IKEA MENCETUSKAN INSPIRASI BAGI RUANG KERJA BAHARU


Seiring dengan perubahan konsep ruang kerja dan budaya kerja dalam norma baharu ini, model kerja hybrid kini bakal mendefinasikan semula cara kerja di masa hadapan. Menginspirasikan para usahawan untuk mengimaginasikan dan mengolah semula ruang pejabat, IKEA telah melancarkan ‘IKEA for Business, iaitu satu tawaran niaga-ke-niaga (B2B), untuk membolehkan para usahawan menyediakan persekitaran kerja yang sangat berfungsi serta fleksibel bagi memenuhi cara kerja baharu.


Satu tinjauan tahun 2020 tentang kesan wabak COVID-19 terhadap tenaga kerja negara menunjukkan, 65% daripada semua rakyat Malaysia sedang bekerja dari rumah, berbanding dengan purata global 52%. Kesan perubahan ini akan mempengaruhi peralihan antara bekerja dari rumah dan kembali ke pejabat.


“Ruang pejabat yang dirancang dengan baik terbukti dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan kerja, lebih-lebih lagi ketika ramai sedang mengimbangi tuntutan antara dua persekitaran kerja yang berbeza. Justeru, adalah penting untuk memberikan perhatian kepada ruang dan perincian susun atur pejabat ketika merancang semula ruang kerja dalam norma baharu ini,” demikian kata Parveen Sindhu, Pengurus Negara IKEA for Business (Malaysia), IKEA Asia Tenggara. “Kami sangat teruja untuk melancarkan semula ‘IKEA for Business’, iaitu tawaran B2B kami yang membantu syarikat mencipta semula ruang kerja dengan mengambil kira aset terpenting mereka, iaitu pekerja mereka.”


‘IKEA for Business’’ menawarkan kelengkapan gaya Scandinavia yang menginspirasikan dan mampu milik serta ruang kerja yang lestari dan bermutu tinggi. Menerusi perkhidmatan hujung ke-hujung sehentinya, pemilik perniagaan dapat memperoleh pengayaan pejabat dan keperluan penting mereka dalam lingkungan perbelanjaan yang berpatutan, bermula dengan perancangan dalaman, pemilihan produk sehinggalah kepada penghantaran dan pemasangan.


Meskipun dalam keadaan tidak menentu ini, lebih 200,000 perniagaan baharu telah didaftarkan di Malaysia antara Mac dan September 2020, sekaligus membuktikan ketabahan perniagaan melawan pandemik ini. Sementara para usahawan melancarkan dan menyesuaikan model perniagaan mereka, keperluan untuk melaraskan dan mereka semula ruang kerja yang mampu milik dan menginspirasikan akan terus meningkat, iaitu satu keperluan yang kini ‘IKEA for Business’ bersungguh-sungguh untuk memenuhinya.


‘IKEA for Business’ dapat memenuhi keperluan semua jenis ruang perniagaan bagi membantu usahawan merealisasikan aspirasi perniagaan mereka, baik dalam menyediakan ruang kerja praktis, ruang runcit yang sempurna, mahupun merancang susun atur restoran, pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman web ‘IKEA for Business’ yang baharu dilancarkan khusus kepada B2B: business.IKEA.com.my

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025