SEMARAKKAN HARI KEMERDEKAAN DENGAN SIARAN LANGSUNG KONSERT MERDEKA 65’ DI TV2


Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak seluruh Keluarga Malaysia bersama-sama menyaksikan konsert ambang merdeka diberi tajuk Konsert Merdeka 65’ bersiaran secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini, pukul 11.00 malam menerusi saluran TV2.

Konsert yang diterbitkan oleh Unit Hiburan TV RTM ini menampilkan konsep yang bukan sahaja menghiburkan bahkan mengajak seluruh Keluarga Malaysia menghayati momen merdeka pernah dilalui mereka selaras dengan tema hari kebangsaan iaitu "Keluarga Malaysia Teguh Bersama” yang berteraskan tiga tunjang utama iaitu kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran.

RTM menerusi konsert berlangsung satu jam setengah ini melibatkan persembahan artis, dan ucapan merdeka daripada ikon serta selebriti tempatan.

Konsert ini dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal termasuklah Dato’ Francissca Peter, Shila Amzah, Tomok, Bunkface, Kmy Kmo, Luca Sickta, Lia Aziz, Daniel Sher, dan Aisha Retno. Bell Ngasri dan Fiza Frizzy bakal bergandingan sebagai hos.

Penonton dapat berhibur secara santai di rumah dengan lagu-lagu yang dipersembahkan antaranya Setia, Tanah Pusaka, 7 Nasihat, Sekadar Di Pinggiran, Kasih Kita, Kucu Kuca, Sutera, Khilaf Asmara, dan Aku Datang.

Kemuncak debaran detik 12 Malam dimeriahkan dengan persembahan lagu Standing In The Eyes of The World, Tanggal 31, Malam Ini Kita Punya, Korang, Darah Muda, Situasi, juga medley lagu Negaraku dan Saya Anak Malaysia.

Sama-sama raikan konsert sempena ambang merdeka ini di TV2.


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM