DENGARILAH 'BISIK HATI', LAGU SINGLE SULUNG ISYARIANA

 


Isyariana, pemenang Artis Baharu Wanita Popular 2020 yang lalu mengorak langkah tahun ini dengan mengeluarkan single solo pertamanya iaitu “Bisik Hati”. Lagu ini telah pun dilancarkan pada 6 Jun 2021 lalu di laman YouTube miliknya sendiri, Isyariana TV. Isyariana ataupun lebih dikenali sebagai Isya mampu menarik nafas lega apabila video lirik rasmi “Bisik Hati” mendapat jumlah tontonan 10k setelah 23 hari dilancarkan. 

Video lirik rasmi sentuhan Isya sendiri yang memaparkan visual dedaunan luruh menurut Isya adalah simbolik mengenai luluh hati seorang insan yang menyedari akan kesilapannya tetapi masih tetap melakukan kesilapan yang sama. Lagu Bisik Hati ini adalah mengenai bisik hati seorang hamba kepada sang Pencipta Yang Maha Esa. 

Tambah Isyariana lagi, setelah 5 tahun meninggalkan pentas AF 2016, sudah menjadi impiannya untuk menghasilkan lagu sendiri sebagai penyanyi. Dek kerana kekangan masa dengan kerjaya lakonan, impiannya itu bergerak agak perlahan dan dalam masa yang sama Isya juga amat teliti dalam pemilihan lagu yang ingin dirakamkan mengikut jiwa dan genre yang bersesuaian dengan nya. 

“Banyak demo yang Isya pernah dapat, tapi Bisik Hati menyentuh Isya.” Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna bersama Wan Salleh serta lirik lagu juga hasil nukilan Ikhwan Fatanna berkisarkan mengenai cinta yang agung. Lagu ini sangat dekat dengan Isya memandangkan jiwa Isya juga lebih kepada genre mellow balada. Bila pertama kali mendengar demo lagu ini, beliau terus bersetuju untuk menjadikan lagu Bisik Hati sebagai single pertamanya. 

Mengimbas kembali pembikinan lirik video lagu ini. “Ianya adalah mencabar apabila saya sendiri yang menyunting video lirik tersebut dalam masa 24 jam mengikut kehendak yang diinginkan. Proses pengeluaran lagu juga adalah tidak mudah bagi isya dan pihak pengurusan kerana banyak yang perlu kami pelajari sebelum ianya dikeluarkan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Isya rasa gembira dan berpuas hati apabila “Bisik Hati” diterbitkan oleh syarikat pengurusan Isya sendiri iaitu YSI Entertainment. 

Isyariana yang juga pelakon utama dalam “Hati Yang Dikhianati” menghadiahkan lagu “Bisik Hati” istimewa kepada para peminat yang sentiasa menyokong Isya selama ini. Isya ingin peminat tahu yang Isya tidaklah meninggalkan bidang nyanyian. Mungkin single ini adalah permulaan untuk Isya kembali aktif di dalam bidang nyanyian dengan sokongan dari keluarga, pihak pengurusan dan sahabat isya. 

Bisik Hati boleh didapati di semua pelantar digital, Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, YouTube Music dan sebagainya sejak 2 Julai 2021. Isya merasakan waktu pandemik ini adalah waktu yang sesuai untuk lagu ini dilancarkan berdasarkan lirik lagu dan situasi mencabar yang kita lalui sekarang. 

Ikuti Isyariana di media sosial Isyariana: 
Facebook: @isyariana 
Twitter: @isyariana 
YouTube: Isyariana TV

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM