matlamat rambut harian anda.


Berharga di antara RM61 dan RM79, koleksi 16 produk yang sangat berpatutan akan terdiri daripada kategori berikut yang mudah dibeli mengikut warna: Membersih + Perapi, Pemulihan, Kulit Kepala, Bebas Pewangi dan Keriting. Setiap produk dalam koleksi Kristin Ess Hair telah direka untuk digunakan sama ada secara bersendirian, disepadukan ke dalam rutin penjagaan rambut semasa anda, atau boleh digandingkan dengan produk lain.

Petua dan Panduan Kristin boleh didapati pada bahagian belakang setiap produk, bersama-sama dengan kaedah penggunaan yang mudah diikuti. Proses untuk mencipta penampilan klasik dan baharu kini menjadi semakin mudah.


Encik Patrick Ee, Pengurus Besar Tohtonku Sdn Bhd berkata, “Sebagai jenama multinasional yang membawa pelbagai jenama pengguna besar-besaran dalam kategori kesihatan dan kecantikan, kami sentiasa berusaha untuk membawa pengalaman baharu kepada pelanggan kami. Landskap kecantikan sentiasa berubah, dan kami percaya adalah penting untuk mempertingkatkan produk yang baik buat pelanggan dan komuniti. Kami berbangga menjadi pengimport dan pengedar tunggal Kristin Ess Hair di Malaysia. Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Watsons untuk mempromosikan Kecantikan Bebas Kekejaman dan Bersih.


Kristin Ess Hair kini boleh didapati secara eksklusif di cawangan Watsons Malaysia dan dalam talian,www.watsons.com, my.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA