SITI NORDIANA, DIANA DANIELLE DAN SHILA AMZAH BEKERJASAMA DENGAN OVA BAGI MENCETUSKAN PERBUALAN NASIONAL MENGENAI BERAT BADAN DAN KESIHATAN WANITA
Penyanyi, pelakon dan selebriti Malaysia, Siti Nordiana, Diana Danielle, dan Shila Amzah telah bekerjasama dengan OVA, platform telekesihatan berlesen terbesar di Malaysia, untuk menangani salah satu cabaran kesihatan terbesar di negara ini.
Menyedari bahawa isu berat badan adalah jauh lebih kompleks daripada sekadar kehendak diri semata-mata, kempen ini bertujuan untuk mengetepikan halangan dan meningkatkan akses kepada perubatan moden, sekali gus memperkasakan lebih ramai wanita untuk mengambil alih kawalan terhadap berat badan mereka dan mencapai kehidupan yang lebih sihat.
Melalui kisah-kisah yang dialami oleh ramai wanita tetapi jarang dibincangkan secara terbuka, trio ini berharap dapat mencetuskan perbualan di peringkat kebangsaan mengenai obesiti dan kesihatan wanita di Malaysia. Perjalanan hidup ketiga-tiga duta kempen With OVA ini mencerminkan cabaran yang turut dikongsi oleh berjuta-juta wanita di seluruh negara, sekali gus mendorong kesedaran yang lebih tinggi dan memperkasakan lebih ramai wanita untuk mencari sokongan demi membina masa depan yang lebih sihat.
Mengulas lanjut mengenai kempen ini, Tom Reynolds, Naib Presiden Pemasaran di OVA berkata, “Obesiti merupakan salah satu cabaran kesihatan terbesar di Malaysia, namun sekian lama perbualan mengenainya lebih tertumpu kepada rupa paras berbanding kesihatan. Kami tahu bahawa berat badan adalah jauh lebih mendalam daripada sekadar kehendak diri sahaja, dan ramai wanita menghadapi halangan untuk menyelesaikan isu ini, sama ada disebabkan kekangan masa, kurang kesedaran atau ketiadaan akses yang mudah kepada rawatan.”
Topik ini amat penting memandangkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi menunjukkan bahawa 54.4% wanita Malaysia diklasifikasikan sebagai berlebihan berat badan dan obes. Walaupun angka ini sedia membimbangkan, ia menjadi lebih merisaukan kerana peningkatan berat badan dikaitkan secara langsung dengan penyakit tidak berjangkit (NCD), seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, dan hipertensi, di mana lebih 70% NCD mempunyai perkaitan yang didokumentasikan dengan obesiti.
Malangnya, sebahagian besar daripada isu ini tidak didiagnosis, dengan 57% individu yang mengalami obesiti salah mengklasifikasikan diri mereka, yang membawa kepada kelewatan dalam mendapatkan rawatan serta peningkatan dalam kadar morbiditi keseluruhan dan kematian berkaitan NCD.
Teras utama kempen ini adalah Siti Nordiana, Diana Danielle, dan Shila Amzah, yang berkongsi secara terbuka tentang pengalaman peribadi mereka dengan berat badan serta tekanan yang dihadapi sepanjang fasa kehidupan dan kerjaya yang berbeza. Dengan berkongsi kisah peribadi mereka, kempen ini ingin menggalakkan perbualan yang lebih terbuka mengenai kesihatan wanita dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mengambil tindakan lebih proaktif dalam mendapatkan bantuan perubatan untuk menguruskan berat badan.
Bagi menyokong misi ini, OVA memudahkan wanita untuk mengakses penjagaan perubatan yang boleh dipercayai melalui konsultasi dalam talian, pelan rawatan yang diperibadikan, dan sokongan berterusan—semuanya direka khas untuk disesuaikan dengan realiti kehidupan moden.
“Melalui OVA, kami berusaha untuk menjadikan penjagaan obesiti lebih mudah diakses menerusi teleperubatan. Dengan bekerjasama bersama ikon wanita yang dikenali seperti Siti Nordiana, Diana Danielle, dan Shila Amzah, kami berharap dapat mengubah corak perbualan mengenai berat badan dan memperkasakan lebih ramai wanita untuk mengambil alih kawalan kesihatan mereka, dan membina masa depan yang lebih sihat,” tambah Tom.
OVA merupakan platform kesihatan digital yang memberi akses kepada rawatan pengurusan berat badan di seluruh Asia Tenggara. Dengan menggabungkan konsultasi bersama doktor berlesen, pelan rawatan perubatan yang diperibadikan, dan sokongan perubatan yang berterusan, OVA berjaya mengatasi pelbagai halangan yang sering menghalang pesakit daripada mendapatkan bantuan. Melalui pengalaman digital yang lancar dan penghantaran ke rumah secara diskret, OVA memudahkan wanita untuk mendapatkan penjagaan yang mereka perlukan, mengikut keselesaan mereka sendiri.
Dalam satu sesi perkongsian yang intim, Siti Nordiana, Diana Danielle, dan Shila Amzah meluahkan tentang realiti mengimbangi kesihatan, keluarga, kerjaya, serta tekanan yang dihadapi oleh wanita dalam pelbagai peringkat usia. Melalui pengalaman sendiri, mereka menekankan bagaimana berat badan dipengaruhi oleh faktor yang jauh lebih besar daripada sekadar kehendak diri, dan mengapa perbualan mengenai obesiti di Malaysia perlu beralih daripada aspek penampilan kepada aspek kesihatan.
Berkongsi pandangannya, Siti Nordiana berkata, “Kehidupan mengubah kita semua. Kehidupan sebagai ibu, kerjaya, tekanan, dan pelbagai peranan yang kita galas sebagai wanita semuanya meninggalkan kesan. Saya berharap kempen ini dapat membantu lebih ramai wanita menyedari bahawa berat badan adalah lebih daripada sekadar kehendak diri, dan memberikan mereka keyakinan untuk menjaga kesihatan mereka mengikut acuan sendiri.”
Sementara itu, Diana Danielle menyatakan, “Membesar dalam perhatian masyarakat bermakna setiap fasa kehidupan saya dapat dilihat umum. Selama bertahun-tahun, berat badan saya berubah-ubah, dan perubahan itu sering menjadi topik perbualan di sekeliling saya. Seperti kebanyakan wanita lain, saya juga melalui tempoh di mana saya bergelut untuk menguruskan berat badan dan tertanya-tanya mengapa sesuatu yang kelihatan begitu mudah boleh terasa sangat sukar.”
“Lama-kelamaan, saya mula faham bahawa tidak sentiasa ada jawapan yang mudah. Kehidupan berubah, tubuh kita berubah, begitu juga dengan keperluan kita. Melalui kempen With OVA ini, saya berharap lebih ramai wanita menyedari bahawa perubahan berat badan adalah sebahagian daripada lumrah hidup, mereka tidak bersendirian dalam apa yang mereka lalui, dan mereka merasa diperkasakan untuk mengambil kawalan terhadap kesihatan mereka demi membina kehidupan yang lebih sihat,” sambung Diana.
Bercakap di majlis pelancaran tersebut, Shila Amzah berkata, “Kesihatan sentiasa menjadi keutamaan saya, tetapi menjadi seorang ibu telah mengubah segala-galanya. Ia membuatkan saya berfikir secara berbeza tentang masa depan saya dan kepentingan untuk sentiasa kekal sihat demi anak-anak saya. Saya tahu ramai ibu di luar sana melalui pengalaman yang sama, dan memahami betapa fasa keibuan, tekanan, serta peringkat kehidupan yang berbeza boleh mengubah tubuh badan kita.”
“Lama-kelamaan, saya belajar bahawa berat badan dipengaruhi oleh banyak faktor lain, bukan sekadar apa yang kita makan atau sekuat mana kita mencuba. Hormon, biologi, dan tuntutan hidup seharian semuanya memainkan peranan, dan kadangkala pendekatan yang berbeza amat diperlukan. Melalui With OVA, saya berharap lebih ramai wanita merasa diperkasakan untuk lebih memahami kesihatan mereka, mengambil alih kawalan berat badan, dan membina kehidupan yang lebih sihat untuk diri mereka dan keluarga mereka,” tambahnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai OVA, layari - getova.com.my
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment