AVOKADO AUSTRALIA - SUNGGUH LAZAT DAN BERKHASIAT


Kini masanya untuk tingkatkan aktiviti kecergasan anda dengan buah yang hijau dan lazat ini! Taste Australia – jenama kebangsaan mewakili industri hortikultur Australia – telah melancarkan kempen A Untuk Avokado Australia yang membawakan buah avokado yang sihat dan berkhasiat untuk dinikmati semua.


Avokado Australia lulus dengan skor ‘A’ kerana kebaikannya yang penuh dengan lemak sihat dan vitamin yang menyokong system imuniti badan. Buah ini mengandungi lemak penting yang diperlukan untuk menyerap zat yang larut lemak seperti vitamin E dan juga untuk kesihatan jantung. Makanan unggul atau superfood ini padat dengan zat, di mana hanya dengan satu hidangan Avokado Australia (suku dari 50 gram) dapat memberikan anda serat, vitamin-vitamin B, Kalium dan antioksida.


“Pandemik ini telah menjadikan kita lebih peka untuk melihat kembali kesihatan dan corak pemakanan kita,” kata Matthew Dwyer, jurucakap bagi Taste Australia. “Adalah amat penting untuk kita mengetahui makanan yang boleh memberikan kebaikan kepada kesihatan dan kesejahteraan kita. Avokado Australia padat dengan zat yang menyokong imuniti anda, mengurangkan keletihan dan juga menyokong prestasi mental anda. Selain daripada itu, Avokado Australia juga lazat dan boleh dinikmati dalam pelbagai cara – potong dan terus makan begitu sahaja mahupun dihidangkan dengan makanan kegemaran anda.


Encik Dwyer juga berkata bahawa Avokado Australia amat sesuai digandingkan dengan citarasa Malaysia. “Disebabkan Avokado Australia amat versatil dan teksturnya yang kaya berkrim, ia dapat dipadankan dengan kebanyakan resipi tempatan. Sama ada dijadikan smoothie avokado dan gula Melaka, ataupun dinikmati bersama sambal kegemaran anda, pastinya anda akan terpesona dengan dengan keenakan rasa berkrim dalam setiap suapan,” tambah beliau.

Avokado Australia mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia kerana kualitinya yang tinggi serta keenakannya. Avokado Australia sentiasa memberikan kualiti terbaik kerana ianya diterbangkan ke Malaysia mengikut tempoh matang yang optimum, seterusnya memastikan kesegaran dan kualiti untuk dimakan yang ideal.


Di Malaysia, terdapat dua jenis Avokado Australia dan stoknya boleh didapati sepanjang tahun. Musim bagi jenis Hass adalah dari Mei hingga Januari manakala bagi jenis Shepard pula dari Februari hingga Mei. Tuaian musim Avokado Australia bagi tahun ini amat baik dengan banyak buah yang berkualiti tinggi.


Jika anda ingin meningkatkan atau menjaga kesihatan anda, jadikan Avokado Australia sebagai satu keperluan hidangan harian anda. Avokado Australia kini boleh didapati di pasaraya terkemuka seluruh Malaysia seperti Jaya Grocer, Village Grocer, dan AEON serta pasar dan kedai buah-buahan, juga platform atas talian seperti Shopee dan Lazada. Nantikan juga promosi Avokado dengan bahagian khidmat makanan seperti Avocadian, The Fish Bowl dan Nourish Me.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Instagram dan Facebook Taste Australia Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!