AEON KETENGAHKAN 8 JENAMA KECANTIKAN TEMPATAN DALAM PROGRAM REAL BEAUTY
Dengan menjelangnya Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, AEON telah melancarkan sebuah program REAL BEAUTY untuk menyokong dan mengetengahkan jenama-jenama kecantikan Malaysia. Lapan jenama tempatan dan pengasas yang terpilih adalah: Alluskin (Dr Nurul Ain Sa’ari), Alnefre by Rana Cosmetics (Rana), Claire Organics (Louise Chu), Null Factory | Hillton (Roger Beh), IL Fragrance (Tang Han Tiong), Reneuf (Nicholas Hys), Sugarbelle (Sheila Samsudin) dan Zagara (Jasmel Singh).
Dalam program ini, syarikat-syarikat yang terpilih akan diberi pendedahan tentang dunia peruncitan, berinteraksi dengan pakar-pakar dalam bidang ini dan peluang untuk menjual produk-produk mereka di rangkaian gedung AEON. Perjalanan mereka bakal didokumentasikan di dalam sebuah program realiti yang bakal disiarkan di laman YouTube AEON tidak lama lagi.
Jom kita kenali jenama-jenama yang bakal bersaing untuk mendapatkan gelaran REAL BEAUTY daripada AEON.
Alluskin
Diasaskan oleh Dr Nurul A’in Sa’ari, Alluskin merupakan sebuah syarikat dengan matlamat untuk menetapkan piawaian baharu bagi produk penjagaan kulit tempatan dengan menghasilkan produk yang bukan sahaja selamat dan berkesan, malahan lembut untuk kulit yang kering dan sensitif. Jenama ini juga sesuai untuk kulit dengan masalah jerawat. Dengan tagline “Make Your Skin Glow”, Alluskin menjanjikan kulit berseri dan lembut dengan rangkaian produk penjagaan kulit mereka yang berkualiti.
Alnefre
Alnefre by Rana cosmetics, diasaskan oleh Rana, mempunyai latar belakang yang menyentuh hati. Rana, dibesarkan oleh ibu tunggalnya yang telah menjadi insiprasi kepada jenama ini. Sebelum ini, ibunya mempunyai bulu mata yang panjang dan lentik tetapi hampir semuanya telah gugur akibat penggunaan maskara dari sebuah jenama antarabangsa. Rana terpanggil untuk mencipta jenama maskaranya sendiri agar ibunya dapat memakai maskara kalis air semula.
Claire Organics
Diasaskan oleh Louise Chu, idea untuk Claire Organics telah dicetuskan oleh naluri keibuan untuk memberi yang terbaik kepada anak perempuannya. Dengan konsep ‘Kind Beauty’, jenama ini menghasilkan produk-produk penjagaan kulit yang diperbuat daripada ramuan asli semula jadi berasaskan tumbuhan untuk manfaat planet kita semua.
Null Factory | Hillton
Diasaskan oleh Roger Beh, HILLTON merupakan sebuah jenama mewah yang telah ditubuhkan sejak tahun 2020, yang berkonsepkan sisa sifar (zero waste). Dengan mengekalkan konsep ini dan produk dengan kualiti yang tinggi, Null Factory, HILLTON beraspirasi untuk membawakan sentuhan ‘The Touch of Heaven’ kepada semua.
IL Fragrance
Diasaskan oleh Tang Han Tiong, IL Fragrance telah ditubuhkan pada tahun 2003, dan sebelum ini dikenali sebagai Innovation Lifestyle Corp. (M) dan telah dijenamakan semula sebagai IL Fragrance Batik Series. Dengan pembungkusan bercorak batik yang menarik, jenama ini juga berharap dapat memperkenalkan batik ke serata dunia di samping haruman mewah yang sesuai untuk segala gaya hidup.
Reneuf – Halal Beauty Mask
Diasaskan oleh Nicholas Hys, Reneuf merupakan sebuah jenama buatan Malaysia yang telah mengorak Langkah ke arah pembangunan produk-produk dengan pensijilan halal sejak 2018 lagi. Masker muka terlaris Reneuf mengandungi arang Bintochan yang berkesan untuk menyerap kotoran dan minyak dari kulit muka menjadikan wajah lebih cerah dan berseri.
Sugarbelle Cosmetics
Diasaskan oleh Sheila Samsudin, Sugarbelle sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk-produk kosmetik yang inovatif, mewah tetapi mampu dimiliki oleh semua sama ada di Malaysia ataupun di serata dunia. Produk-produk Sugerbelle dicipta untuk semua golongan wanita, sesuai untuk semua peringkat umur dan juga tona kulit.
Zagara
Diasaskan oleh Jasmel Singh, I-Scent Group telah ditubuhkan sejak tahun 2009 untuk menawarkan pelbagai rangkaian haruman dan produk kecantikan. Jenama ini terkenal dengan haruman yang unik dan menepati cita rasa pasaran Malaysia.
Kesemua 8 jenama ini bakal ditampilkan dalam program REAL BEAUTY – sebuah siri reality online yang dihoskan oleh Nana Mahazan, yang juga merupakan pengasas Nana Mahazan Beauty. Nana disertai oleh dua jurulatih kecantikan dan perniagaan iaitu Sunshine Kelly dan juga Nana Ghazali.
Di bulan Oktober kelak, sekurang-kurangnya satu jenama akan memenangi pengiktirafan REAL-BEAUTY di atas produk mereka dan kontrak 2 tahun untuk menjual produk mereka di AEON di serata negara.
Produk Real Beauty terdiri daripada haruman, penjagaan kulit, badan dan rambut serta kosmetik setakat ini boleh didapati di beberapa cawangan terpilih antaranya, Aeon Taman Maluri Shopping Centre (Kuala Lumpur) dan Aeon Mall Tebrau City (Tebrau, Johor), Aeon Mall Nilai (Negeri Sembilan), Aeon Mall Kinta City (Perak), Aeon Mall Queensbay (Pulau Pinang), Aeon Mall Kuching Central (Sarawak), Aeon Ipoh Falim (Perak), Aeon Alpha Angle Wangsa Maju dan Aeon Mall Bandar Dato Onn (Johor).
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti AEON di Facebook, Instagram, Twitter, dan layari laman web rasmi AEON.
Comments
Post a Comment