NIKMATI MASA RIANG AKTIVITI BERSAMA KELUARGA DENGAN PEK BISKUT LEXUS EDISI TERHAD!

 

Sebagai sebuah negara yang menggemari makanan, snek sentiasa menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia. Snek melangkaui umur dan generasi dengan menyatukan orang ramai menerusi kegemaran bersama terhadap makanan dan snek. Pada bulan-bulan yang menandakan kemerdekaan negara kita yang tercinta, LEXUS meraikan kepelbagaian Malaysia dengan Pek Keceriaan edisi terhad yang menawarkan pelbagai perisa yang sesuai untuk anak-anak dan orang dewasa untuk menikmati bersama!

LEXUS merupakan salah satu jenama Munchy's, pengeluar biskut tempatan yang mempunyai sejarah melebihi 30 tahun. Menawarkan biskut yang sedap dan sihat yang dibuat untuk seisi keluarga, jenama biskut No.1 Malaysia telah membawa kebaikan dengan ciri istimewanya sejak beberapa dekad dahulu. Dengan LEXUS, anda mendapat kepuasan ketika meraikan saat-saat indah kehidupan. Dari sandwic krim hingga ke biskut cip coklat yang serba baharu, penggemar biskut boleh menikmati hidangan manis-savouri, coklat yang lazat, atau kedua-duanya!



Kini boleh didapati untuk masa yang terhad sahaja, LEXUS Pek Keceriaan ini dihasilkan supaya pengguna boleh berkongsi kebaikan dan kepelbagaian biskut LEXUS dalam satu pek! Ia mengandungi 13 pek mudah dalam empat perisa yang lazat, iaitu: Chocolate Cream Sandwich, Salted Vanilla Cream Sandwich, Dark Choc Cookies dan Choco Coated Cream.

Menikmati snek pastinya lebih menyeronokkan ketika bersama keluarga – setiap LEXUS Pek Keceriaan juga dilengkapi dengan kad seni & kraf "Malaysia & LEXUS" yang direka khas. Dengan empat (4) reka bentuk untuk dikumpulkan, ibu bapa dan anak-anak kecil boleh menikmati keseronokan bersama keluarga dengan mewarnakan dan memotong kad untuk sesi bercerita yang menarik sambil menikmati biskut LEXUS Pek Keceriaan kegemaran mereka.

LEXUS membolehkan anda memanjakan diri dengan orang yang anda sayangi, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Eratkan silaturahim antara keluarga anda pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia ini dengan LEXUS Pek Keceriaan edisi terhad dan cipta kenangan abadi bersama!

LEXUS Fun Pack baharu (RM9.55) boleh didapati di pasar raya utama dan pasar raya besar di seluruh negara untuk masa terhad sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Munchy (www.munchys.com) atau ikuti Munchy's di Instagram (www.instagram.com/munchys.my).

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!