FESTIVAL FILEM JEPUN 2022 EDISI KE-18 SEDIA MEMBAWAKAN FILEM-FILEM TERBAIK JEPUN UNTUK DINIKMATI SEMUA


Festival Filem Jepun yang dinanti-nantikan kembali lagi untuk kali kedua pada 2022 bermula dari 8 September hingga 9 Oktober di pawagam GSC yang mengambil bahagian dengan membawakan filem-filem terbaik Jepun untuk dinikmati semua di layar perak!

Acara tahunan edisi ke-18 ini menghidangkan lebih 12 judul yang merangkumi pelbagai genre – drama, dokumentari, percintaan, belia dan animasi, bertujuan untuk menyerlahkan pelbagai sisi budaya masyarakat Jepun melalui filem sambil memenuhi keinginan sinematik serta menawan minda dan hati para penonton dan peminat baharu filem. JFF 2022 dianjurkan bersempena dengan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur yang dilancarkan pada 1982.

Acara kemuncak festival ini adalah filem “Just Remembering” arahan MATSUI Daigo yang akan ditayangkan di Malaysia buat kali pertama yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri mengimbau kenangan manis mereka bersama.


Peminat anime boleh menikmati dua buah judul iaitu “BLUE THERMAL” oleh TACHIBANA Masaki, sebuah kisah coming-of-age dan juga drama period “INU-OH” oleh YUASA Masaaki. Filem-filem yang bertemakan keluarga pula antaranya adalah filem “And So The Baton is Passed” arahan MAEDA Tetsu iaitu sebuah adaptasi novel yang telah memenangi Anugerah Penjual Buku Jepun yang ke-16, sebuah dokumentari indah lagi penuh kecintaan “I Go Gaga: Welcome Home Mom” oleh NOBUTOMO Naoko, dan filem “INTOLERANCE” arahan YOSHIDA Keisuke yang menggambarkan kerumitan tingkah laku dan psikologi mereka yang terperangkap dalam situasi ekstrem.

Di samping menikmati festival filem, pengunjung juga boleh mendapatkan ganjaran dengan mengumpul setem bagi menebus sagu hati ekslusif bahkan turut berpeluang memenangi baucar daripada Books Kinokuniya Malaysia1. Sebagai tambahan, JFF pada tahun ini akan turut menyertakan pawagam GSC The Spring di Kuching dalam jelajahnya di seluruh negara.

Tiket untuk JFF 2022 akan dijual pada harga mampu milik RM9.50 (kecuali “Just Remembering”) melalui semua saluran GSC. Semua filem yang ditayangkan adalah dalam bahasa Jepun dengan sarikata bahasa Inggeris. Senarai lengkap sinopsis filem JFF, waktu tayangan dan maklumat umum boleh didapati di jfkl.org.my/japanese-film-festival-2022/ dan gsc.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!