RAIKAN KEBANGGAAN NEGARAKU DI PAVILION BUKIT JALIL BULAN MERDEKA INI


Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, marilah kita sama-sama ke pusat membeli-belah Pavilion Bukit Jalil untuk menikmati pelbagai promosi dan aktiviti yang telah disediakan.

Raikan Kebanggaan Buatan Malaysia


Kunjungilah gedung duluKINI, yang menawarkan pelbagai produk dan pakaian tempatan yang diinspirasikan dari zaman dulu dan juga masa kini. Antara produk yang harus mendapat perhatian anda adalah beg anyaman tangan, perabot rotan, permainan kanak-kanak seperti gasing, congkak dan bola sepak takraw, dulang dan mangkuk tingkat yang mengimbau masa lalu.

Lokasi: duluKINI: Level 2, Pink Zone, Pavilion Bukit Jalil



Jika fesyen menjadi pilihan anda, jangan lupa untuk berkunjung ke kedai dUCk. Terkenal dengan pakaian dan aksesori fesyen sopan yang bergaya dan mewah, anda pasti merasa rambang mata dengan pilihan yang ditawarkan di sini.

Lokasi: dUCK Level 2, Pink Zone, Zone Pavilion Bukit Jalil


Raikan Kebanggaan Rasa Malaysia

Selain membeli-belah, jom kita rasai pelbagai makanan Malaysia yang enak di Pavilion Bukit Jalil.


Singgah di Seniman untuk menikmati keropok lekor panas yang enak, Bungkus Kaw Kaw untuk Nasi Lemak, Sedap by Grandmama’s atau Madam Kwan’s untuk hidangan tempatan yang menyelerakan, Baskin Robbins untuk Cendol Blast Ice Cream Milkshake dan Cendol di Kwong Wah Ais Kacang.


Dapatkan promosi kudapan Teh Tarik Place ‘Malaysiaku Specials’ mulai 29 Ogos - 18 September 2022 yang menampilkan hidangan edisi terhad Otak-Otak Ikan, Sate, Makanan Laut Pandan, Ayam Pandan, Pepes Ikan dan banyak lagi.


Lokasi: Pavilion Bukit Jalil


Raikan Kebanggaan Seni & Budaya


Saksikan pameran lukisan Potret-potret Wira Malaysia yang dihasikan oleh pelajar-pelajar Inti University & Colleges (12 Ogos - 18 September) yang diilhamkan oleh tokoh-tokoh bersejarah negara kita sempena sambutan Hari Merdeka ke-65 tahun.

Lokasi: Level 2, Pink Zone,Pavilion Bukit Jalil


Raikan Kebanggaan Dengan Kemenangan

Di bawah kempen ‘Shop & Be Rewarded 2.0’ anjuran MOTAC, pengguna berpeluang menebus e-baucar bernilai RM30 bagi pembelian minimum RM100 di Pavilion Bukit Jalil dan juga pusat beli-belah di serata Malaysia yang mengambil bahagian. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR di kedai-kedai dalam pusat beli-belah berkenaan bagi tujuan pendaftaran dan penebusan e-baucar.


Selain daripada baucar, anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik (seperti kereta Proton X50) di dalam cabutan bertuah ‘Belanja & Menang’. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, anda hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM100 dalam satu resit di kedai-kedai yang mengambil bahagian, muat naik butiran anda ke dalam aplikasi MySales Tracker app.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pavilion-bukitjalil.com, ikuti laman sosial Facebook, Instagram, atau hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan di talian 03 8092 8833.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!