KEKAL NYAMAN DENGAN NESPRESSO COCONUT FLAVOUR OVER ICE
Nespresso mempelawa penggemar kopi untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati Barista Creations for Ice, koleksi kopi yang direka khusus untuk minuman berais. Barista Creations for Ice diberikan sentuhan istimewa dengan Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad. Lebih mengujakan lagi, Nespresso Atelier, sebuah mesin kopi versatil dan serbaguna yang dapat menghasilkan resipi kopi yang panas dan sejuk, akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia.
Floriane Novello, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nespresso Malaysia, berkata: “Kelapa bukanlah sesuatu yang baharu di negara Malaysia yang beriklim tropika sepanjang tahun. Dengan sukacitanya, kami di Nespresso, sangat teruja untuk memperkenalkan Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad, yang cukup enak dinikmati bersama ais. Kami berharap ia dapat menggalakkan lebih ramai penggemar kopi untuk menikmati detik-detik yang menyegarkan ini dengan selesa di rumah bersama Nespresso.”
Mengenali Barista Creations for Ice
Kekal sejuk dengan Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad
Perisa kelapa yang terdapat di dalam Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad cukup serasi dengan rasa panggang dan berkaramel pada espresso kopi Arabika Amerika Latin.
Campuran biji kopi Brazil produk ini membawakan kelembutan yang amat memikat, manakala biji kopi Arabika dari Amerika Tengah dan Selatan pula memberikannya rasa yang sebati. Hanya dengan satu hirupan kopi yang dipanggang secara sederhana ini, cetusan nota vanilla yang enak dapat dirasai seperti arus yang membawakan citarasa pulau tropika. Para penggemar kopi boleh pilih untuk membancuhnya sama ada terus di atas ketulan ais untuk menyejukkannya di samping mengekalkan perisanya secara serta merta ataupun untuk membancuhnya menggunakan air atau susu sejuk supaya kopi enak yang menyegarkan ini dapat dinikmati dengan lebih lama.
Menyejukkan diri anda bersama Freddo Delicato and Freddo Intenso
Dengan cuaca yang panas ini, Nespresso turut membawa kembali dua adunan kopi ais kegemaran ramai, Barista Creations Freddo Delicato dan Freddo Intenso, dengan rasa yang sama enaknya dan rekaan sarung yang serba baharu.
Barista Creations Freddo Delicato dipanggang secara ringan dan dikisar khusus untuk menyerlahkan nota yang halus, ceria dengan keenakan daripada biji kopi Arabika Kenya apabila dituangkan ke atas ais; manakala Barista Creations Freddo Intenso pula dicipta untuk mereka yang mencari rasa panggang yang lebih mendalam apabila biji kopi Arabika Amerika Selatan digandingkan dengan Arabika Indonesia yang dapat menghasilkan kopi ais yang pekat dan mengujakan.
Barista Creations for Ice sebaiknya dihidang dengan satu kapsul kopi (40ml) bersama ketulan ais (90g) serta air atau susu yang sejuk (90ml) untuk menghasilkan rasanya yang lengkap. Nespresso juga telah menyelidik dan meneliti dari segi panggangan dan kisaran tertentu pada setiap campuran untuk menjamin rasa dan kualiti tertinggi walaupun setelah ais yang dicampurkan ke dalam minuman ini kian cair.
Aksesori Istimewa Nespresso Kembali untuk Pengalaman Kopi yang Lebih Indah
Untuk menambahkan perisa kopi Barista Creations for Ice, Nespresso telah memperkenalkan tiga perisa MONIN sirap yang terbaru bersaiz 50ml – Vanilla, Tiki and Saffron. Sirap ini mengandungi perisa semula jadi yang dicipta khas untuk meningkatkan profil rasa secawan kopi.
Demi mencipta pengalaman yang lebih indah untuk menikmati kopi ais di rumah, bekas ais Nespresso yang istimewa kini kembali atas permintaan ramai. Reka bentuknya membolehkannya disusun rapi atas satu sama lain, memastikan bekalan ais sentiasa tersedia apabila ia diperlukan. Ciri bekas ais tiga lapisan ini juga datang dangan palet warna baharu untuk dipadankan bersama kapsul Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad.
Selain itu, Nespresso juga menawarkan botol air yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta tuala pantai yang dikitar atas (upcycled) untuk meningkatkan lagi pengalaman tropikal.
Nespresso Atelier: Mesin Kopi Versatil untuk Ritual Kopi Tiada Tandingan
Diperkenalkan sebagai meja kerja peribadi, Nespresso Atelier membolehkan penggemar kopi untuk menjadi pereka cipta resipi kopi dan susu mereka tersendiri.
Teknologi canggih Nespresso Atelier membolehkan mereka membancuh pelbagai jenis resipi kopi sejuk mahupun panas yang tiada tandingannya, daripada Cappucino, Flat White, Mocha hinggalah ke Latte Macchiato dan Frappe Ais hanya dengan satu sentuhan butang. Selain akses secara langsung kepada sembilan jenis resipi, para penggemar kopi juga boleh mencipta dan menyesuaikan resipi kopi dan bukan kopi (misalnya coklat) mereka tersendiri menggunakan mesin kopi rekaan moden ini.
Sebagai tambahan kepada ciri ringkasnya, Nespresso Atelier juga boleh membuihkan susu atau bahan alternatif berasaskan tumbuhan secara automatik dan membancuh resipi terus ke dalam cawan. Mesin ini mempunyai pembuih susu yang boleh ditanggal untuk memudahkan proses pencucian, dan ciri peringatan nyah kerak bagi memastikan mesin berfungsi dengan baik untuk memberikan pengalaman kopi yang sempurna, setiap masa.
Sedia untuk Dimiliki
Koleksi kopi Nespresso Barista Creations for Ice telah mula dijual dari 5 Julai 2021. Kit sampel untuk dicuba juga akan disertakan dengan pembelian sekurang-kurangnya lima sarung kopi (tidak terhad kepada jenis kopi) pada 5 hingga 25 Julai.
Nespresso Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad boleh dinikmati pada harga RM28 setiap sarung, sementara Barista Creations Freddo Delicato dan Barista Creations Freddo Intenso berharga RM25 sekarung. Manakala Nespresso Atelier pula berharga RM1,499, dan setiap unit akan dihadiahkan satu Nespresso VIEW Mug secara percuma.
Koleksi kopi Nespresso Barista Creations for Ice, Nespresso Atelier dan aksesorinya boleh dimiliki dengan pembelian melalui aplikasi mudah alih Nespresso, laman web rasmi Nespresso dan Talian Khidmat Pelanggan di 1800 80 7001 (bebas tol 24/7).
Jika ingin mengetahui cara baharu yang menyegarkan untuk menikmati kopi Nespresso berais anda, kunjungi www.nespresso.com/recipes dan ikuti @nespresso di Instagram.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Nespresso Barista Creations for Ice, sila lawati www.nespresso.com.
Comments
Post a Comment