WALL'S DAN GRABFOOD LANCAR KEMPEN 'WALL'S BERSAMA RIDERS'


Sejajar dengan komitmennya untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih gembira, kini Wall's Malaysia bersama GrabFood menyebarkan kegembiraan menerusi kempen “Wall’s Bersama Riders”.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO), lebih ramai penunggang penghantar makanan berada di jalan raya ekoran peningkatan dalam pesanan. Oleh itu, kempen ini bertujuan menjaga keselamatan para hero kita di jalan raya semasa mereka gigih berusaha untuk menghantar kegembiraan kepada rakyat Malaysia yang sedang menikmati keselesaan serta keselamatan di kediaman masing-masing.

Melalui kempen “Wall’s Bersama Riders”, rakyat Malaysia dapat memainkan peranan mereka dalam memastikan keselamatan para penunggang penghantar makanan semasa bekerja. Dengan setiap pembelian aiskrim Wall’s bernilai RM30 ke atas dari GrabFood, RM5 akan disalurkan ke dana yang diperlukan untuk membeli topi keledar. Kempen ini menyasarkan pengumpulan dan pembelian topi keledar dengan jumlah keseluruhan bernilai RM100,000.

“Di Wall’s, kami percaya aiskrim menjadikan kita lebih gembira. Justeru itu, sebagai salah satu jenama yang paling digemari di dunia, tiada cara lebih baik untuk ‘Menikmati Kegembiraan Bersama’ selain daripada membantu mereka yang mengharungi kesukaran demi mengukir senyuman di wajah kita. Kempen ini adalah salah satu daripada pelbagai lagi inisitif yang telah kami jalankan untuk menyebarkan kegembiraan kepada petugas barisan hadapan dan komuniti yang kurang bernasib baik. Kali ini, kami mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menghidupkan semangat kemasyarakatan di samping menjaga keselamatan penunggang penghantar makanan Grab,” kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia.

Pelanggan juga berpeluang menerima baucar aiskrim bernilai RM50 daripada Wall’s Malaysia. Untuk menyertai, kongsikan kenangan terindah anda bersama penunggang penghantar makanan Grab di Instagram, tag @wallsmalaysia dan sertakan tanda pagar #WallsBersamaRiders #TQGrabRider #ChooseHappierTogether. Penyertaan yang terpilih akan dipaparkan di saluran media sosial Wall’s Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Wall’s Bersama Riders”, layari halaman rasmi Instagram Wall’s Malaysia di https://www.instagram.com/wallsmalaysia/ atau halaman Facebook di https://www.facebook.com/wallsmalaysia.

 

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT

ELDON, JENAMA PHARM-D HEALTH SCIENCE, METERAI KERJASAMA DUTA JENAMA DENGAN SELEBRITI CHAN FONG AND HENLEY HII, RAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS