VITAHEALTH LANCAR VLIFE, NUTRISI GENERASI BAHARU DENGAN TEKNOLOGI DOUBLENUTRI®
VitaHealth, jenama suplemen kesihatan terkemuka dengan hampir 80 tahun kepakaran, melancarkan VLife, rangkaian nutrisi generasi baharu yang direka khusus untuk gaya hidup sibuk. Dilancarkan secara eksklusif di BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy, VLife mentakrifkan semula kesejahteraan harian sebagai sesuatu yang mudah, menyeronokkan dan praktikal.
Produk ini menawarkan nutrisi berkeberkesanan tinggi dalam format mudah ditelan, sesuai diambil pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Dirumus untuk menyokong kesihatan utama seperti imuniti, ketenangan minda, tenaga, kesihatan mata dan kesihatan wanita, VLife membantu individu mengekalkan kualiti hidup walaupun berdepan jadual padat. Ia menyokong pelajar, golongan bekerja hingga warga emas, sekali gus memperkasakan pengguna untuk lebih proaktif terhadap kesihatan harian.
Majlis pelancaran dirasmikan oleh Dr KS Beh, Ketua Pegawai Eksekutif Vita Life Sciences (Malaysia & Singapura), bersama Tay Li Yen, Pengarah Unit Perniagaan Kesihatan & Rehabilitasi BIG CARiNG Group, serta disaksikan oleh duta jenama VitaHealth, pemain badminton Olimpik Pearly Tan. Dr Beh menekankan bahawa VLife menjadikan kesejahteraan lebih menyeronokkan dan mudah diamalkan, manakala Tay Li Yen menegaskan kerjasama ini selari dengan trend gaya hidup pantas masyarakat moden.
VLife dirumus dengan ramuan berkualiti tinggi, mesra vegan, disahkan Halal dan diperkasakan teknologi doubleNUTRI® untuk penyerapan nutrien lebih pantas. Setiap produk dikilangkan di bawah piawaian ketat bagi menjamin keselamatan dan keberkesanan.
Acara turut menampilkan sesi panel bersama pakar kesihatan, Pearly Tan dan aktivis gaya hidup sihat. Pearly berkongsi bagaimana VLife membantu beliau kekal konsisten dengan jadual latihan yang padat.
Sejak 2023, VLife telah berada di BIG Pharmacy dan kini diperluas ke CARiNG Pharmacy seluruh negara. Seiring falsafah “Healthy Life, Happy Vibes”, VitaHealth terus komited menyediakan nutrisi dipercayai untuk memperkasakan rakyat Malaysia menjalani kehidupan lebih sihat dan sejahtera.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.vitahealth.com.my/
.jpg)
%20(1).jpg)
Comments
Post a Comment