PILIHAN KOTEX HERBAL COOL: PAD PALING NYAMAN DI PASARAN


Kotex® melancarkan pilihan Kotex® Herbal Cool serba baharu dan pertama seumpamanya di pasaran. Sebagai pendorong kepada kemajuan wanita dan peneraju jenama pad sanitari, pilihan penyejukan terbaharu Kotex ini dan satu-satunya di pasaran yang direka bagi membantu wanita mengatasi cuaca panas dan membahang Malaysia, sambil mengekalkan kesegaran dan keyakinan sepanjang hari.

Pilihan Kotex® Herbal Cool yang pertama seumpamanya ini adalah bukti terhadap keupayaan Kotex untuk sentiasa berinovasi dan menyokong wanita dan gadis, di mana sahaja di dunia. Ciri-ciri pad revolusionari ini merangkumi ekstrak pokok teh semulajadi menyejukkan yang melegakan segala kerimasan, memberikan rasa segar dan penyejukan berlanjutan, sambil memberi perlindungan ketirisan yang maksimum. Semua ini, membantu wanita dan gadis untuk kekal yakin dan bebas daripada kerisauan sepanjang hari, memastikan Haid atau tidak, #SheCan meraih potensi sepenuhnya!

“Menangani haid di dalam bahang dan cuaca panas Malaysia adalah cukup mencabar. Sebagai jenama yang sentiasa meletakkan kepentingan gadis sebagai keutamaan, Kotex® melancarkan pilihan inovatif baharu Kotex® Herbal Cool, bagi memberikan kelegaan kepada gadis-gadis daripada bahang yang terik. Ini membantu mereka untuk memfokus menjadi versi terbaik diri mereka sendiri, kerana haid atau tidak #SheCan,” kata Radhika Agarwal, Pengurus Pemasaran bagi Kimberly-Clark Malaysia.

Pilihan serba baharu Kotex® Herbal Cool juga memastikan keselesaan maksimum pada bila-bila masa. Inovasi pertama seumpamanya ini bukan sahaja datang dengan pilihan penggunaan sepenuhnya pada siang dan malam, tetapi juga garisan Herbal Cool bagi kegunaan harian – menawarkan pilihan lengkap perlindungan sanitari yang memberi perlindungan daripada ketirisan dan menyediakan rasa penyejukan berkekalan sepanjang hari.

Sebagai peneraju jenama pad sanitari yang progresif, Kotex® mengguna pakai trend media sosial untuk bergandingan dengan pempengaruh terkenal Malaysia, Cik Manggis, pada 26 Ogos, untuk melancarkan cabaran serba baru tarian TikTok #KotexStayCool. Cabaran tarian itu akan membantu menghubungkan audiens lebih muda dan meraikan pilihan Kotex® Herbal Cool sebagai pad `coolest’ di pasaran, sambil memperkasa wanita muda untuk #StayCool dan segar semula sepanjang hari.


Tidak sabar untuk menukar rasa kerimasan kepada sensasi penyejukan berpanjangan? Sertai keseronokan ini dan tunjukkan kepada kami bagaimana anda mengekalkan kedinginan dengan membuat tag Kotex di @kotexmy pada media sosial, dan jangan lupa untuk memasukkan tanda pagar #KotexHerbalCool, #KotexStayCool dan #KotexSheCan. Selain itu, lihat filem kempen rasmi Kotex® Herbal Cool menampilkan Cik Manggis di https://youtu.be/Rid8qqaERb4. Lawat www.kotex.my dan lawat Facebook dan Instagram Kotex untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!