LAZADA LANCAR KEMPEN ‘SHOP MALAYSIA ONLINE’


Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengembangkan ekonomi digital demi mendorong pemulihan ekonomi Malaysia, Lazada sekali lagi akan berganding bahu dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan produk tempatan sepanjang inisiatif ‘Shop Malaysia Online’ (Beli-Belah Malaysia Dalam Talian) dan ‘Go-eCommerce’ (Manfaatkan eDagang), yang akan diadakan secara serentak dari 1 Julai – 31 Disember di Lazada.

Kempen 'Shop Malaysia Online' anjuran Lazada akan memainkan peranan aktif mempromosi perniagaan dan produk tempatan dengan diskaun 50% yang menarik dan ‘Crazy Flash Sale’, bersama Penghantaran Percuma Setiap Hari untuk menggalakkan rakyat Malaysia membeli dan menyokong "local" atau perniagaan tempatan sebagai sebahagian daripada kempen "Shop Malaysia Online"*. 

Sementara itu, kempen Go-eCommerce anjuran Lazada* pula akan membantu PKS tempatan yang masih mempertimbangkan sama ada mahu beroperasi secara digital untuk meruntuhkan tembok yang menghalang penglibatan mereka. Selain daripada insentif kempen, penjual baharu juga boleh memanfaatkan pakej rangsangan Pintar Niaga Lazada bernilai RM1,500, komisen dan kos permulaan sifar untuk mengambil kesempatan daripada manfaat besar eDagang di Lazada sepanjang kempen.

“Penyebaran pandemik di peringkat global ternyata telah menjejaskan ekonomi. Kami mendapati masyarakat tempatan telah memainkan peranan aktif merangsang pemulihan ekonomi menerusi pembelian dalam talian, dengan jualan hampir RM130 juta dalam kempen ‘Shop Malaysia Online' di Lazada pada tahun lepas. Kami berbangga kerana berpeluang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan MDEC untuk sekali lagi menyediakan insentif menarik kepada pembeli untuk terus menyokong perusahaan tempatan di platform kami. Kami juga telah menumpukan perhatian untuk membantu perniagaan-perniagaan tempatan dalam usaha pendigitalan masing-masing sambil mereka terus mengharungi gangguan ekonomi dan sosial yang disebabkan oleh pandemik,” kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi, Lazada Malaysia.

"”MDEC berpegang pada tekadnya untuk melengkapkan dan membantu syarikat-syarikat di Malaysia menghadapi cabaran dan berkembang maju dalam suasana perniagaan yang luar biasa ini. Berbekalkan sokongan kukuh daripada Kerajaan dan kerjasama awam swasta yang berkesan, kami berhasrat untuk terus menggiatkan pertumbuhan eDagang di Malaysia dan tidak kurang pentingnya, melindungi punca pencarian dan pekerjaan dalam proses tersebut. Kita boleh mencapai matlamat MyDIGITAL bersama-sama, dan meletakkan negara di jalan yang betul ke arah mencapai Malaysia 5.0, iaitu sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, berteraskan keterangkuman, kelestarian dan kemakmuran bersama, menjadikan negara Nadi Digital ASEAN," kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

“Lazada ialah platform eDagang pertama untuk menyokong perniagaan tempatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan pertama dan kedua, dengan melabur lebih RM50 juta menerusi rangsangan Pakej Kedai Pintar. Kami terus melabur dan menyokong komuniti PKSM sepanjang tempoh 18 bulan lepas menerusi pelbagai inisiatif dan kerjasama dengan MDEC dan kerajaan tempatan. Sejak itu, terdapat peningkatan lebih 300% dalam PKSM baharu yang menyertai platform eDagang kami, lantas memastikan beribu-ribu perniagaan tempatan bersedia menghadapi masa depan. Usaha ini membolehkan PKSM tempatan untuk menyesuaikan diri dan beralih kepada fasa pemulihan dan pertumbuhan,” tambah Rajaratnam.

Beli dari seluruh Malaysia di dalam talian dan nikmati tawaran hebat


Kempen ‘Shop Malaysia Online’ Lazada akan menawarkan insentif tambahan kepada pengguna apabila mereka membeli-belah ‘local’ di dalam talian dengan diskaun 50% menerusi baucar dan ‘Crazy Flash Sale,’ dan juga insentif Penghantaran Percuma harian sepanjang hari menerusi pautan ini.

Dalam usaha menambah keseronokan kempen, pengguna Lazada Wallet boleh mengambil bahagian dalam peraduan ‘Wallet Heartbeat Experience’ untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa daripada Photobook, KaoDim dan Pacificia. Setiap urus niaga ‘Lazada Wallet’ (Dompet Lazada) melayakkan pengguna menerima satu penyertaan.

Sepanjang kempen, rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai ganjaran menarik:

● Baucar potongan 50%
● Potongan 50% bagi ‘Crazy Flash Sale’
● Diskaun 50% ‘Brand Mega Offer’
● Penghantaran Percuma Setiap Hari
● Nikmati potongan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan dengan ‘Lazada Bonus’

Diadakan secara lebih menyeluruh berbanding edisi terdahulu, kempen ‘Shop Malaysia Online’ tahun ini yang tidak patut dilepaskan oleh rakyat Malaysia. Para pembeli boleh menikmati potongan 50% di seluruh gedung daripada jenama-jenama utama seperti Senheng, Old Town White Coffee, Khind, Secret Recipe dan Fipper dari 1 Julai hingga 2 Julai. Pembeli juga boleh menantikan tawaran harian ‘Brand Mega Offer,’ pulangan tunai menerusi Coins dan Baucar 55% ‘Wallet Sundae.’

Memandangkan perintah kawalan pergerakan dan sekatan perjalanan dalam negara yang sedang dilaksanakan, Lazada berhasrat untuk menyokong industri-industri tempatan yang terjejas dengan meningkatkan kehadiran mereka di platform ini dan menghubungkan mereka kepada lebih 1 dalam 3 rakyat Malaysia yang kini membeli-belah di Lazada.


Manfaatkan ‘Go-eCommerce’ dengan pakej rangsangan Pintar Niaga yang ditambah baik di Lazada.

Inisiatif Go-eCommerce di Lazada, yang dibiayai bersama oleh Lazada dan MDEC, akan membantu hampir 40,000 PKSM tempatan memulakan perjalanan digital masing-masing dan meningkatkan pendedahan dan jualan menerusi insentif terpilih program tersebut. Untuk melayakkan diri menyertai kempen, penjual individu mestilah merupakan PKSM Malaysia**. Perniagaan tempatan yang mahu berhijrah ke dalam talian digalakkan mendaftar di sini: https://bit.ly/3zM6ZCK

Mulai 1 Julai, penjual baharu yang mula beroperasi secara digital di Lazada menerusi kempen Go-eCommerce layak untuk memanfaatkan pakej rangsangan Pintar Niaga yang ditambah baik* dengan manfaat bernilai sehingga RM1,500 dan juga:
● Komisen dan yuran penyenaraian 0%
● Kredit ‘Discovery’ RM300 percuma yang ditaja
● Baucar penghantaran percuma selama 30 hari.

Semua penjual baharu akan menerima bimbingan dan sokongan tambahan untuk 90 hari pertama daripada pasukan inkubasi khas Lazada bagi memudahkan lagi proses penyertaan. Mereka juga mempunyai akses penuh kepada rangkaian alat teknologi dan inovatif, latihan dan pendidikan menerusi Lazada University dan kempen pemasaran untuk membantu mereka berhubung dengan dan meluaskan capaian pelanggan dan menonjolkan diri di platform eDagang.

" Kita perlu menukar cabaran yang timbul akibat pandemik kepada peluang bagi PKSM untuk bersiap sedia menghadapi masa depan menerusi transformasi digital. Lazada memikul tanggungjawab dan berusaha menggunakan proses pendigitalan untuk membantu menjamin kesinambungan operasi dan menjadikan ekonomi perusahaan kecil lebih dinamik dan mampan,” kata Magnus Ekbom, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

Lazada Malaysia terus komited untuk menyokong komuniti PKS tempatan demi memacu ekonomi digital Malaysia. Sejak pelancaran pakej rangsangan pertama yang dinamakan 'Pakej Kedai Pintar’ pada April tahun lepas, Lazada telah membantu lebih 50,000 PKS menjual di dalam talian dan menyokong pemulihan ekonomi negara menerusi insentif dan program manfaat terkhusus. Hasilnya ialah peningkatan 300% penjual baru yang didaftarkan dengan peningkatan jualan berganda menjelang akhir 2020. Pada awal tahun ini, Lazada melancarkan Pakej Kedai Pintar 2.0 dan program ‘Kedai Pintar Niaga’, yang menekankan komitmen untuk membantu lebih daripada 70,000 PKS dalam proses pendigitalan mereka.

Untuk maklumat lanjut:
Laman kempen ‘Shop Malaysia Online’ di Lazada: https://lzd.co/LazadaShopMalaysiaOnline

Laman kempen ‘Go-eCommerce’ di Lazada: https://lzd.co/LazadaGoEcommerce

 

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat

**Definisi PKSM akan mengikut ciri-ciri yang disenaraikan oleh SME Corp di sini: https://smecorp.gov.my/index.php/en/policies/2020-02-11-08-01-24/sme-definition/87-definisi-pks-sme-info

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA