SIDEC MENGUMUMKAN 16 SYARIKAT TERPILIH UNTUK MENJALANI PROGRAM SELANGOR FASHION ACCELERATOR YANG PERTAMA

Yong Kai Ping, CEO Sidec (empat dari kiri), Datin Seri Masdiana Muhamad, Presiden Pekawanis (lima dari kiri) bersama panel juri dan pelatih Selangor Fashion Accelerator 2022. 
 
Menyedari keperluan untuk menerima industri fesyen sebagai sebahagian daripada pendigitalan PKS dan syarikat pemula tempatan, Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) mengumumkan 16 syarikat terpilih untuk menjalani program Selangor Fashion Accelerator 2022 yang pertama dalam majlis perasmian yang disempurnakan oleh Datin Seri Masdiana Muhamad, isteri kepada Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

Berfungsi sebagai sebuah platform untuk menerajui transformasi digital Selangor sekaligus menjadi hab digital Asia Tenggara, Sidec sentiasa memikirkan komunitinya untuk memastikan mereka dibekalkan dengan bahan latihan dan pendedahan yang sesuai untuk memajukan perniagaan.

Modest Fashion Kini Menjadi Satu Keperluan Bagi Penggemar Fesyen

Di negara berbilang kaum seperti Malaysia, trend fesyen telah berubah secara dinamiknya dimana ianya dapat dilihat kini melalui evolusi fesyen sederhana di Malaysia. Ianya memperlihatkan gaya, stail dan keanggunan sambil mengekalkan ciri unik reka bentuk sederhana yang berlandaskan budaya Asia Tenggara.

Program intensif selama 2 bulan ini bertujuan untuk membantu syarikat pemula dan PKS Malaysia mewujudkan ekosistem yang mampan untuk bakat-bakat dalam sektor fesyen sederhana dengan menawarkan pengalaman menarik yang akan meningkatkan kesedaran jenama dalam pasaran dan industri yang akan merangkumi bengkel yang disusun khas serta sesi bimbingan yang diketuai oleh barisan profesional dalam industri fesyen. Selain itu, program ini juga mendapat sokongan besar daripada ikon muzik dan ahli perniagaan terkenal Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza dan usahawan fesyen terkenal yang lain seperti Rasta Rashid, Leslie Variyan dan Wong Lee Leng.

“Memandangkan tidak banyak program yang dikhususkan untuk industri fesyen, Sidec tampil ke hadapan untuk memberi sokongan kepada perniagaan fesyen baharu dalam mengembangkan pendapatan dan prospek pelaburan mereka. Memberi peluang dan platform kepada pemilik perniagaan untuk berkongsi idea dan kreativiti mereka adalah komponen yang mendorong usahawan untuk tampil berani dan yakin tentang perkara yang ingin diterokai dan dipersembahkan,” kata Yong Kai Ping, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec dalam ucapan alu-aluannya.

Dijalankan secara hibrid (dalam talian dan luar talian), program ini merangkumi modul seperti kemahiran asas pitching, kesesuaian pasaran produk, identiti jenama atau DNA jenama, inovasi tekstil, sesi perkongsian dalam pengumpulan dana serta IP (harta intelek)/tanda dagangan.

16 usahawan yang terpilih akan berpeluang mendapat faedah seperti akaun SQL bernilai RM948, SQL payroll bernilai RM588, Pakej Ringan & Mudah Sprii Commerce bernilai RM600 dan juga pakej awal Pingspace.


Kesemua 16 peserta akan menerima latihan dari 1 Ogos hingga 23 September, dan hanya enam akan dipilih untuk menyampaikan pitching mereka kepada pelabur dan rakan kongsi industri pada Hari Demo, yang akan berlangsung pada 8 Oktober 2022 di Pitch@Selangor 6, sempena Selangor Smart City and Digital Economy Convention (SDEC) yang ke-7. Yang paling menarik, pemenang berpotensi untuk menerima peluang pelaburan daripada The Hive Southeast Asia dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

16 syarikat yang terpilih untuk Selangor Fashion Accelerator 2022 ialah:


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sidec.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI