CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA OGOS INI


Cartoon Network mengucapkan Selamat Hari Meow kepada semua pencinta kucing pada Hari Kucing Antarabangsa ini! Disambut pada 8 Ogos setiap tahun, acara ini didedikasikan untuk meningkatkan kesedaran terhadap haiwan yang cantik ini. Ia diraikan dengan beberapa aktiviti dan program istimewa kerana Cartoon Network akan bertukar sepenuhnya kepada Cat-Toon Network – yang menjadi rumah kepada Tom dan rakan-rakan kucing akrabnya iaitu Sylvester, Gumball, Princess Unikitty, Oggy dan banyak lagi!

Jadikan Kucing Anda Terkenal!

Bersedialah untuk meraikan sambutan ini dengan aktiviti yang menyeronokkan di halaman Facebook Cartoon Network:

  • Tahukah anda kucing boleh mengeluarkan lebih daripada 100 bunyi vokal? Cuba anda uji dan tunjukkan kemahiran vokal kucing anda dengan Cat-Raoke sambil mereka menari dan “ber-meow” bersama lagu tema kempen ini. Hantarkan persembahan comel kucing kesayangan anda dari 26 Julai - 8 Ogos dan berpeluang memenangi pek hadiah eksklusif bernilai RM500!
  • Kongsikan gambar-gambar kucing kesayangan anda yang paling nakal dan hebat di Fan Art Fridays dari 7-10 Ogos, dengan penerangan ringkas yang memberitahu semua orang mengapa anda adalah manusia yang paling bangga dengan kucing terbaik di dunia.


Jangan ketinggalan mengikuti Meow-a-thon

Luangkanlah berjam-jam masa berkualiti menonton meow-a-thon ekstravaganza tanpa henti selama empat hari yang menampilkan kucing-kucing superstar yang paling digemari bersama kucing kesayangan anda di Cat-Toon Network (Astro Saluran 615 HD). Dari 7-10 Ogos, mereka diberikan sorotan yang selayaknya untuk bintang-bintang ini – jadi jangan ketinggalan menyaksikan kucing-kucing terkemuka dalam Tom and Jerry, Looney Tunes Cartoons, The Amazing World of Gumball, Unikitty!, Oggy and The Cockroaches, ThunderCats Roar dan Mao Mao: Heroes of Pure Heart, dengan lebih banyak penstriman aksi meow-licik di HBO GO juga.

Bergandingan di Pentas Peragaan bersama Si Bulus

Sudah tiba masanya bagi manusia yang merendah diri untuk bergaya sepadan dengan haiwan peliharaannya yang terkenal anggun dan dapatkan pakaian, mainan, serta aksesori Tom and Jerry secara dalam talian di Toys"R"Us, Aurora Italia, Kismet Decals dan Kidz World MY. Tisu muka Tom and Jerry Onwards juga terdapat di pasar raya dan pasar raya besar. Jangan lepaskan peluang ini untuk menambah koleksi anda, atau menghadiahkan rakan-rakan pencinta Cat-Toon yang lain!

Tunjukkan Ehsan anda kepada Kucing yang Memerlukan

Sentiasa ada saja kucing yang memerlukan rumah perlindungan, jadi jika anda mencari ahli keluarga baharu, ingatlah untuk mengambil haiwan angkat dari pusat perlindungan haiwan atau organisasi penyelamat kucing seperti S.I Home Shelter. Lawati laman Facebook rasminya di sini dan melihat persediaan mereka meraikan Hari Kucing Antarabangsa, dari 8 Ogos, dengan kostum kreatif Tom and Jerry untuk kucing-kucing mereka. Anda boleh mengambil kucing-kucing ini sebagai kucing angkat atau membantu mendapatkan rumah kekal untuk si bulu ini dengan berkongsikan hantaran. Lapan pengambilan kucing angkat pertama yang berjaya akan mendapat set hadiah ‘terima kasih’ Cat-Toon juga.

Bagaimanapun, jika anda tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab, anda boleh memberikan sumbangan dalam bentuk wang tunai atau barangan ke S.I Home Shelter - barangan seperti makanan kering atau basah dan keperluan penjagaan haiwan peliharaan adalah dialu-alukan.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA