UKM & HERBALIFE ANJUR LARIAN MAYA HARI HIPERTENSI SEDUNIA


Herbalife Nutrition, syarikat nutrisi global bertaraf perdana, baru-baru ini telah mengunjurkan sokongannya kepada acara Larian Maya Hari Hipertensi Sedunia yang dihoskan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sempena Hari Hipertensi Sedunia yang disambut pada bulan lalu, acara ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai hipertensi serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjurusi gaya hidup yang sihat dan aktif.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2019, hipertensi merupakan salah satu daripada tiga faktor risiko utama yang menyebabkan penyakit kardiovaskular di Malaysia, disusuli dengan diabetes melitus dan kolesterol tinggi. Oleh itu, usaha untuk menyebarkan kesedaran adalah mustahak, di samping mengambil inisiatif untuk menangani isu ini dan menggalas tanggungjawab ke atas kesihatan diri masing-masing.


“Sempena Hari Hipertensi Sedunia, kami ingin mengetengahkan isu-isu berkenaan dengan hipertensi yang sedang berlanjutan di Malaysia. Untuk membuat penambahbaikan dalam aspek ini, kolaborasi antara sektor diperlukan untuk meningkatkan kesedaran dan menginjak ke arah matlamat yang sama dalam memperbaiki kualiti hidup masyarakat dengan menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, kami menghargai penglibatan Herbalife Nutrition dalam usaha ini bersama kami dan mereka telah membantu kami menarik perhatian lebih ramai individu mengenai hipertensi,” ujar Prof. Dr. (PhD) Suzana Shahar, Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM.

Ekoran perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sepanjang tahun ini, warga Malaysia ingin mencari kaedah yang baharu dan menyeronokkan untuk kekal aktif dan sihat di rumah masing-masing. “Dengan menetap di rumah sepanjang hari, ia boleh menjurus kepada gaya hidup yang kurang aktif. Justeru, kami berbesar hati untuk menyertai UKM bagi mempromosikan acara larian maya ini untuk membantu warga Malaysia kekal di haluan masing-masing dalam mengecapi matlamat kesihatan yang disasarkan. Ia sejajar dengan objektif kami untuk membantu orang ramai menjurusi gaya hidup yang sihat dan aktif, ditunjangi oleh pemakanan yang baik,” ujar Steven Chin Pengarah Kanan/Pengurus Besar, Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura.

Steven Chin Pengarah Kanan/Pengurus Besar, Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura

Lebih daripada 203 peserta telah mengambil bahagian dalam Larian Maya Hari Hipertensi Sedunia, yang telah berlangsung dari 17 Mei 2021 hingga 5 Jun 2021. Para peserta telah merekodkan jumlah langkah dan jarak larian maya mereka dengan menggunakan pedometer, jam tangan pintar atau aplikasi pengira langkah di telefon bimbit masing-masing. Larian maya ini telah dibahagikan kepada dua kategori - individu (10km) serta kumpulan (100km) dan peserta dibenarkan untuk membuat larian di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, lalu menghantar pencapaian yang direkodkan setelah mereka memenuhi jarak larian yang ditetapkan.


“Oleh kerana aktiviti sukan berkumpulan telah dikekang oleh pelbagai bentuk PKP, Fakulti Sains Kesihatan dari UKM telah membidik untuk menggalakkan warga komuniti menerapkan gaya hidup sihat dan menjiwai semangat kesukanan dan daya saing walaupun dengan berlari di rumah sahaja menerusi Larian Maya ini. Di samping itu, kami juga ingin meraikan pencapaian warga komuniti yang mengambil inisiatif untuk menjaga kesihatan jantung masing-masing,” jelas Nur Afeeqah, salah seorang pelajar yang bertanggungjawab dalam penganjuran Larian Maya ini dari Fakulti Sains Kesihatan, UKM.

Peraduan-peraduan media sosial yang menarik sempena larian maya ini

Selain itu, UKM juga telah menganjurkan dua peraduan media sosial yang menarik bersama Herbalife Nutrition, iaitu peraduan “Meal Showdown” dan “Flaunt Your De-Stress”. Para peserta peraduan ini telah memuat naik gambar dan video mengikut tema peraduan berkenaan dengan sisipan tanda pagar khas untuk acara tersebut, #WHDVirtualRun #TogetherWeAvoidHypertension #KnowYourNumbers. Para pemenang telah dipilih berdasarkan tema, interpretasi dan kreativiti.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?